Akhirnya aku tak jadi tidur hotel lepas jumpe sorang pempuan mat salih

TAjuk macam gempak je...hehe...

jangan ingat yang tak senonoh dah le...please...

Kisahnye mase aku naik feri menuju ke pulau tadi, bile feri sampai je kat jeti  . Tetibe sorang ppuan mat salih datang dekat tingkap belakang kete aku yang kebetulan sengaja aku bukak sikit. Dia tanye ' are you going to Queensbay?'. Aku dengan spontannya cakap 'yes'. Pas tu dia terus panggil anak dia, bukak pintu depan, kemudian bagi anak dia duduk belakang dan dia pun masuk duduk di depan.

Kebetulan lagi kete aku naik sebelah tingkat atas feri. Campur sekali dengan pejalan kaki (pedestrian) yang dah ready nak tunggu pagar depan bukak je. Kete aku lak paling depan sekali. Semua orang tercengang tengok aku dan mat salih yang tumpang aku tu.

Pempuan mat salih ni tahu macam2 jugak. Cakap dok kat Malaysia ni baru 2 bulan. Dia yang bagi aku direction lepas feri tu sampai. Dia suruh aku hati2. padahal aku gelabah jugak tolong orang yang aku tak kenal, lagi2 orang asing macam dia.

Anak dia kat belakang buas jugak la sikit. Tapi aku tak kisah sebab kete aku yang baru pakai 4 bulan ni seat dia memang keras sikit. Ruang dalam pun lebih luas berbanding kete aku yang aku dah pakai 10 tahun sebelum ni. Abis aku bini pun takde. AWek pun takde. Aku tolong lah mat salih ni ngan anak dia. Sebab nampak macam orang susah.

Dia cakap susah nak dapat bas kat kawasan ni. Teksi pulak mahal. Kekadang teksi tak bape faham ckp omputih. Dia punya slang macam american. Memang dia orang orang american pun. katenye north american. Tapi asal Brazil.

Plan asal aku, turun je feri, nak gi Hong Leong Bank, cucuk duit, sewa hotel, duk diam2. Kalau larat, aku kuar la jalan2 kat tepi laut. Tapi dah elok nak sampai jeti, ditakdirkan pulak mat salih tu datang. Plan aku dah bertukar....

Aku letak laptop kat seat belakang sebab aku ingat nak buat keje sikit kat hotel. Ppuan tu pun tanye aku ade laptop ke dalam beg kat belakang tu sebab anak dia agak buas kat belakang. Aku cakap ade. Kelakar gak sebab ppuan tu jenuh suh anak dia duk diam. Bile budak tu dengar perkataan 'laptop', dia pun cakap ' I hate laptop!'. Pape je lah budak oi..

Honestly, ppuan mat salih ni memang terer macam2. Dia tanya, don’t you go to ‘makan’?  Aku cakap, I already full, just ate..Dia cakap, jap gi sampai Queensbay dia mungkin nak makan pizza hut ngan anak dia.

Kemudian aku tanye umur dia dengan cara paling sopan, aku tanye ‘don’t you mind...bla,bla, dia cakap umur dia 27. Kemudian dia tanye aku. Nampaknya aku ler lagi tua. Tapi aku masih rase macam aku baru nak masuk umur 20 tahun. Pemikiran aku tak macam laki2 yang dah umur 30 lebih, yang biasanya banyak berfikir tentang perancangan kewangan dan sebagainya. Jadi aku pun fikir, kalau aku kawin dulu dari Zizan Razak yang lebih muda dari aku tu, aku mungkin berjaya.  Zizan tu pangkat adik aku je.
Mase tengah drive tu, aku gelabah carik handphone aku yang aku baru beli 2 bulan lepas dengan harga lebih 1k. Kalau hilang, memang trauma jugak le dibuatnya. Ppuan tu tolong aku carik, last2 jumpe. Aku memang tak percaya kat dia, tapi gaya nya tak macam pencuri pun.


Aku tanye dia, mane dia punye husband. Katenye kat oversea, kat Singapore. Dia tanye pasal keje aku. Aku pun bagitau. Actually aku tak banyak cakap pun. Lebih kurang 20 minit kemudian, dengan trafik yang tak bape sesak sebab esok orang dah start keje, kami pun sampai di Queensbay. Dia pulak cakap nak gi HSBC. Dia tanye, HSBC bukak ke. Aku cakap ATM je yang available. Dia cakap nak yang counter. Aku cakap yang counter waktu malam tutup. Dia pun mule la nak pinjam duit aku. Aku teringat duit yang aku reserved kat Hong Leong Bank untuk booking hotel. Tapi aku cakap kat dia duit aku limited, dalam wallet ade sikit je. Dia nak 50 bucks.(RM 50). Aku cakap aku boleh bagi RM 10 je sebab lebih nak wat spare. Dia tanye aku kredit kad ade tak. Dia cakap nak mintak tolong aku esok bawak dia gi bank dekat Butterworth, tempat aku tinggal sebab dia nak ambil duit dan bayar hutang aku. Kebetulan aku baru block kredit kad aku baru2 ni sebab aku dah tersalah guna kat website yang ‘scam’. Lagi 1 minggu baru dapat yang baru. Last2 aku bagi dia RM 20 je. Lepas dia ngan anak dia turun, aku cepat2 gi belakang cek laptop aku. Dia cakap semua barang2 aku ade kat situ. Aku pun cakap ‘nice to meet you’. Dia cakap ‘nice to meet you too’. Pastu aku terus beredar. Oleh kerana laluan aku tu dah dekat dengan jambatan p.pinang, aku pun terus balik rumah. Rumah aku pun macam hotel gak.  Save duit hotel aku malam ni. 





Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Cara kawal berat badan dan info kesihatan mengenainya