Saya?  Tak sio teman ...aku la best..senang sikit nak bercerita.Tak gitu?

So alkisahnya bermula. Ade la sorang kakak ni. Umur dekat 40. Aku ni macam awal 20-an je. Tapi dah 3 series.

Kakak ni aku faham sangat perangai dia. Budak-budak mesti takut ngan dia. Al-maklum lah. Garang. Pada aku, kakak ni sifat dia agak sensitif. Sebabnya?

Satu hari tu, aku macam biasa la. Kalau selisih je ngan mane2 pempuan aku tak kenal, mesti aku jalan menyendeng macam ketam. Haha. Nak tahu kenapa? Aku pun tak tahu..hahaha.

Ntah kenape.Hari tu kakak ni terase kot ngan perangai aku. Dia pun cerita la kat bapak mertua dia. Mase tu aku baru lepas berselisih. Aku nampak kakak tu siap tunjuk demo lagi macam mane aku jalan bila berselisih dengan dia. Nak tau ape aku rase? Aku rase nak tergelak. Nak tahu kenape aku nak tergelak? Tak tahu....hahaha.

Teringat aku mase peristiwa 13 tahun dahulu. Mase aku belajar kat matrikulasi. Lepas kelas tengahari, aku ngan kawan-kawan biase la gi menghadap kat satu kedai makan tu. Tukang jual dia pun sorang kakak. Mase aku tengah taruk lauk dalam pinggan, aku perasan kakak tu kat belakang aku tengah tunggu nak letak lauk. Jadi sebab aku rase sempit, aku pun berjalan le menyendeng macam ketam sebab nak keluar dari kawasan sempit lagi bahaya tu. Aku pun tahu malu maa.Walaupun aku ni lelaki. Badan mase tu agak berisi. Aku malu la kalau bergesel. Korang faham tak? Korang faham tak?? Lepas tu kakak tu boleh pulak tunjuk demo depan kawan aku dan kawan aku pun tergelak?? What the h***

Boleh tak jangan sensitif? Nak aku panggil kakak walaupun dah pangkat makcik, aku boleh.(tapi segan nak mampus la aku rase). Aku panggil pelan-pelan "kak..". Antara dengar dan tidak. At least aku ikut kemahuan 'kakak' yang tak berape nak 'kakak'. OK what??