Drama Abang Sado Kau Ado (TV3)

Abang Sado Kau Ado

Hari Raya nanti TV3 akan menayangkan drama khas empat episod berjudul Abang Sado Kau Ado. Drama arahan Shuhaimi Lua ini mengisahkan tetang seorang wanita kampung yang obses terhadap artis bertubuh sasa iaitu Sharnaaz Ahmad. Dibintangi gabungan pelakon terkenal dan baru seperti Adiba Yunus, Sharnaaz Ahmad, Izara Aishah, Idris Khan, Shiha Mentor, Dottie, dan ramai lagi. Drama Abang Sado Kau Ado akan bersiaran pada haru Raya Ketiga hingga Raya Keenam (19-22 Julai) jam 9 malam eksklusif di TV3.

JUDUL : ABANG SADO KAU ADO?
EPISOD : 4 Episod
TARIKH / MASA : 19-22 Julai 2015 (9.00 malam)
SIARAN : Syukur Selalu TV3
SKRIP : Rosmadewi
PENGARAH : Shuhaimi Lua
TERBITAN : A.Aida Production
PELAKON : Adiba Yunus, Sharnaaz Ahmad, Shiha Mentor, Idris Khan, Dottie, Amyza Adnan, Afzan, Izara Aishah, Amyza Adnan, Rahim Kidu, Norlia Ghani, Afzan A.Rahman 

WATAK PELAKON
Adiba Yunus sebagai Miskiah
Sharnaaz Ahmad sebagai Sharnaaz
Izara Aishah sebagai Sherry
Idris Khan sebagai Hafiz
Shiha Mentor sebagai Sofea
Dottie sebagai Nab 
Mama Norlia Ghani sebagai Mak Long

SINOPSIS ABANG SADO KAU ADO?
Mengenai seorang remaja kampung bernama Miskiah, yang merupakan seorang nelayan sungai. Miskiah sangat meminati artis popular yang berbadan tegap iaitu Sharnaaz Ahmad dan menggunakan media sosial untuk memasuki satu pertandingan di mana hadiah utama berupa peluang berhari Raya bersama Sharnaaz Ahmad. Biarpun Miskiah dikutuk oleh kerana obsesinya itu, namun, gadis tersebut yakin bahawa dia akan memenangi pertandingan tersebut dan impiannya untuk berjumpa dengan Sharnaaz Ahmad akhirnya menjadi realiti. Dalam masa yang sama Miskiah pula digilai oleh Hafiz, namun cintanya tidak diterima kerana Miskiah terlalu obses dengan abang sadonya Sharnaaz. Sofea pula terhegeh-hegeh sukakan Hafiz. Adakah cinta mereka kesampaian? Berjayakah Hafiz mendapat Miskiah dari Syarnaaz? 

GAMBAR PELAKON

Abang Sado Kau Ado tv3
Sherry sebagai kekasih Sharnaaz, Sofea pula gadis kaya dikampung

Drama Abang Sado Kau Ado tv3
Hafiz cintakan Miskiah 

Abang Sado Kau Ado

Abang Sado Kau Ado raya
Peristiwa di hari raya

Pelakon Abang Sado Kau Ado
Pengarah bersama barisan pelakon drama Abang Sado Kau Ado



from InfoTaip http://ift.tt/1CiaBwV

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Cara kawal berat badan dan info kesihatan mengenainya