Terminator Genisys [Review]

Dua buah filem terakhir dalam siri filem Terminator iaitu Terminator 3 : Rise of the Machines dan Terminator Salvation tidak mendapat pujian seperti yang diperolehi dua filem asalnya, The Terminator dan Terminator 2 : Judgment Day. Namun, filem terbaharu dalam siri ini, Terminator Genisys diharap dapat membantu menghidupkan semula minat terhadap franchais filem tersebut.

terminator_genisys_2015-wide

Terminator Genisys [Review]

Filem Terminator Genisys bermula di masa hadapan pada saat pasukan pemberontak berjaya menjatuhkan Skynet. Mengetahui kekalahannya, Skynet menghantar sebuah Terminator ke tahun 1984 untuk membunuh Sarah Connor. Untuk mempertahankan Sarah Connor, Kyle Reese dihantar pulang mengikutinya.

Namun sesuatu telah berlaku dan merubah sejarah sedia ada dan segala yang dijangkakan oleh Kyle Reese telah jauh meleset. Apakah perubahan yang berlaku dan mampukah mereka manamatkan riwayat Skynet? Tontonlah filem ini untuk mengetahui kesudahannya.

funny-terminator-genisys-franchise-paradox-parody-trailer

Jalan Cerita

Filem ini sangat mengujakan, terutamanya bagi mereka yang peminat setia filem Terminator (T1) asal Terminator 2 (T2) dan Terminator 2 yang kebanyakannya hidup pada tahun 80 dan 90 an. Dua filem ini menjadi kayu ukur kepada filem-filem terminator yang baharu.

Dalam Terminator Genisys, apa yang menjadikannya menarik ialah perubahan kepada garis masa yang telah dilakukan yang menyebabkan filem ini berlainan dari filem T1 dan T2, terapi pada masa yang sama ia berkaitan. Malah jika anda belum menonton T1 dan T2, dinasihatkan menontonnya terlebih dahulu sebelum menonton filem ini untuk membuatkan anda lebih menghargai apa yang dipaparkan dalam filem Genisys ini.

epcjckx9aql6darbtjvv

Jalan ceritanya ditulis dengan baik bagi menyesuaikan diri dengan zaman teknologi masa kini dan Skynet yang kini diberi nama samaran Genisys dilancarkan dengan cara yang lebih munasabah berbanding yang dipaparkan dalam T3.

Babak aksinya juga cukup mantap untuk menghiburkan penonton sepanjang tayangannya, kecuali babak helikopter yang kelihatan sangat tidak realistik. Namun, jika difikirkan semula, jika babak itu terlalu realistik, tentu ia tidak mendebarkan.

sarah-connor-terminator-genisys

Lakonan

Lakonan pera pelakon filem ini sangat mantap, namun bagi mereka yang biasa menonton filem Arnold Schwarzenegger yang lebih memfokuskan kepada watak yang mempunyai fizikal yang kuat, tentu sedikit kekok mendengarnya mengeluarkan dialog saintifik dan agak geek dalam filem ini.

maxresdefault

Positif vs Negetif

Postif

  • Jalan cerita yang menarik.
  • Aksi tanpa henti.
  • T-800 (Schwarzenegger) yang mempunyai lebih karektor, malah boleh berlawak.
  • Bagi peminat Korea, pelekon Korea Lee Byun Hun melakonkan watak T-1000

Negetif

  • Schwarzenegger sudah tua dan filem ini membuktikannya.
  • Tidak dapat menandingi kehebatan T1 dan T2.

Terminator-Genisys-5

 

Kesimpulan

Filem Terminator Genisys jelas sekali satu usaha untuk memulakan semula franchais filem Terminator sesuai mengikut peredaran zaman dan pada pendapat kami, ia telah berjaya mencapai matlamatnya. Agak menarik untuk memikirkan apa yang bakal dihidangkan dalam sequel filem in yang diumumkan akan menemui peminat pada 2017.

Walaupun filem ini tidak setanding T1 dan T2, ia masih mendapat tempat sebagai filem wajib tonton tahun ini. Pastikan anda tidak pulang awal kerana terdapat babak tersembunyi selepas babak kredit.

IMDB

The post Terminator Genisys [Review] appeared first on WayangKini.



from WayangKini http://ift.tt/1Ubjspt

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Cara kawal berat badan dan info kesihatan mengenainya