Hebatnya mimpi

Mungkin kita telah pun lupa apa yang pernah berlaku. Tak kira lah samada peristiwa itu peristiwa yang terlampau sedih atau yang terlampau menggembirakan. Namun di dalam mimpi, semuanya akan kembali...

Contohnya kita pernah mengalami suatu kedukaan yang mendalam suatu masa dahulu. Mungkin kedukaan atau kesedihan itu membuat kita murung dan bersedih untuk suatu tempoh masa. Namun apabila kita telah bangkit dan pulih dari peristiwa yang menyedihkan tersebut, kita tidak lagi ingat bagaimana kesedihan yang kita rasai ketika itu.

Di sini mimpi akan memainkan peranannya. Memori kita tersimpan di dalam suatu bahagian otak yang jarang diaktifkan, kecuali ketika kita bermimpi. Mungkin kita pernah bersedih kerana kematian seseorang yang kita sayang. Apabila kita telah menerima kenyataan tersebut, kita sedikit demi sedikit mula bersemangat seperti sedia kala dan melupai kesedihan yang pernah dialami. Namun jika sekiranya ketika kita sedang tidur dan memori silam itu diaktifkan semula oleh otak, kita bermimpi, teringat semula kisah tersebut dan mungkin juga terdapat kesan air mata di bantal kerana kita mungkin menangis tanpa disedari ketika tidur.

Mimpi juga boleh membawa kita ke suatu tempat yang belum pernah kita pergi. Apabila kita bermimpi pergi ke tempat tersebut, otak kita akan merakam tempat di dalam mimpi tersebut. Memori ini akan tersimpan tanpa kita sedari. Apabila kita bermimpi lagi untuk sekian kalinya, kita akan berasa seolah-olah kita pernah pergi ke tempat tersebut. Tempat tersebut sememangnya tidak pernah kita jumpa di alam maya, melainkan hanya di alam mimpi!

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Cara kawal berat badan dan info kesihatan mengenainya