Drama Cinta Karan

Cinta Karan

Zul Ariffin dan Ayda Jebat sekali lagi bergandingan, kali ini untuk drama siri online Cinta Karan. Boleh saksikan drama ini di laman tonton.com.my. Bermula hari ini, 25 Jun setiap Khamis jam 11 pagi.


SINOPSIS CINTA KARAN
Mengisahkan kisah cinta yang sangat unik di antara Zul (Zul Ariffin) dengan Aida (Ayda Jebat). Keunikan pasangan ini ialah, mereka saling kena-mengenakan (prank) di antara satu sama lain dari awal perkenalan hinggalah mereka masing-masing berkahwin. Kemuncak kemarahan Aida ialah selepas Zul menumpahkan makanan di atas kepalanya lalu operasi membalas dendam bermula. Setiap kali Zul cuba untuk menyaikan isi hatinya, setiap kali jugaklah dia dikenakan lagi oleh Aida. Ketika Zul ingin menyampaikan hasrat hatinya pada Aida, muncul seorang lelaki menjemput Aida dan ini membuatkan Zul kecewa kerana menyangka lelaki itu teman istimewa Aida. Hasrat Zul tercapai juga apabila berjaya menyampaikan yang dia sukakan Aida semasa bekerja sementara di Kedai Senheng. Aida datang ke kedai Senheng bersama lelaki tersebut untuk membeli barangan untuk persediaan perkahwinan. Semasa ditegur lelaki tersebut, barulah Zul tahu yang mereka berdua adalah abang dan adik. Zul mencari Aida dan menyampaikan isi hatinya. Apakah reaksi Aida?


from InfoTaip http://ift.tt/1fErbfS

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Cara kawal berat badan dan info kesihatan mengenainya