Baru aku faham apa signifikannya sambutan hari jadi

Dari kecil ibu bapaku akan mengadakan sambutan hari jadi untuk aku dan adik-adikku setiap tahun. Masa itu aku hanya menurut sahaja. Kurang mengerti mengapa mahu menyambut ulang tahun kelahiran.

Baru-baru ini dalam usia ku yang telah menjelang pertengahan usia sejak beberapa tahun lalu,  aku seperti mula memahami akan signifikannya sambutan hari jadi.

Mungkin sambutan ini sebenarnya salah satu cara untuk bersyukur kerana kita masih hidup sehingga ke usia yang kita raikan tersebut.

Sebelum ini memang aku tak mengerti mengapa manusia menyambut hari jadi.

Aku dikatakan sempurna dari kebanyakan sudut. Dalaman dan luaran. Namun manusia tak kan pernah tahu, bahawa aku seorang yang pendiam dan kurang yakin pada diri.

Aku tak suka menonjolkan diri sejak dari kecil. Sifat pemalu aku sangat tinggi walaupun aku lelaki. Mungkin ini penyebab mengapa aku belum ada pasangan. Maksud aku, pasangan yang sesuai. Aku mengaku pernah mempunyai kekasih, walaupun aku bukan benar-benar sayang kepadanya. Dia sebagai peneman sahaja kerana jiwaku terlalu kosong pada ketika itu. Katakan saja apa pun, kerana padaku tiada manusia yang sempurna. Sehingga kami bertunang dan masih tercari-cari tarikh pernikahan yang sesuai. Namun suratan takdir, kami berpisah juga kerana tidak sehaluan. Kami berpisah setelah bertahun lamanya bersama

Aku juga tak pernah terlalu meraikan hari raya. Aku tak perlu baju baru. Tetapi ibu bapa ku yang memberiku wang supaya aku memakai pakaian baru juga di hari raya. Aku tak perlu menonjolkan diriku. Kerana aku rasa itu tak penting pun. Tetapi orang lain yang akan menyuruhku itu dan ini. Sehingga dewasa, aku rasa aku masih seperti kanak-kanak. Hanya mengikut kemahuan orang lain, tanpa memikirkan kepentingan diri-sendiri.

Siapa diriku sebenarnya...

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Cara kawal berat badan dan info kesihatan mengenainya