Sebenarnya aku tak benci perempuan

Kadang-kadang je aku marah. Bukan selalu. Sebab aku manusia biasa...


Ade sorang anak murid aku. Perempuan. Comel sesangat. Suke aku tengok. dia. So, aku bukan la benci perempuan... Dia nak main handset, aku bagi... Tapi cikgu lain yang selalu marah dia, bukan aku. Bile dia kena marah, aku diam je la.

Mungkin sebab tu dia pun jarang mintak kat aku. Tapi penah jugak dia mintak beberapa kali tapi aku tak kasi. Sebab aku takut dia kena marah. Mungkin juga sebab aku terasa sebab dia hanya nak main handset. Bukan nak bersembang dengan cikgu dia ni.

Jadi, bila dia tak mintak, aku tak kasi la. Bila dia tak tegur, aku diam je la. Bila dia tak pandang, aku pun tak hirau la. 

Same la jugak dengan perempuan dewasa. Aku tahu kalau seseorang perempuan tu pandang rendah dekat aku. Dari riak wajah je aku dah tahu. Kalau dia mula bercakap, lagi lah aku tahu. Tapi bila dia dah menyesal, sorry to say, aku susah nak terima. Sebab aku ada pengalaman tak berapa best dengan perempuan ni sejak aku kecil. Jadi, kalau dengan perempuan, mungkin aku berat sebelah...

Bukan aku tak suke perempuan. Kadang2 kalau anak murid aku tu nangis, hati ni pun terasa sedih. Tapi nak ambil hati dia, memang aku tak pandai. Bukan bidang aku. Aku hanya mampu bersimpati dalam diam.

Kesian dia, mak ayah dia tak manjakan dia, abang dan adiknya dengan benda mewah. Sebab tu dia 'teringin' sangat bila budak2 lain ade apa yang dia tiada.

Bila kita hendak sangat tolong seseorang, lalu kita dihalang, walau kita dah cuba sedaya upaya. Mungkin kita perlu fikir bahawa itu takdir yang telah tertulis untuk orang tersebut.

Contohnya bila seorang lelaki tengok perempuan eksiden depan mata. Cun pulak tu. Bohong la kalau lelaki normal langsung tak rase kesian atau rase nak menolong. Rase kesian tu pulak akan lebih dari mana-mana perempuan lain yang turut sama melihat kejadian itu. Kadang2 gf atau bini sebelah pun boleh tak dihiraukan. Same la aku pun..

Tapi andai kata dah tak dapat diselamatkan, redha jer la. Perempuan hanya makhluk. Makhluk akan mati. tidak kekal...

Harta peninggalan arwah abah pun kalau diikutkan nak dibahagi sama rata dengan adik perempuan aku. Tapi sebab aku 'makan hati' ngan dia dah lama, aku pun pilih fara'id. Tapi hati nurani aku memang nak bahagi sama rata. Mungkin dah takdir aku buat keputusan macam tu...

Even mase dia nak kawin, aku rase berat nak jadi wali dia. So, aku bagi peluang kat adik lelaki aku jadi wali...

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Cara kawal berat badan dan info kesihatan mengenainya