Drama Syurga Nur (TV3)

Syurga Nur

JS Pictures Sdn Bhd akan membawakan drama bersiri terbaharu di slot Akasia TV3 berjudul 'Syurga Nur'. Drama bukan daripada adaptasi novel. Dibawah teraju sutradara Azman Yahya atau lebih dikenali sebagai Jinggo. Menampilkan pelakon baru iaitu Janna Nick sebagai heroin yang bergandingan dengan Amar Asyraf dan Azrel Ismail. Turut dibintangi oleh Sheila Rusly, Dayana Roza, Raja Ilya dan ramai lagi. Saksikannya bermula 1 Julai ini, pada setiap hari Isnin hingga Khamis jam 6.55 petang di saluran TV3. 

JUDUL : SYURGA NUR
EPISOD : 28 episod 
TARIKH / MASA : 1 Julai 2015 (Isnin-Khamis, 6.55pm)
SIARAN : Slot Akasia TV3
SKRIP : Sofia J Rhyland
OLAHAN : Sheila Rusly
PENGARAH : Azman Yahya (Jinggo)
TERBITAN : JS Pictures Sdn Bhd
PELAKON UTAMA: Janna Nick, Amar Asyraf, Azrel Ismail, Sheila Rusly, Raja Ilya, Dayana Roza, Erwin Dawson, Khairil Anwar Aman, Anne Abdullah, Shajirey, Shahrol Nizam
PELAKON PEMBANTU: Kuna, Mak Jah, Kay Maria, Aidil Alias, Widya Irani, Meor Wan Fariz, Amaris Ismail, Zulkifli Salleh, Nor Amisah Abdullah, Elin Sharliza, Amar Alfian, Kamal Kamaruddin, Norhasniza Ahmad, Zeehan Hussin
PELAKON KANAK-KANAK: Maisara Syahirah, Aliff Ikqmal, Fakrusy Syakirin

WATAK PELAKON
Janna Nick sebagai Nur Jannah / Nur Fatihah Nik Safuan
Amar Asyraf sebagai Kamil
Azrel Ismail sebagai Dr Haris
Sheila Rusly sebagai Sarina 
Raja Ilya sebagai Alin
Dayana Roza sebagai Siti
Erwin Dawson sebagai Adib
Ammar Alfian sebagai Nik Safuan
Elin Sharliza sebagai Alia
Khairil Anwar Aman sebagai Dato johar 
Anne Abdullah sebagai Datin Mariam
Shajiry sebagai Said
Aidil Alias sebagai Ustaz Azim
Yaya Zahir sebagai Emma
Mysarra Syahfiedzrien sebagai Nur (kanak-kanak)
Allif Ikqmal sebagai Kamil (kanak-kanak)

LAGU TEMA / OST SYURGA NUR
1. Benar Cinta oleh AishaHanim [ Link ]

SINOPSIS SYURGA NUR
Mengisahkan Nur (Janna Nick) yang kehilangan ibu bapanya dalam kemalangan jalan raya. Sejak itu, Nur dibesarkan oleh mak ciknya, Alin (Raja Ilya) yang sering menderanya. Nur melarikan diri dari rumah dan berjumpa dengan Sarina (Sheila Rusly) yang menyayanginya seperti anak kandungnya. Sarina mempunyai dua orang anak lelaki, Kamil (Amar Asyraf) dan Adib (Erwin Dawson) yang tidak menyenangi kehadiran Nur dalam keluarga mereka. Selepas 9 tahun, Nur menjadi usahawan berjaya dan berjumpa semula dengan mak ciknya. Kamil mempunyai perasaan terhadap Nur tetapi dia tidak berani untuk meluahkan isi hatinya. Nur juga mula berasa Kamil menyimpan perasaan terhadapnya, apabila lelaki itu menolak untuk dijodohkan dengan Siti. Adakah Nur akan melarikan diri sekali lagi? Apakah Kamil akan melepaskan Nur?

GAMBAR PELAKON SYURGA NUR
SyurgaNur
pelakon utama
Syurga Nur TV3
Kamil & Nur

Drama Syurga Nur TV3
Keluarga baru Nur

SyurgaNur TV3
Nur disamping Sarina

Janna Nick Azrel Ismail Syurga Nur
Azrel Ismail dan Janna Nick

Kahwin?

Ahli keluarga Ibu Sarina

Alkisah


Pelakon wanita yang ayu dan cantik

Nur bersama ibu & bapa sebelum dijaga oleh mak cik 

Di perkuburan

Barisan Pelakon
Syurga Nur


from InfoTaip http://ift.tt/1MackEo

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Cara kawal berat badan dan info kesihatan mengenainya