Hakikat Yang Mungkin Tidak Akan Berubah

Dah sebut hakikat takkan nak berubah pulak ye tak? Ke bukan? Hakikat tu datang dari perkataan Arab. 'Hak' bermaksud 'benar'. Lawannya 'bathil'.

Korang pernah tak cube satu2 benda tu. Cuba bebanyak kali sampai letih. Ntah macam mana, tiba2 boleh. Korang macam tak percaya. Kemudian tiba2 benda tu rosak semula atau pun tak menjadi macam asal. Mesti geram kan? Tapi korang nak tau tak. Sebenarnya hakikatnya begitu. Ditakdirkan untuk tidak menjadi. Disebabkan oleh sebab tertentu, yang hanya tuhan saja tahu.

Aku selalu kene. Contohnya aku cube jimat RM 30 sebab tak nak hantar barang aku yang rosak ke kedai. Nak repair sendiri. Mungkin juga nak cari kedai yang caj harga murah. Pusing-pusing dapat juga kedai yang murah. Tapi aku tak sedar. Campur tolak harga minyak dah sama dengan RM 30. Hakikatnya, RM 30 mesti dibelanjakan walaubagaimanapun..

Ataupun korang rancang nak kan sesuatu itu lebih awal. Contohnya kawin awal. Korang usaha cari jodoh. Macam2 cara  dah korang buat. Akhirnya memang korang kawin, tapi tak sama dengan rancangan korang untuk kawin awal walaupun korang dah usaha bersungguh-sungguh. Sebabnya? Sebabnya hakikatnya begitu,...

Nak buat macam mane lagi. Kita hanya hamba. Terpaksa akur je lah. Tapi bagi orang macam aku ni, aku takkan usaha sampai letih sesangat. Sebab aku tahu, ia mungkin telah ditakdirkan begitu...

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Cara kawal berat badan dan info kesihatan mengenainya