Maafkan aku, bukan aku minta jadi macam ni. Aku dah cuba sehabis daya sebenarnya. Aku sayang kau, tapi kita tiada jodoh, apakan daya. Kan aku pernah kata, kebahagiaan aku adalah melihat kau bahagia?

Kini kau telahpun bahagia, aku bersyukur...

Sekarang ni, aku hanya tinggal sisa-sisa semangat untuk aku teruskan perjuangan. Aku melangkah dengan langkah yang sangat berat. Aku dah tak perlu lagi cinta manusia...

Hidup aku sekarang hanyalah untuk membuktikan sesuatu kepada diri aku sendiri. Perkara itu menjadi kerahsiaan peribadiku.