SINOPSIS DAN TRAILER FILEM BRAVO 5

Rasanya penggiat filem negara kita sudah lama tidak menghasilkan filem yang berbentuk patriotik. Antara filem-filem epik perang tempatan yang pernah ditayangkan dan diingati adalah seperti Sarjan HasanBukit Kepong danLeftenan Adnan.

Dalam diam, kita bakal disajikan dengan buah tangan dariMohd Latiff Zami (Yeop Hitler). Beliau bakal tampil dengan filem Bravo 5 terbitan KaryaPrima Production yang dibintangi oleh Beto KusyairyRemy Ishak dan Sofi Jikan.
Sinopsis Filem Bravo 5:
bravo 5
Berlatarkan tahun 1989, ia mengisahkan lima anggotaKomando ATM (Rejimen Gerak Khas) yang ditugaskan mengesan kedudukan gerila komunis yang merancang menguasai kedudukan strategik kawasan tengah Semenanjung Malaysia. Malangnya perhubungan terputus kerana set komunikasi rosak. Tanpa bantuan pasukan tentera lain yang sepatutnya tiba, mereka dipaksa bertempur dengan hampir 200 anggota gerila komunis.
Trailer Filem Bravo 5:
Apakah kesudahannya? Tentu ramai yang tidak sabar menantikan filem ini selepas menonton trailer diatas. Bagaimanapun tarikh tayangan belum dapat dipastikan. Harap keluar sebelum 31 Ogos ini…

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Cara kawal berat badan dan info kesihatan mengenainya