Pernah tak korang mimpi pergi tempat lama korang. Confirm la penah kan? Tapi penah tak korang mimpi tempat lama korang tu lain dari tempat yang korang penah pegi dalam alam nyata? Aku selalu mimpi camtu. Mesti tempat tu akan lain dan perbezaan tempat tersebut amat ketara sekali. Korang rasa kenapa jadi camtu?

Ni teori aku je la kan. Sebenarnya tempat lama yang kita melawat di dalam mimpi kita tu berubah sebab minda separa sedar kita sendiri yang cipta ruang tersebut. Dan yang lebih menarik lagi, ruang tersebut akan kekal di dalam minda separa sedar menyebabkan kita mungkin bermimpi pergi ke tempat tersebut lagi sekali pada masa akan datang.

Aku tak tau nape jadi camtu tapi itulah pengalaman mimpi yang penah aku alami.