Secara keseluruhan filem ni memang sangat menarik. Jalan cerita dan grafik sangat -sangat menarik. Memang berbeza sedikit dengan jalan cerita filem SUPERMAN yang sebelum-sebelum.

Dalam filem Man Of Steel ni, keseluruhannya berkisar tentang latar belakang SUPERMAN sendiri. Iaitu sebelum dia benar-benar dikenali. Dalam filem ni jugak pelakon yang aku sangat minati turut berlakon iaitu Russel Crowe. Dia memegang watak sebagai Jor El iaitu bapa Kal El ( Superman).

Russel Crowe ni aku minat sebab kebanyakan watak dia memang 'cool' habis. Kalau filem yang ada dia berlakon, mesti ada babak 'fight'. Aktor kelahiran Australia ni pada aku adalah antara pelakon-pelakon Hollywood yang 'boleh berlawan' di dalam filem. Ciri 'kelelakian' itu ada pada wajah aktor ini.

Selain itu, watak Superman dan Lois Lane aku tak berapa familiar. Tapi secara keseluruhan semua watak adalah 'macho' dan 'anggun' . Macam-macam perasaan terdapat dalam filem ni. Antara part yang paling menyentuh perasaan (pada aku) adalah apabila Jor El dan isterinya (ibu Superman) terpaksa membuat keputusan untuk menghantar Superman ke planet baru iaitu Bumi. Waktu tu, planet Superman sedang mengalami kemusnahan akibat sikap penduduk Krypton sendiri yang suka mencari sumber tenaga dengan menggali teras planet mereka sendiri. Mungkin disebabkan planet mereka yang sudah sangat tua dan kekurangan sumber tenaga, jadi mereka tiada pilihan.

Ada juga babak di mana Kal El (Clark Kent) terpaksa melihat sahaja ayah angkatnya, Jonathan Kent mati akibat puting beliung kerana terlalu taat kepada perintah ayah angkatnya agar merahsiakan 'kekuatan' yang dimilikinya dari orang ramai yang pada ketika itu sedang sibuk menyelamatkan diri masing-masing.

Secara keseluruhan , aku bagi 4 setengah bintang untuk filem hebat ini. Korang boleh saksikan sendiri filem ini di pawagam berhampiran.