Mudahnya melihat aurat wanita

Amat mengejutkan kerana budak zaman sekarang seawal umur 11 tahun telah 'faham' perkataan-perkataan seperti 'seks' dan sebagainya. Tidak keterlaluan juga jika saya katakan bahawa kanak-kanak ini juga sudah pernah melihat adegan-adegan yang tidak sesuai di seawal usia mereka. Malah ada yang lebih muda iaitu seawal 10 tahun juga sudah 'pandai' tentang perkara-perkara yang disebutkan tadi . Oleh itu tidak hairan lah jika kanak-kanak sekarang menjadi terlalu 'cepat' melalui fasa remaja mereka sebelum mencapai umur kebiasaan akil baligh.

Mengimbau sekitar tahun 1996, ketika internet mulai diperkenalkan. Kanak-kanak pada zaman itu amat 'naive'. Tidak langsung tahu menahu mengenai perkara-perkara berkenaan seks dan sebagainya. Pornografi juga belum lagi berleluasa dan tidak semudah sekarang untuk diakses. Persoalannya adakah teknologi yang harus dipersalahkan ataupun yang mencipta teknologi tersebut?

Sebagai contoh, apabila seorang wanita ditawarkan dengan wang yang lumayan untuk melakukan sesuatu adegan ranjang, kerana terlalu taksub dengan tawaran tersebut, wanita tersebut terus menerimanya bulat-bulat tanpa menghiraukan maruah dirinya. Mungkin tiada siapa yang boleh berkata apa kerana wanita tersebut yang empunya badan, namun kesannya kepada sosial dan institusi kekeluargaan adalah amat membimbangkan.

Terdapat juga sesetengah di kalangan mereka yang telah berumahtangga tetapi masih gemar menonton pornografi. Akibatnya, kerana telah bosan melakukan seks dengan isteri sendiri, akhirnya berkeinginan pula untuk melihat isteri sendiri melakonkan adegan ranjang seperti di dalam pornografi. Akhirnya si suami meminta si isteri untuk melakukan seks bersama lelaki lain dan si suami menjadi penonton. 

Di dalam prinsip perniagaan, jika tiada permintaan, maka tidak akan ada pembekal. Oleh itu jika kita mahu membanteras pornografi, salah satu ataupun kedua-duanya sekali harus ditangani iaitu samada pembekal mahupun peminta.  Terdapat persoalan yang menarik untuk dibincangkan di sini iaitu siapakah yang memulakan dahulu? Peminta atau pembekal? 

Sebuah agensi di US yang merupakan agensi di mana bakal-bakal pelakon lucah diujibakat mendapat sambutan yang tidak kurang memberangsangkan terutama di kalangan wanita. Di sini pembekal merupakan agensi tersebut manakala peminta adalah di kalangan wanita yang 'meminta' untuk dijadikan 'pelakon terkenal' di agensi tersebut.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Cara kawal berat badan dan info kesihatan mengenainya