Sungguh dahsyatnya cintaku kepada kamu

Awak ingat lagi tak, pagi tu saya tergesa-gesa kerana punch card hampir merah. Saya sempat juga punch card. Kemudian apabila saya menoleh, saya ternampak awak. Awak senyum kepada saya. Tapi saya tak balas senyuman awak. Saya jarang senyum. Saya tahu.

Kemudian awak perkenalkan diri awak kepada kami. Saya lihat awak. Saya dah mula jatuh hati pada awak. Mungkin awak tak tahu.

 Sejak hari tu, setiap hari saya bersemangat datang kerja. Untuk jumpa dan lihat awak. Tapi saya tak tahu bagaimana nak beritahu kepada awak tentang soal hati saya.

Saya tak sangka hari tu awak datang kepada saya. Kita breakfast bersama. Saya tanya awak macam-macam. Tapi awak tak banyak cakap. Saya rasa mungkin awak pemalu.

Pernah bos saya tanya awak. Awak dah ada teman lelaki ke. Awak kate belum ada.  Bos saya bersimpati dengan awak. 

Kemudian saya kena tukar tempat kerja. Lagi dekat dengan tempat tinggal awak. Saya ingat dengan cara tu kita akan lebih dekat. Tapi saya rasa kita semakin jauh sebenarnya.

Saya tak pernah sekali pun nampak awak. Saya ingat awak ada dekat situ. 

2 tahun kemudian saya buka facebook .

Awak dah kawin.


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Cara kawal berat badan dan info kesihatan mengenainya