Drama Fajar Di Bukhara (TV1)

Fajar Di Bukhara

Bulan Ramadhan nanti, RTM akan menyiarkan dram terbaru berjudul 'FAJAR DI BUKHARA'. Antara barisan pelakonnya ialah Maria Farida, Azrel Ismail, Ainul Aishah, Aziza Halilova dan ramai lagi. Sebuah drama arahan Zulkiflee R. Shad terbitan Aquila Emas. Akan ditayangkan di dua saluran TV bermula di TVi (Astro 180) pada 15 Jun ini, setiap Isnin hingga Jumaat jam 9.00 malam. Seterusnya di saluran TV1 pada setiap hari, bermula 23 Jun jam 7.00 malam. Drama ini juga akan diterbitkan kepada sebuah novel.

JUDUL : FAJAR DI BUKHARA
EPISOD : 26 episod X 60 minit 
SIARAN : TV1 & TVi (RTM)
CERITA ASAL : Syarizan Md. Isa, Zizan Nin
SKRIP : Marini Mat Zain
PENGARAH : Zulkiflee R. Shad
TERBITAN : Aquila Emas Sdn Bhd
PELAKON : Azrel Ismail, Maria Farida, Ainul Aishah, Aziza Halilova, Mardiana Alwi, Sasha Saidin, El Azmeer, Zizan Nin

WATAK PELAKON
Azrel Ismail sebagai Fahim
Maria Farida sebagai Humairah
Ainul Aishah sebagai Citra
Aziza Halilova sebagai Nargiza
Mardiana Alwi sebagai Husna
Sasha Saidin sebagai Jasmin
El Azmeer sebagai Rustam
Zizan Nin sebagai Duan

LAGU TEMA / OST FAJAR DI BUKHARA
Lagu :Jangan Pergi Dariku
Penyanyi : Jay Jay
Komposer : Bad Hisham
Lirik : Abie Abdullah
Ehsan : FMC

VIDEO PROMO

Novel Fajar Di Bukhara

SINOPSIS FAJAR DI BUKHARA

Mengisahkan tentang Fahim (24 tahun) ditawarkan biasiswa untuk menyambung pelajarannya ke Uzbekistan oleh sebuah syarikat minyak antarabangsa untuk membuat kajian peringkat sarjana di sana. Namun demikian, Ibu Fahim, Mak Siti meletakkan syarat dia harus bertunang dahulu dengan Citra jika mahu ke Uzbekistan. Keluarga mereka bersepakat mengikat tali pertunangan dan merancang untuk melansungkan perkahwinan setelah Fahim selesai mendapat sarjana.

Di Uzbekistan, Fahmi berkenalan dengan rakan Universiti, Husna (22 tahun) dan Humairah (44 tahun) yang membantunya mendapatkan perkerjaan sambilan di kilang. Disana banyak perkara berlaku, sehinggakan Humairah mula jatuh cinta kepada Fahmi.

Semasa di tahun akhir, Fahmi membantu seorang wanita warga asing meminta tolong berlindung di rumahnya. Wanita tersebut, Nargiza, lari daripada sindiket pemerdagangan manusia. Satu hari Fahim ditangkap dan difitnah menjalankan kegiatan tidak bermoral dengan Nargiza, menyebabkan mereka dipaksa berkahwin. 

Tamat belajar, Fahim pulang ke Malaysia bersama Nargiza. Keluarga Fahmi berasa malu kepada Citra dan keluarganya dan menganggap Fahim tidak mengenang budi. Apakah yang akan berlaku dengan percintaan antara Fahim dan Citra?

GAMBAR PELAKON

Fajar Di Bukhara Azrel Ismail

Fajar Di Bukhara Maria Farida

Fajar Di Bukhara ainul aishah

Fajar Di Bukhara aziza alilova

Fajar Di Bukhara el azmeer

Fajar Di Bukhara mardiana alwi

Fajar Di Bukhara sasha saidin

Fajar Di Bukhara zizan nin




from InfoTaip http://ift.tt/1FMmzwD

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Cara kawal berat badan dan info kesihatan mengenainya