Best ke filem Once Upon A Time in Hollywood
Sebenarnya filem ini kurang mendapat sambutan. Tak percaya, boleh lah gi panggung dan lihat sendiri. Masa aku tengok, 3 kali aku tukar kerusi untuk dapat seat tengah sebab sakit leher tengok sambil teleng. Dan aku selamba tukar seat sebab aku confident takde orang lagi dah nak datang tengok, dan sangkaan aku memang benar. Duration ataupun tempoh tayangan 2 jam 45 minit, dekat 3 jam ooo. Habis je wayang, aku pon terhoyong-hayang. Darah tinggi aku ke tahap yang kritikal. Lansung aku terbaring dalam kereta dekat 2 jam, dan tiket pun aku biar caj dia berjalan sebab aku dah tak larat gile. Rasa dunia ni berpusing-pusing. Aku siap muntah, tu pun tak lega jugak sepenuhnya.Akhirnya, aku gagahkan drive balik dalam keadaan jalan yang jem nak mampus. Arghh..
Sebenarnya aku sendiri pun tak berapa faham keseluruhan jalan cerita filem ni. Yang aku tau, watak utama adalah Leonardo sebagai watak utama dan Brad Pitt sebagai stuntman kepada Leonardo.Margot Robbie pulak sebagai isteri kepada pelakon yang lebih terkenal daripada Leonardo dan Leonardo mengkagumi pelakon terkenal tersebut. Malah, rumah pelakon terkenal tersebut berada di atas bukit, lebih tinggi daripada rumah Leonardo yang juga atas tanah tinggi, tapi tak setinggi pelakon terkenal tersebut.
Dalam filem ni, ada babak lawak Brad Pitt lawan dengan Bruce Lee. Diorang tunjuk Bruce Lee sebagai watak yang suke cakap besar, last-last selambe je kene tapau dengan Brad Pitt. Brad Pitt pulak watak sebagai seorang yang ganas, stuntman lah katakan. Dia dikatakan telah bunuh isterinya sendiri tetapi tidak disabitkan bersalah oleh mahkamah. Ada jugak babak di mana Brad Pitt diserang hippies yang menceroboh masuk ke kediaman Leonardo di mana Brad Pitt ketika itu juga tumpang bermalam di situ.
Oleh kerana tajuknya once upon a time in Hollywood atau dalam bahasa Melayunya suatu ketika di Hollywood, maka aku saspek filem ni adalah berdasarkan kisah sebenar, namun nama serta watak sebenar dirahsiakan. Ape pun boleh lah filem ni bagi aku untuk mengisi mase lapang. at least aku dapat juga idea bagaimana suasana di Hollywood pada zaman 60-an dahulu. Quite interesting. The end.
Filem perang sniper terbaik di Malaysia




sumber
Jenis-jenis harimau
- Harimau Siberia
Ia merupakan subspesies harimau nadir yang benar-benar terkurung di kawasan Amur di Timur Jauh yang kininya telah dilindungi. Ia dianggap antara 9 subspesies harimau terbesar dan ahli terbesar famili Felidae.
- Harimau Cina Selatan
Ia dianggap sebagai harimau “batang”, iaitu subspesies yang menjadi leluhur kepada semua harimau yang lain. Harimau Cina Selatan baru-baru ini disenaraikan sebagai salah satu daripada sepuluh jenis haiwan paling terancam di dunia.
- Harimau Indochina
Nama "Corbett" berasal dari nama saintifik subspesiesnya, Panthera tigris corbetti, yang meminjam namanya daripada seorang pemburu terkenal bernama Jim Corbett.
- Harimau Benggala
Ia merupakan haiwan kebangsaan Bangladesh, manakala di peringkat spesies pula, ia merupakan haiwan kebangsaan India.
- Harimau Sumatera
- Harimau Bali
- Harimau Kaspia
Men In Black International – Sequel Yang OK Tetapi Tidak Dapat Menandingi Filem Asal
Siri filem Men in Black merupakan antara filem-filem ikonik dari zaman remaja dan golongan sezaman dengan admin. Watak Will Smith dan Tommy Lee Jones dalam filem-filem asal sememangnya gandingan mantap di mana seorang wataknya serious manakala seorang lagi berfikir di luar kotak (Will Smith). Jadi mampukah filem Men in Black International (yang kami fikirkan ingin membawa generasi baharu menonton francais ini) dapat menandingi filem asal? Kami berpeluang menonton filem ini untuk menilaikannya.
Men In Black International – Sequel Yang OK Tetapi Tidak Dapat Menandingi Filem Asal
Men in Black International mengisahkan Molly, yang berminat menjadi anggota Men in Black sejak berjumpa makhluk asing dan anggota Men in Black yang ingin menangkapnya semasa kecil. Dipendekkan cerita, dengan kegigihan membongkar kegiatan rahsia MIB, beliau berjaya menyertai pasukan itu sebagai Agent M dan digandingkan dengan Agent H, seorang anggota yang kurang berdisiplin, namun pernah berjaya menghalang makhluk asing yang digelar “The Hive” dari menakluk bumi pada satu ketika dahulu. Oleh sebab itu beliau dihormati di kalangan anggota MIB.
Namun sepasang makhluk asing telah tiba di bumi untuk mencari satu senjata terunggul yang dikatakan satu kristal berkuasa. Pasangan MIB itu perlu mempertahankan senjata kristal itu daripada jatuh ke tangan makhluk asing tersebut. Mampukan mereka mempertahankan senjata tersebut? Tontonlah filem ini di pawagam untuk mengetahui kesudahannya.
Review
Sebelum kami menonton filem ini kami telahpun mengetahui review dari Amerika di mana ramai yang mengatakan filem ini filem flop. Tidak dapat dinafikan karisma Chris Hemsworth dan Tessa Thompson tidak dapat menandingi Will Smith dan Tommy Lee Jones, malah pada pendapat kami, sukar untuk pelakon generasi kini menandingi pelakon zaman 80 – 90an dari segi karisma.
Namun untuk mengatakan filem ini flow memang kurang tepat. Bagi kami filem ini masih lagi menyeronokkan dan keserasian antara Chris dan Tessa agak baik, walaupun tidaklah 100% serasi. Cuma mungkin dari segi jalan ceritanya, sukar untuk mengenalpasti babak climax dengan babak biasa kerana keseluruhan jalan ceritanya seolah agak mendarat dari segi moodnya, menyebabkan impak jalan ceritanya kurang menyerlah kepada sesetengah penonton.
Watak Agent H lakonan Chris mempunyai perwatakkan seakan Thor gemuk dalam filem Avengers Endgame. Wataknya agak lucu tetapi agaknya Chris kurang dapat menghayati watak ini yang memerlukan lebih “feel” semasa menghayati babak filem yang lebih emosional. Nasib baik juga elemen feminist dalam filem ini, walaupun ada, tidak begitu merosakkan jalan cerita filem ini.
Mungkin itulah kesilapan terbesar dalam pembikinan filem ini, penulis tidak menekankan kepada pembinaan karakter dalam filem ini sepertimana dalam filem asal menyebabkan “Connection” antara watak dengan penonton kurang berkesan.
Tetapi walaupun filem ini mempunyai kelemahan-kelemahan yang disebut di atas, jika anda tonton filem ini tanpa sebarang persepsi negatif atau sebaliknya, anda tentu dapat menikmati tontonan filem ini dengan gembiranya. Ia lucu dan menyeronokkan, walaupun jalan ceritanya tidaklah sehebat mana.
Positif vs Negatif
Positif
- Lucu dan menyeronokkan
- Gandingan yang agak serasi antara Agent H dan Agent M
Negatif
- Watak-watak Agent H dan M tidak dihayati dari segi emosi
- Tidak dapat menandingi filem asal
Kesimpulan
Filem Men In Black International memang tidak dapat menanding filem trilogi asal, namun ia bukanlah flop seperti yang dikatakan. Ia masih seronok ditonton jika anda tidak meletakkan harapan yang tinggi dan terlalu membandingkan dengan filem asal. Tontonlah filem ini dalam keadaan santai dan tenang. Anda pasti dapat menikmatinya.
Penilaian: 6/10
The post Men In Black International – Sequel Yang OK Tetapi Tidak Dapat Menandingi Filem Asal appeared first on WayangKini.
from WayangKini https://ift.tt/2N9weun
X Men Dark Phoenix – Penutup Siri Filem X Men Yang Kurang Memberangsangkan
Mungkin sesetengah dari anda telahpun mendengar khabar mengenai filem X Men Dark Phoenix di mana ia telah gagal mempesonakan penonton dan pengkritik di barat sekali gus menerima status filem flop. Namun, sebagai pengkritik filem kami perlu menonton sendiri filem ini untuk memberi penilaian ikhlas dan tidak terlalu mengikut pendapat umum. Kami sempat menontonnya baru-baru ini dan berikut adalah pendapat kami mengenainya.
X Men Dark Phoenix – Penutup Siri Filem X Men Yang Kurang Memberangsangkan
Filem X Men Dark Phoenix merupakan filem penutup kepada siri filem X Men terbitan Fox. Sekuel kali ini mengisahkan pihak X Men yang masih dihantui stigma dan curiga dari kalangan manusia yang takutkan golongan mutan.
Pada ketika itu kapal angkasa Endeavour yang baru berlepas dari Houston telah mengalami kerosakan teruk akibat kejadian suar solar. Kerana itu, pihak presiden telah meminta bantuan X Men untuk menyelamatkan kapal angkasa tersebut. Semasa dalam misi menyelamat, sesuatu telah berlaku yang menyebabkan Jean Gray telah menyerap kuasa apa yang dipercayai “suar solar” itu seterusnya mendapat satu kuasa luar biasa. Apakah kuasa tersebut dan bagaimana beliau dapat mengawal kuasa tersebut? Tontonlah filem ini untuk mengetahui kesudahannya.
Review
Sejujurnya siri filem X Men Fox bagi kami bukanlah siri filem kegemaran kami. Sejak filem pertama, X Men First Class hingga kini, filem-filemnya OK, tetapi ia agak mendatar dan tiada apa yang menonjol, yang boleh mengujakan penonton, kecuali mungkin filem X Men Days of Future Past yang agak menarik sedikit. Malah jalan cerita filem-filem sebelum ini pun telah kami lupa. Oleh sebab itu, kami tidak menaruh harapan tinggi pada filem ini. Malah kami tidak meletakkan sebarang persepsi terhadap filem ini sebelum menonton.
Dari segi jalan cerita, ia memfokuskan kepada perjuangan Jean Grey yang dari kecil sangsi kepada kuasa yang dimilikinya kerana beranggapan kuasanya telah menyebabkan kematian ibu bapanya dalam kemalangan. Secara ringkasnya filem ini mengisahkan pergelutan Jean Grey menerima dirinya seadanya dengan kuasa dimilikinya. Namun, pada pendapat kami pergelutan yang dilalui Jean Grey tidak dipaparkan dengan cukup mendalam untuk memberi kesan kepada penonton. Ia seolah terlalu tergesa-gesa.
Watak paling gagal selain Jean Grey adalah watak Professor X di mana dalam filem ini beliau kelihatan semacam douchebag. Sangat pentingkan diri dan sombong. Tidak hairanlah sesetengah penonton di barat melabelkan filem ini filem feminis di mana watak lelaki digambarkan dengan teruk, manakala watak wanita dijulang. Ini pandangan penonton barat. Bukan kami.
Babak aksi yang dipaparkan juga pendek-pendek belaka tetapi mujurkah babak aksi terakhir tidak begitu menghampakan dan agak mendebarkan. Sungguhpun demikian, kami berpendapat, jika anda bukan peminat tegar filem X Men dan hanya menonton untuk santai, anda tidak akan perasan kelemahan-kelemahan dalam filem ini. Cuma filem ini tidak akan memberi impak yang besar kepada penonton.
Sebaliknya jika anda peminat tegar X Men dan membaca komiknya, mungkin anda akan hampa dengan hasil kerja pihak Fox, lebih-lebih lagi kerana ini filem terakhir dan sepatutnya berakhir dengan satu filem yang epik. Jika digambarkan dalam bentuk graf, filem ini mendatar sahaja, tiada babak klimeks yang begitu menonjol. Tetapi, seperti yang kami katakan tadi, jika anda menonton hanya untuk bersantai sahaja, anda akan enjoy filem ini.
Positif vs negatif
Positif
- Plot yang mudah difahami dan tidak terlalu berat.
- Filem secara keseluruhan agak menghiburkan.
- Kesudahan yang menutup kisah X Men dengan pasti
Negatif
- Tiada apa yang menonjol mengenai filem ini
Kesimpulan
Kesimpulannya samada anda mahu atau tidak menonton filem ini bergantung kepada niat anda. Adakah anda sekadar mahu bersantai atau anda mengambil filem-filem X Men ini dengan serious, sepertimana filem-filem di bawah jenama Marvel yang lain. Bagi kami yang tidak meletakkan harapan tinggi, kami rasa filem ini menghiburkan. Walaupun ia tidaklah epik, ia tidaklah seteruk yang digambarkan di media barat.
Penilaian: 7/10
The post X Men Dark Phoenix – Penutup Siri Filem X Men Yang Kurang Memberangsangkan appeared first on WayangKini.
from WayangKini http://bit.ly/2RhFnzB
Godzilla King of the Monsters – Filem Khas Buat Peminat Filem Godzilla Original
Sejujurnya admin tidak pernah menonton filem Godzilla semasa kecil, namun admin banyak menonton siri TV Ultraman yang pelbagai jenis. Namun, kedua-duanya mempunyai persamaan dari segi semangat “adiwira” Jepun yang ikonik. Walaupun Godzilla bukanlah boleh dikatakan adiwira seperti Ultraman, namun ia menyelamatkan manusia dengan caranya tersendiri. Filem Godzilla pertama juga telah meletakkan Godzilla sebagai penyelamat umat manusia dengan berlawan dengan raksasa yang memusnahkan bumi. Filem Godzilla Kong of the Monsters menyambung kisah Godzilla dan memperluaskan lagi universe raksasa yang diterajui pertubuhan Monarch. Kami sempat menonton filem ini di pawagam dan ini pendapat kami mengenainya.
Godzilla King of the Monsters – Filem Khas Buat Peminat Filem Godzilla Original
Setelah penemuan Gozilla dalam filem pertama, organisasi Monarch telah menemui banyak lagi raksasa yang hidup berhibernasi dalam tanah di serata dunia. Seorang paleobiologis organisasi tersebut yang bernama Emma Russell telah mereka sebuah alat yang dinamakan Orca yang mampu menenangkan makhluk-makhluk gergasi tersebut sekaligus mengawal makhluk tersebut dari terus mengamuk dan memusnahkan bumi.
Namun kumpulan eko-teroris yang diketuai Alan Jonah menculik beliau di mana beliau mahu menggunakan alat Orca untuk membangkitkan kesemua raksasa di bumi. Mengapakah mereka melakukannya dan mampukan Monarch menghentikan rancangan jahat mereka itu? Tontonlah filem ini untuk mengetahui kesudahannya.
Review
Filem kedua dalam siri filem Godzilla ini memperkembangkan universe filem ini dengan menyertakan watak-watak raksasa yang lebih banyak. Ini termasuk raksasa Mothra, Rodan dan musuh utama Godzilla, King Ghidorah yang merupakan naga berkepala tiga. Dengan penambahan ini, penonton boleh melihat dengan lebih jelas siapakah sebenarnya Godzilla ini dan peranan kewujudannya di muka bumi. Dengan ini juga penonton dapat merasakan filem ini mula membina karakternya yang unik di mana ia adalah gabungan antara genre filem-filem atau siri TV Ultraman dengan filem filem sci-fi Hollywood dan yang menariknya gabungan genre ini menjadi.
Jika semasa kanak-kanak, anda sering menonton rancangan TV Ultraman atau rancangan berkaitan raksasa Jepun, anda akan mengimbau perasaan yang sama semasa menonton filem Godzilla King of Monsters. Dengan kata lain, filem ini berjaya menangkap “semangat” filem raksasa Jepun yang selalu mempunyai kisah dan aturan di sebalik semua raksasa tersebut. Berbeza dari filem pertama yang lebih cenderung kepada filem sci-fi Holywood. Penonton akan dibawa mengenali dengan lebih mendalam cerita di sebalik raksasa atau dikenali sebagai Titan oleh Monarch.
Tetapi berbeza dari filem pertama, filem kedua ini lebih memfokuskan kepada aksi berbanding jalan cerita seperti dalam filem pertama. Penonton disajikan dengan satu babak aksi selepas satu babak aksi tanpa henti. Ini mungkin akan memberi kesan kepada peminat filem sci-fi kerana filem ini akan mula terasa seperti sebuah adaptasi manga berbanding filem scifi.
Secara umumnya filem ini memang cukup mendebarkan dan masa tayangan lebih 2 jam sememangnya memuaskan para penonton. Cuma filem ini ternyata serious, tanpa sebarang lawak jenaka untuk menenangkan mood filem. Tetapi kami yakin penonton tentu akan terhibur menonton filem ini.
Positif vs Negatif
Positif
- Seperti kata orang putih, “It’s true to the original spirit of Godzilla and Japanese monster genre“
- Aksi tanpa henti
Negatif
- Mungkin kurang menarik bagi mereka yang hardcore Sci Fi fan yang tidak sukakan jalan cerita berasaskan komik
Kesimpulan
Jika anda peminat hardcore filem Sci Fi, filem Godzilla King of the Monsters mungkin sedikit “komik” untuk citarasa anda. Tetapi jika anda sememangnya peminat siri TV raksasa Jepun seperti Ultraman dan Godzilla asal, anda tentu akan menyukai filem ini kerana ia memang mempunyai vibe genre popular Jepun itu. Apa pun, jika anda penonton biasa anda tentu akan terhibur menonton filem ini.
Penilaian: 7/10
Spoiler: Filem seterusnya akan mendedahkan persaingan antara Godzilla vs King Kong.
The post Godzilla King of the Monsters – Filem Khas Buat Peminat Filem Godzilla Original appeared first on WayangKini.
from WayangKini http://bit.ly/2W2PMjy
Polaroid – Filem Seram Dengan Formula Lapuk
Dia luar negara, filem Polaroid telahpun masuk ke format DVD, namun di Malaysia filem ini baru sahaja ditayangkan di pawagam. Apa pun kami sempat menonton filem ini dan berikut merupakan pendapat kami mengenai filem ini.
Polaroid – Filem Seram Dengan Formula Lapuk
Filem Polaroid mengisahkan Bird Fitcher yang mendapat sebuah kamera Polaroid antik dari rakannya. Beliau pun mula cuba-cuba mengambil gambar rakan-rakannya. Tetapi tanpa disangka, rakannya mula mati satu per satu. Apakah yang berlaku kepada mereka? Tontonlah filem ini untuk mengetahui kesudahannya.
Review
Sejujurnya tema filem barang harian yang membawa maut dahulunya popular pada sekitar tahun 2000an, kini tampak sedikit lapuk. Jika dulu filem seperti One Missed Call, Shutter, dan The Ring menampilkan telefon pintar, kamera dan kaset video sebagai barangan harian yang menjadi medium entiti paranormal, formula tersebut pada pendapat kami tidak menjadi pada zaman ini.
Apa pun, filem Polaroid ini mengambil kamera polaroid sebagai medium paranormalnya. Bagi mereka yang melalui zaman kegemilangan filem seram sebegini sepanjang zaman 2000an, jalan cerita filem ini sememangnya mudah dijangka. Dari segi babak seramnya, ia banyak bergantung kepada elemen kejutan untuk menakutkan penonton. Jika anda jenis yang suka dikejutkan, filem ini untuk anda. Namun, babak-babak seramnya agak pendek dan kurang dramatik disebabkan kependekannya.
Secara keseluruhannya, dari segi penceritaannya dan susun atur babak-babak, filem ini boleh dikatakan OK. Cuma mungkin babak-babak dramatik dan seramnya agak pendek. Tiada masalah besar dengan lakonan dan watak-watak yang ditampilkan dalam filem ini. Cuma, masalah utama filem ini ialah genre yang dihuninya boleh dikatakan telah lapuk dan kebanyakkan penonton boleh menjangkakan jalan ceritanya.
Positif vs Negatif
Positif
- Susun atur filem yang OK
- Lakonan watak yang juga ok
Negatif
- Jalan cerita yang sudah boleh dijangka penonton
Kesimpulan
Jika anda telah menonton filem-filem yang anda ingin tonton dan anda dalam keadaan kebosanan atau hendak membuang masa, anda mungkin boleh menonton filem ini untuk mengisi masa lapang. Tapi tidak perlu meletakkan harapan tinggi pada filem ini. Sebenarnya filem ini lebih sesuai masuk ke siaran tv kabel atau Astro berbanding ke pawagam. Umum mengetahui bahawa antara filem yang mempunyai majet pembikinan yang rendah adalah filem seram dan jika berjaya menangkap penonton, keuntungannya tinggi, walaupun tidak mendapat kutipan box office. Mungkin ini sebabnya Holywood gemar membikin filem-filem seram sebegini. Ia boleh buat keuntungan cepat.
Penilaian: 5/10
The post Polaroid – Filem Seram Dengan Formula Lapuk appeared first on WayangKini.
from WayangKini http://bit.ly/30Gc26l
Brightburn – Kisah Superman Versi Jahat
Salah satu tarikan utama kami untuk menonton Brightburn adalah produsernya, James Gunn yang juga bertanggungjawab untuk filem-filem Guardians of the Galaxy. Walaupun bukan beliau sendiri yang mengarah filem ini, kehadirannya sebagai produser diharap memberi kesan positif kepada jalan ceritanya. Kami sempat menonton filem tersebut baru-baru ini, terimakasih kepada Viddsee dan Sony Pictures Malaysia yang menaja tiket wayang kami.
Brightburn – Kisah Superman Versi Jahat
Brightburn mengisahkan Tori dan Kyle Breyer, pasangan suami isteri yang telah lama mengidamkan anak. Satu malam, mereka terdengan satu dentuman kuat yang menggegarkan rumah mereka. Rupanya satu pod angkasa telah mendarat di rumah mereka membawa seorang bayi lelaki di dalamnya. 10 tahun kemudian bayi tersebut yang dinamakan Brian telah membesar dengan baik dan belajar di sekolah seperti mana-mana kanak-kanak lain.
Namun, perkara-perkara aneh mula terjadi kepada Brian di mana beliau mula mendapat kuasa seperti Superman. Apakah yang dilakukannya dengan kuasa tersebut? Tontonlah filem ini di pawagam berhampiran.
Review
Sejujurnya, jalan cerita filem ini serupa dengan filem Superman dimana bayi makhluk asing membesar dengan keluarga yang penyayang dan beliau menghadapi konflik kerana perbezaan dengan manusia biasa. Namun, dalam Brightburn, Brian mengambil jalan jahat, berlainan dengan Clark Kent dalam Superman. Namun, pada pendapat kami konflik yang dipaparkan dalam filem ini yang dihadapi Brian Breyer tidak cukup hebat bagi menjustifikasikan pilihan beliau untuk menjadi jahat. Malah, jahatnya juga bukan main lagi. Seperti menjadi psikopat, dimana tiada langsung konflik dalaman dalam dirinya yang bertarung antara menjadi baik atau jahat. Ini menggambarkan beliau secara semulajadi adalah jahat.
Akibatnya dengan gabungan kuasanya yang hebat dengan kejahatannya yang tiada berpenghujung, watak Brian Breyer ini tidak ubah seperti hantu dalam filem-filem hantu seperti The Conjouring. Beliau terlalu kuat dan tidak dapat ditandingi. Ini menjadikan jalan ceritanya tidak unik dan tidak menarik kerana penonton sudah sedia maklum tiada siapa dapat mengalahkannya.
Dari segi pengolahan babak-babaknya, terutamanya babak seram, filem ini memang tidak menghampakan. Penonton yang gemarkan filem hantu seram pasti boleh melihat persamaan babak-babak seram dalam filem Brightburn dengan filem-filem hantu. Amaran harus diberi kerana babak seramnya agak mengerikan dari segi visualnya. Ia tidak sesuai ditonton penonton di bawah 18 tahun.
Secara keseluruhannya, filem ini pada awalnya ada potensi untuk menjadi sebuah filem yang unik dan menarik. Namun, disebabkan pilihan jalan cerita dan pengolahan babaknya, ia tidak ubah seperti sebuah filem hantu seram. Brian Breyer, sebagai seorang makhluk asing, tidak memperlihatkan tujuan hidup yang menarik selain “Take Earth” (Kuasai bumi). Tiada perancangan yang lebih mendalam yang boleh mencabar fikiran penonton yang gemarkan penerangan yang lebih teknikal dan putaran plot yang lebih kompleks.
Positif vs Negatif
Positif
- Jalan cerita yang pada awalnya berpotensi
Negatif
- Brian Breyer terlalu jahat tanpa sebab yang munasabah selain beliau dikawal oleh kuasa jahat atau memang semulajadi jahat.
- Jalan cerita tidak ubah seperti filem hantu seram biasa
Kesimpulan
FIlem Brightburn pada awalnya nampak seperti berpotensi menjadi sebuah filem menarik, malangnya pengolahan filemnya yang kurang bermakna mengakibatkan ia tampak seperti sebuah filem seram biasa-biasa sahaja. Namun, jika anda memang seorang peminat filem seram dan mahu sedikit kelainan dari segi tema, anda bolehlah menonton filem ini. Tapi jika anda peminat filem Sci-fi yang mengharapkan satu genre filem yang unik, anda akan hampa.
Penilaian: 7/10
The post Brightburn – Kisah Superman Versi Jahat appeared first on WayangKini.
from WayangKini http://bit.ly/2HHPcmd