'Mungkin' korang tak faham

Aku highlights kan perkataan mungkin tu kerana 'mungkin' juga korang faham ape yang akan aku cakapkan (secara tulisan di blog) ni.

Biasalah, seperti entry aku yang lepas2, banyak berkaitan soal lelaki dan perempuan. Dan juga untuk entry yang ini. Tak tau lah samada akan jadi viral atau tak. Oleh penulis misteri. Biarlah....


Aku nak bincang isu yang paling latest. Pasal isu skandal seorang suami.....

Aku tak salah kan lelaki ni walaupun korang banyak yang salahkan dia sebab menyakiti perasaan wanita yang seolah-olah teramat-amat berharga untuk disakiti.  Aku tau, perasaan sape2 pun tak kira lelaki atau perempuan juga berharga. Fine...aku tak nak komen lebih2.

Ini masalah yang aku tak dapat tulis di sini. Takut nanti jadi pertuduhan. Kene saman . Susah aku.

Kejap...aku rase nak nak tulis juga...Macam ni,...sebenarnya,.. bila kita nak mencuri tapi kita tahu mencuri tu berdosa tapi kita dah tiada cara dan terpaksa. Pada aku, waktu tu yang mencuri bukanlah 100% diri kita. Faham tak?

Berbeza dengan orang yang mencuri kerana alasan-alasan selain dari yang disebutkan. Contohnya mencuri kerana suka2, nak bagi sakit hati orang, atau nak tunjuk kuat sebab walaupun mencuri orang tak boleh binasakan dia sebab dia orang paling gangster, semua orang takut. Orang macam ni pun ade? Ya, memang ade! Mencuri macam ni baru 100% sebab diri sendiri.

Kisah seterusnya adalah kisah yang ....aku tak berape berani nak tulis kisah yang mane satu. Tapi korang kene faham, korang tak boleh salahkan sesiapa pun 100% bila sesuatu berita tu masuk internet. Korang tak faham kisah yang sebenar. Sedang kan di dalam sejarah Islam pun selalu berlaku perselisihan pendapat sehingga berlaku perkara yang tidak diingini antara orang-orang yang dijamin syurga.

 Kalau jadi macam tu, sape yang salah? Yang salah adalah pihak ketiga. Penghasut, pengadu domba, munafik  dan Yahudi. Golongan-golongan yang disebutkan ni adalah untuk kisah sejarah di dalam Islam. Kalau untuk isu semasa yang disebutkan tadi, siapa pihak ketiganya? Banyak....dan korang pun tak tau siapa...yang nampak dan juga yang tak nampak


Malah ada ulama yang terang-terang menyalahkan pemimpin wanita di dalam perang tersebut. Kalau korang ade baca sejarah Islam, korang pasti tahu siapa yang aku sebutkan ni. Mahukah korang (wanita) sekiranya aku bersependapat dengan ulama ini?



“Dan hendaklah kamu tetap di rumahmu dan janganlah kamu berhias dan bertingkah laku seperti orang orang Jahiliyah yang dahulu dan dirikanlah shalat, tunaikanlah zakat dan taatilah Allah dan RasulNya”. (Qs. Al Ahzab:33)

Ayat di atas menyatakan bahawa tidak wajib bagi wanita untuk keluar rumah kecuali atas urusan tertentu, apatah lagi untuk pergi berperang.

Kerana itu suasana di hari kiamat sangat adil. Ada hakim, ada pendakwa, ada tertuduh, ada bukti dan sebagainya. Sama seperti mahkamah di dunia. Cuma lebih adil dan tiada yang lebih adil selain mahkamah di akhirat. Bukannya boleh tentukan terus tanpa melalui apa2 proses.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Cara kawal berat badan dan info kesihatan mengenainya