Masa menjadi perlahan apabila kita bergerak dalam kelajuan yang menghampiri halaju cahaya. Masa yang dimaksudkan di sini bukanlah hanya masa seperti waktu yang terdapat di jam, tetapi merangkumi ke semua jenis masa. Seperti usia, keadaan dan sebagainya.

Antara teori yang paling menarik untuk diperbincangkan adalah berkenaan teori 2 orang kembar. Katakan seorang kembar menaiki sebuah pesawat superlaju ke angkasa lepas. Untuk beberapa tahun kemudian, manakala kembarnya lagi seorang berada di Bumi dan menjalani aktiviti kehidupan seperti biasa. Di angkasa, pesawat ini terus terbang selama beberapa tahun dalam kelajuan yang menakjubkan. Di atas pesawat ini tersedia makanan dan apa juga keperluan si kembar untuk hidup selama beberapa tahun. Suatu hari (selepas beberapa tahun), kembar yang menaiki pesawat ini pun terbang pulang semula ke Bumi untuk bertemu dengan kembarnya yang seorang lagi.

Mengikut teori 2 orang kembar, kembar yang berada di Bumi sudah pun menjadi seorang yang tua (kerana umurnya menjangkau sekitar 60 tahun), manakala kembar yang berada lama di angkasa lepas (dalam keadaan bergerak), masih lagi kelihatan muda (mungkin seperti seorang manusia berusia sekitar 20@30 tahun) walaupun usia mereka adalah sama.

Inilah menariknya teori masa yang diperkenalkan oleh Albert Einstein. Walaubagaimanapun, ini hanya sekadar teori yang dibuktikan benar melalui pengiraan matematik. Di dalam teori ini, halaju cahaya tetap malar (konstan@tetap) tetapi masa mengalami perubahan.

Untuk lebih penjelasan, bolehlah melihat video di youtube di bawah :