Zaman sekarang sangat penuh dengan cabaran. Korang dapat bayangkan tak kalau tiba-tiba korang jadi mangsa fitnah? Berapa ramai orang di luar sana yang hatinya berpenyakit. Mereka menunggu masa dan mangsa untuk melakukan huru-hara, kesusahan dan sebagainya kepada orang-orang yang tidak berdosa kerana mengikut hawa nafsu ammarah. Lalu apabila orang tersebut didapati tidak bersalah dan teraniaya, apa tindakan diorang? Tunduk bersalah, menyesal dan ingin memohon maaf? Hanya sekadar itu? Bagaimana pula nasib orang yang teraniaya tersebut? Mengalami penderitaan zahir dan batin, kesakitan, dan bagaimana kalau nyawa melayang? Siapa yang nak bertanggungjawab?

Sememangnya perkara ini telah berlaku semenjak manusia wujud di muka bumi. Tapi aku percaya, semakin hari, semakin kuat dugaan dan cabaran terhadap manusia. Lihat saja tahap kemasinan air laut akibat daripada dosa yang manusia lakukan.

Akhir zaman fitnah berleluasa. Ramai manusia yang hatinya berpenyakit tetapi tidak sedar. Malah berbangga dan merasakan diri sentiasa betul. Manusia yang tergamak untuk menyakiti manusia lain tanpa belas kasihan adalah seburuk-buruk manusia.

Ingatlah semasa nafsu direndam oleh Allah di dalam neraka Jahim selama 100 tahun lalu dikeluarkan. Allah bertanya "siapa kamu dan siapa aku?'' . Dengan angkuhnya nafsu menjawab "engkau adalah engkau dan aku adalah aku".

Kemudian Allah menyeksa lagi nafsu selama 100 tahun di dalam neraka Juu', lalu dikeluarkan dan ditanya "siapa aku, dan siapakah engkau?". Akhirnya nafsu mengaku ''kau adalah tuhanku dan aku adalah hambaMu".

Anda telah tahu di mana nafsu sekarang. Di dalam diri setiap daripada kita. Bayangkan jika jasad kita diseksa sebegitu. Pasti ada juga yang masih angkuh, degil,  sehingga tahap penderitaan yang dialaminya tidak lagi tertanggung, barulah hendak mengaku!!

Begitulah manusia.