Telefilem Dia Ibuku (TV9)

Dia Ibuku

Saksikan telefilem terbaru arahan Raja Ahmad Alauddin bertajuk 'Dia Ibuku' yang akan ditayangkan di slot Skrin Di 9. Mengisahkan tentang seorang ibu kandung yang kembali mencari anaknya selepas 20 tahun terpisah. Dibintangi oleh Nad Zainal, Aida Aris, Azhan Rani, Elly Suriati, dan Raja Ema. Disiarkan pada hari Isnin, 29 Jun jam 8.30 malam di TV9. 

JUDUL : DIA IBUKU
TARIKH / MASA : 29 Jun 2015 (Isnin, 8.30 malam)
SIARAN : SKRIN DI 9 (TV9)
SKRIP: Azlina Pa'wan
IDEA ASAL: Zulkeflee Mohd Said
PENGARAH : Raja Ahmad Alauddin
TERBITAN : Primework Studio
PELAKON : Nad Zainal, Aida Aris, Elly Suriati, Raja Ema, Azhan Rani, Afzan A.Rahman

SINOPSIS DIA IBUKU
Zana merupakan seorang wanita yang berjaya dalam kehidupannya. Zana bekerja di syarikat ayahnya, Datuk Ikram, mempunyai keluarga yang bahagia dan kekasih yang penyayang. Suatu hari, hidup Zana berubah apabila dia didatangi seorang wanita tua dan mengaku dia ialah ibu kandung Zana iaitu Salamiah. Perkara tersebut berlanjutan sehingga Zana didatangi seorang lelaki bernama Muhamad yang menceritakan bahawa Salamiah ialah ibu kandung Zana merangkap bekas isteri Datuk Ikram yang ditinggalkan untuk berkahwin dengan Syakila demi harta. Zana yang kecewa dengan ayahnya tekad meninggalkan semua yang dia ada demi ibu kandungnya.


from InfoTaip http://ift.tt/1LvrRRY

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Cara kawal berat badan dan info kesihatan mengenainya