Drama Mail & Sudin Sambut Ramadan

Mail & Sudin Sambut Ramadan

Sempena bulan Ramadan ini, Suhan Movies & Trading Sdn Bhd membawakan drama bersiri terbaru berjudul 'Mail & Sudin Sambut Ramadan' arahan Syed Fariz. Menampilkan gandingan dua pelakon utama iaitu Remy Ishak dan Shuib Sepahtu. Mereka menyambut Ramadan sambil saling bermusuhan selepas jatuh cinta dengan gadis bernama Mawar lakonan Sari Yanti. Saksikan gelagat mereka di saluran Astro Oasis dan Maya HD bermula 15 Jun ini, bersiaran setiap Isnin hingga Khamis jam 7.30 malam. 

JUDUL : MAIL & SUDIN SAMBUT RAMADAN
EPISOD : 20 episod
TARIKH / MASA : Mulai 15 Mei 2015 (Isnin-Khamis, 7.30 malam)
SIARAN : Astro Oasis & Maya HD
PENGARAH : Syed Fariz
TERBITAN : Suhan Movies & Trading Sdn Bhd
PELAKON : Remy Ishak, Shuib Sepahtu, Sari Yanti, Mat Over, 
  
SINOPSIS MAIL DAN SUDIN SAMBUT RAMADAN
Mail (Remy) merupakan samseng-lah-sangat di Kampung Selamat. Sudin (Shuib) pula kononnya-samseng di Kampung Beringin. Tiap-tiap hari kerja mereka adalah cuba mendajalkan antara satu sama lain akibat konflik lama ibu bapa mereka. Setiap kali mereka saling mendajal, orang kampung mereka lah yang dapat susah. Lebai Salleh (Mat over) sering menjadi tempat rujukan kedua-dua kampung disebabkan kedudukan rumahnya di tengah-tengah antara dua kampung itu, menyebabkan Lebai Salleh tidak memihak. Anak Lebai Salleh, Mawar (Sari Yanti) pula diminati oleh Mail dan Sudin.

Sehinggalah pada satu hari, Mail dan Sudin dituduh orang kampung mengecat tandas surau dengan warna pink. Akibat tak puas hati dgn tuduhan orangg kampung, mereka berusaha untuk mencari siapa sebenarnya yang mengecat tandas surau mereka itu. Sehinggalah mereka mencari bomoh yang sedang bertapa dalam hutan, sehari sebelum puasa. Malangnya, kedua-dua mereka tersesat dalam hutan. Mahu tak mahu, Mail dan Sudin yang baru terserempak dalam hutan perlu bekerjasama untuk mencari jalan keluar yang tak dijumpai. Semasa dalam hutan itulah, keinsafan menerjah diri mereka berdua.

Di kampung mereka pula, ingatkan sudah aman sebab ketiadaan Mail & Sudin. Tetapi tidak. Kedua-dua kampung asyik bergaduh, lawan antara satu sama lain untuk tunjuk siapa lebih 'alim' dalam mengimarahkan bulan ramadan. Isu-isu imam terawih, khatam Al-Quran, majlis buka puasa, derma ramadan, hatta nak pasang pelita pun kedua-dua kampung masing-masing nak lawan dan tunjuk hebat.

GAMBAR PELAKON

Mail dan Sudin Sambut Ramadan

Mail & Sudin

pelakon Mail dan Sudin Sambut Ramadan




from InfoTaip http://ift.tt/1ee5HGu

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Cara kawal berat badan dan info kesihatan mengenainya