Telemovie Lorong Kecil Ke Syurga

Lorong Kecil Ke Syurga

Saksikan telefilem terbaharu arahan Raja Mukhiriz bertajuk 'Lorong Kecil Ke Syurga'. Kisah anak yang hidup bersama ayahnya sebagai gelandangan. Lakonan hebat Faizal Hussein dan adik Izz Ilham. Bersiaran pada hari Isnin, 22 Jun pukul 8.30 malam di slot Skrin di 9 saluran TV9.  Istimewa untuk bulan Ramadan. 

JUDUL : LORONG KECIL KE SYURGA
TARIKH / MASA : 22 Jun 2015, Isnin, 8.30 malam
SIARAN : Skrin di 9 (TV9)
PENGARAH : Raja Mukhiriz
TERBITAN : Aneq Comunication
PELAKON : Faizal Hussein, Izz Ilham, Raja Ilya, Eliza Mustafa, Pyan Habib

SINOPSIS LORONG KECIL KE SYURGA
Azmi ialah bekas banduan yang hidup bergelandangan. Secara kebetulan, Azmi bertemu dengan seorang pemuda bernama Haikal yang jauh lebih muda daripadanya iaitu anaknya sendiri. Azmi kembali mendapat semangat untuk hidup. Teman segelandangan Azmi, Pak Seman, sering menulis puisi dan ia banyak menyedarkan Azmi tentang tanggungjawab dan ajaran agama. Azmi nekad untuk menjaga Haikal apabila mendapat tahu dia tidak dididik dengan ajaran agama oleh bekas isterinya, Maria dan suami baharu walaupun mereka sering diburu oleh orang upahan Maria. Sungguhpun begitu, Azmi dibantu oleh Mimi dan Din yang juga menjaga dan mengawasi keselamatan mereka. Suatu malam ketika tidur di kaki lima, Azmi dibunuh oleh Din yang mendapat wang ganjaran oleh Maria. Meskipun Azmi seorang insan yang serba kekurangan, namun bagi Haikal, Azmi merupakan bapa yang cukup sempurna.


from InfoTaip http://ift.tt/1LgVQty

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Cara kawal berat badan dan info kesihatan mengenainya