Sekilas mengenai kitab tajul muluk

Pengenalan

Tajul Muluk sebuah kitab yang mengandungi 134 sohifah atau bab yang merangkumi segala perkara, sama ada daripada gerak pada tubuh, mendirikan rumah, membuka tanah, mimpi, perubatan lelaki, peredaran air mani wanita, mengalahkan musuh dan sebagainya. Kitab ini sebenarnya dikatakan diadaptasi daripada sebuah kitab lain yang berasal dari Parsi dan telah di'Islam'kan dengan kemasukan elemen-elemen Islam. Kitab ini ditulis (semula) pada zaman sultan Aceh yang bernama Sultan Mansur Billah Shah ibni Al-Sultan Jauhar Al-Alam Shah. Pada bahagian akhir kitab tersebut, dinyatakan bahawa kitab ini telah selesai diterjemahkan oleh Faqir Tuan Haji Wan Hassan ibn Sheikh Tuan Ishak Fatani pada hari Jumaat pada waktu Dhuha enam likur haribulan Muharram pada hijrah Nabi 1249 di Makkah. 

Mungkin kebanyakan generasi sekarang, sukar untuk membaca kitab ini walaupun ianya banyak terjual memandangkan bahasa yang digunakan merupakan bahasa Melayu lama bercampur Arab. Malah, istilah-istilah yang digunakan adakalanya mendangkalkan fikiran kita, seperti kamkuha dan sebagainya. Malahan ejaan untuk ayam pula apabila dibaca berbunyi hayam, sekaligus menunjukkan pengaruh dialek banjar di dalamnya. Suatu ketika dahulu, sesiapa yang berhajat sangat nak jadi doktor tradisional (bomoh), penguasaan Tajul Muluk - sama ada dibaca atau dihafal - memang perlu. Malah, dikatakan juga, sesiapa yang menyimpan kitab ini dan dijadikan rujukan, seringkali mendapat penghormatan di kalangan penduduk kampung. 

Sebenarnya ada lain-lain kitab perubatan yang lebih ekstrem yang bercampur aduk antara agama (ilmu hakikat) dengan perubatan, malah termasuk juga di dalamnya jampi serapah mahupun hizib dan sebagainya seperti Kitab Pati Rahsia yang dikaitkan penulisannya dengan Paduka Perdana Menteri Kelantan, Nik Mahmud dan sebagainya... Sayangnya, kitab-kitab ini semakin lenyap dan tidak lagi mendapat perhatian, mahupun kajian daripada pihak yang sepatutnya.

Memandangkan ia datang dari zaman silam, bermakna ia adalah kuno dan ketinggalan. Barangkali kesilapan kita ialah memandang mudah akan kecendekiawan orang Melayu sendiri yang sudah pun menemui penawar demam malaria atau demam kura dengan penggunaan pati kulit batang pokok kuinin sebelum orang Inggeris mempatenkannya sebagai penemuan barat awal abad ke-20. Malah ketiadaan bomoh-bomoh yang benar-benar menjalankan peranan sebagai doktor tradisional yang bukan bermodalkan air liur, hembus-hembus, pembohong-pembohong dan temberang-temberang, serta asap kemenyan yang sekadar melengkapkan upacara perubatan, membuatkan kitab-kitab ini terbiar begitu sahaja. Berbeza dengan masyarakat Cina yang berjaya menaiktarafkan bidang perubatan sinseh mereka untuk digandingkan dengan perubatan moden, orang Melayu bagaikan kehilangan dalam keseronokan mereka mendabik dada bahawa Melayu sudah bertamadun. 

Kita boleh mempelajari Kitab Tajul Muluk, tetapi kita tidak boleh mempercayainya kerana ia boleh membawa kita kepada syirik. Ini selaras dengan firman Allah S.W.T. dalam surah al-Maidah ayat 90 yang bermaksud: "Wahai orang2 yang beriman bahawa sesungguhnya arak, judi, pemujaan berhala dan mengundi nasib dengan batang-batang anak panah adalah semuanya kotor ( keji) dari perbuatan syaitan, oleh itu hendaklah kamu menjauhinya semoga kamu berjaya".

Justeru, kita hendaklah mempelajari ilmu dari guru-guru yang diiktiraf oleh pihak berkuasa agama, dan kitab-kitab yang muktabar, supaya ilmu-ilmu tersebut memberi manfaat kepada diri kita di dunia dan di akhirat.

Pertikaian dan hukum


Sebenarnya, sejak tahun 2007 lagi JAKIM telah mengharamkan kitab ini.  Antara ‘fatwa’ yang dikeluarkan oleh JAKIM ialah:Kita boleh mempelajari Kitab Tajul Muluk, tetapi kita tidak boleh mempercayainya kerana ia boleh membawa kita kepada syirik kepada AllahS.W.T. Ini selaras dengan firman Allah S.W.T. dalam surah al -Maidah ayat90 yang bermaksud:"Wahai orang yang beriman bahawa sesungguhnya arak, judi, pemujaan berhaladan mengundi nasib dengan batang-batang anak panah adalah semuanya kotor(keji) dari perbuatan syaitan,oleh itu hendaklah kamu menjauhinya semogakamu berjaya" .Oleh itu , hendaklah mempelajari ilmu dari guru-guru yang diiktiraf oleh pihak berkuasa agama dan kitab-kitab yang muktabar supaya ilmu-ilmu tersebut memberi manfaat kepada diri di dunia dan diakhirat.Sila klik JAKIM untuk info ini. Salam sejahtera pada semua tajuk di atas mungkin membuatkan sesetengah orang tidak berberapa setuju tapi anda harus terima kenyataan saya terlintas untuk menulis tajuk ni bila saya terjumpa satu artikal yang ditulis diblog mengenai KITAB TAJUL MULUK MENGANCAM AQIDAH kerana saya(penulis) ada memiliki kitab ini versi jawi lama yang menceritakan tentang ilmu tilik melalui tarikh lahir,bentuk kening tapak tangan,mengenali personaliti baik dan buruk seseorang dan tentang berberapa ilmu perubatan dan reka bentuk rajah  azimat-azimat yang meragukan kaedahnya dan bermacam-macam lagi. Anda boleh merujuk disini untuk mengetahui asal usul  tajul muluk klik sini:  ( TAJUL MULUK ) petikan rahsia tarikh lahir Wanita yang lahir pada hari khamis, merupakan wanita yang suka menyinggung hati orang lain. Cakapnya kesat, kemahuan kuat, dan bersikap agresif. Rajin dan tekun bekerja, tak suka diganggu ketika bekerja, bercita-cita tinggi. Boleh terpikat kepada lelaki lain walaupun sudah ada kekasih atau suami. Hatinya tidak tetap, mudah terpedaya dengan pujuk rayu sehingga tak kenal antara yang baik dan buruk. Dia pandai mengurus dan merancang kewangan. Pada awal perkahwinan, tunduk pada suami, akan berubah apabila sudah lama berkeluarga. Seksualnya tinggi, jika tak pandai mengawal nafsu boleh terdorong ke lembah hina. Begitu juga dengan sifat fizikal, Wanita yang bibirnya selalu terbuka amatlah kuat nafsu syahwatnya, suka bertukar pasangan, tapi berdisiplin dalam kerja, selalu dapat kejayaan, pandangan luas, optimis, mudah jatuh cinta dan tergila-gila. Wanita yang tebal bibirnya pula sukakan kemesraan, suka kebebasan, berfikiran terbuka, gemar cakap soal cinta dan seks, dapat memberi kesenangan, suka mencemuh dan membuat malu, tidak suka berpura-pura, kuat meyimpan rahsia, kuat bersolek, kurang ambil berat pada suami, rumahtangga dan anak-anak.(petikan tajul muluk) Cuba bayangkan, andainya seseorang lelaki beristerikan atau bertunang dengan wanita yang lahir pada hari khamis , dan memiliki sebahagian atau keseluruhan ciri-ciri fizikal seperti di atas. Bayangkan juga, si lelaki atau suami itu pula buta agama dan mandul akal. tiba- tiba si suami pula dia mempelajari kitab ini. Pasti sahaja, si suami atau si tunang itu akan mula merasa sangsi dan mencurigai isterinya itu. Keadaan akan semakin parah, andainya ditakdirkan si isteri itu memiliki sekelumit akhlak yang tidak elok seperti mana yang diramalkan oleh kitab ini. Tentu sahaja, ia akan meruntuhkan kerukunan rumah tangga yang di bina.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Cara kawal berat badan dan info kesihatan mengenainya