Adakalanya berita dari aku dianggap remeh. Adakalanya juga pendapat aku diterima.Tidak tetap.

Orang lain tidak perlu menerima bulat-bulat. Malah nabi juga pernah berpesan agar berita yang disampaikan diselidik terlebih dahulu, especially dari orang-orang yang faasiquun atau munaafiquun.

Aku cuma manusia biasa. Tidak sempurna. Namun aku juga terpaksa berkata-kata, kerana setiap dari kita juga terlibat dalam penentuan takdir dan setiap peristiwa.

Jika semuanya betul, maka pasti tiada syurga atau neraka. Aku rasa aku bukan hanya menyampaikan berita fitnah. Cara dan niat aku dalam menyampai adalah untuk tarbiah.

Malang juga kalau tarbiah aku kepada kaum hawa disangkal oleh yang bukan dari kaum hawa. Kerana itu akan membantutkan segala ikhtiar.

Kepada bukan kaum hawa, aku ingin bertanya. Adakah korang tak kisah kalau milik korang dikongsi? Korang akan digelar dayus dan dikutuk oleh para malaikat kalau korang tak kisah. Tidak kiralah samada dikongsi secara rasa atau lihat. Kongsi juga nama nya.

Hawa itu akalnya kurang berbanding Adam. Jadi kerana itu penulisanku kebanyakkannya adalah usaha untuk mentarbiah. Semoga korang mengerti.