Inilah akibatnya jika perempuan menghina kelelakian seseorang

Tiffany Ingham


Lelaki menang saman keatas doktor yang persendakannya ketika sesi rawatan | Seorang lelaki dari Virginia, memenangi kes saman bernilai AS$500,000 (RM1.8 juta) selepas dipersenda oleh seorang doktor bius mengenai kejantanannya semasa dia menjalani prosedur kolonoskopi pada tahun 2013.Prosedur rawatan itu dilakukan di sebuah hospital di Reston, Virginia, Amerika Syarikat.
Portal berita, Washington Post melaporkan, juri Fairfax County mengarahkan pakar bius, Tiffany Ingham, 42, dan pembantunya membayar pampasan itu kepada lelaki tersebut selepas perbicaraan selama tiga hari. Dokumen mahkamah menyatakan, lelaki itu yang hanya mahu dikenali sebagai D.B, sempat merakamkan insiden tersebut pada April 2013 ketika sedang bersiap sedia untuk menjalani prosedur berkenaan.
Bagaimanapun, apabila dia mendengar semula rakaman tersebut ketika dalam perjalanan pulang ke rumah, dia mendapati doktor serta keseluruhan pasukannya telah menghina dan mempersendakan dirinya ketika dia tidak sedarkan diri. Ingham dirakamkan berkata kepada D.B, ‘selepas lima minit bercakap dengan kamu sebelum pembedahan, saya mahu menumbuk kamu di muka’.
Kemudian keadaan menjadi semakin melampau apabila seorang pembantu perubatan mendapati terdapat ruam pada lelaki itu dan Ingham memberi amaran untuk tidak menyentuhnya dengan berkata, pesakit mungkin dijangkiti sifilis. Bagaimanapun, pakar bius itu dalam nada berseloroh menambah, ‘itu mungkin tibi di zakarnya, jadi anda tidak akan apa-apa’.
Pakar usus yang turut serta dalam prosedur itu, Soloman Shah, 48, memburukkan lagi keadaan apabila berkata, ‘selagi itu bukan Ebola, awak akan selamat’. Pengarah Divisyen Eti­ka Perubatan di Universiti New York, Dr. Arthur Caplan berkata, perbuatan tersebut ti­dak boleh di­terima dan tidak beretika.
Para juri me­­nganu­gerahkan kepada lelaki itu AS$100,000 (RM375,641) kerana fitnah, AS$50,000 (RM187,820) untuk setiap satu kata-kata mengenai dakwaan lelaki itu mempunyai sifilis dan tibi, dan AS$200,000 (RM751,282) bagi penyelewengan perubatan, serta AS$200,000 (RM 751,282) sebagai ganti rugi punitif. – AGENSI

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Cara kawal berat badan dan info kesihatan mengenainya