Panggilan BRO memang tak boleh blah

TAk tau la korang. Kalau aku panggilan macam tu memang aku sensitif. Sebabnya aku yang dah menjangkau 30 tahun lebih ni masih kelihatan macam student je. Bayang kan kalau budak umur awal 20-an bro bro dengan kau. Takkan korang tak rase ape kot. Panggilan yang paling sesuai dan respect adalah 'abang'. Bukan 'bro'. Lagipun ada kisah nya kenapa aku amat sensitif bila 'budak-budak' tak cukup umur ni ingat kita baya-baya diorang.

Sebabnya, lebih kurang 13 tahun lalu, aku kena buli dengan sorang mat rempit a.k.a mat hisap ganja. Bangsat bin celaka seungguh. 'Time' tu aku walaupun umur aku dah hampir 20 tahun, tapi nampak macam budak darjah enam. Tak percaya? Sorang doktor yang buat medical check-up kat aku sendiri yang cakap. Mase tu doktor tanye berapa umur aku. Aku cakap 'sembilan belas'. Lepas tu aku tengok dia isi borang tu. Dua belas tahun!! Ape ke badak punye pekak doktor tu. Sembilan belas dengan dua belas jauh beza bunyinye wei. Mangkuk ibni hayun tul doktor tu.

Beralih kepada mat rempit tadi.  Rempit tu sebenarnya muda setahun dari aku. Tapi selalu panggil aku 'adik'...'adik'...Dengan tak kenal sape aku, suke2 hati ingat aku pangkat adik dia. Manusia macam ni memang berlagak tahap gaban. Stok untuk 'sotong' ramai-ramai jer. Dah lembik nanti campak je dalam longkang taik. 2 orang. Dengan sorang lagi kawan dia. Kawan dia tu yang hasut dia sebenarnya. 2 ekor ni memang aku tak maaf sampai kiamat. Kalau takdir hangpa ada baca blog aku ni dan terasa hangpa la orang yang dimaksudkan, baik datang mintak maaf kat aku. Takut payah mati nanti...


Ulasan

  1. bang, tgk muke bang, jambu sgt ke bangggg

    BalasPadam
  2. Saya tak jambu. Buah jambu lagi lah tak. Cuma nampak muda dari usia sebenar. Saya tak jaga pun makan atau pun jga kulit. Anugerah kot. Tapi rasanya tak sehebat masa usia saya 25 tahun. Hensem tak kot. Manis pun tak. Rasenye comel sesikit. Kurang sikit dari Keanu Reeves mase muda2. hahaha

    BalasPadam

Catat Komen

Sebarang komen membina adalah di alu-alukan.

Catatan popular daripada blog ini

Cara kawal berat badan dan info kesihatan mengenainya