Biar patah hatiku, biarkanlah...

Kali ni aku akan sengaja patahkan lagi hatiku. Biarkan lah...

Aku nak buat apa lagi. Dia dah pun kawin. Mase mule2 aku jumpe dia, aku terus jatuh hati. Baru cakap beberapa ayat je, terus dia introduce husband dia kat sebelah. Aku ingatkan abang dia.Sangkaan aku meleset dan perasaan berbunga-bunga aku terus berguguran...

Tapi sampai sekarang, dia sangat ceria. Aku tak faham. Kenapa dia begitu ceria setiap kali ada sesuatu acara dan kami sama-sama bergambar. Perasaan cerianya luar biasa. Aku sering katakan dalam hatiku bahawa dia sememangnya seorang yang periang.

Biar patah hatiku, biarkan lah. Aku pergi demi hidupmu...

Biar hancur harapku, lepaskan lah. Aku pergi demi bahagiamu..

Kalau lah berlaku sesuatu yang menggembirakan buatku di bulan yang mulia ni. Pasti raya nanti lebih bermakna. Seperti yang sering aku impikan sejak dari zaman remaja aku.

Dah 30 lebih dah umur aku. Kalau aku ada pasangan , aku bukan seperti budak-budak yang baru lepas sekolah tapi berpasangan sebab nak menggatal. Aku nak kahwin lah. Aku ada sumber kewangan aku sendiri, Ada kenderaan. Bukan motosikal macam budak-budak baru lepas sekolah yang ke hulu ke hilir bawa pasangan yang belum halal. Bukan juga aku nak mencaci kasih sayang yang diorang tonjolkan. Tapi kebanyakannya memang kerana nafsu. Biase lah. Budak-budak...

P.S :  Hari ni nakkuar gi jalan2 . Boring dok umah...


Sekuens---->Siri pertama
                     Siri kedua

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Cara kawal berat badan dan info kesihatan mengenainya