Filem dan drama Melayu penuh dengan nilai ketimuran. Masyarakat di Asia terutamanya di bahagian timur boleh dikatakan mempunyai sifat yang agak pemalu dan 'tertutup'. Jadi tidak hairanlah jika di dalam filem dan drama, kurangnya adegan-adegan intim dan 'panas'.

Contohnya telefilem berjudul 'Seharum Kenanga' yang diterajui 2 watak penting iaitu Faizal Hussein dan Janet Khoo, berjaya membawa mesej telefilem tersebut dengan jayanya kepada penonton, tanpa perlu adegan-adegan 'kasih-sayang' yang keterlaluan.

Ini telah membuktikan bahawa, tanpa adegan-adegan yang terlalu berahi, mesej sesebuah drama, filem dan sebagainya masih mampu untuk disampaikan dengan baik.

Apa yang penting adalah kebijaksanaan pengarah filem atau drama tersebut untuk mengemudinya. Jika putih yang dipilih, maka putihlah yang didapati, dan begitu jugalah sebaliknya.