Benarkah lelaki kuat curang?

Masih terngiang-ngiang di telinga aku, seorang pemanggil menelefon sebuah stesyen radio dalam tahun 2005. Pemanggil tersebut adalah seorang wanita. Ketika itu tajuk perbincangan yang dibincangkan secara tepat memang aku tak ingat, tapi yang pasti adalah permasalahan mengenai lelaki dan wanita. Wanita tersebut pula secara terang-terang mengatakan bahawa lelaki lah yang paling banyak curang berbanding wanita. Pada pendapat aku, wanita tersebut hanya bercakap menggunakan emosi. Kerana orang perempuan memang terkenal dengan penggunaan emosi diorang. Salah satunya ketika bercakap.


Lelaki pula banyak 'diam' bila orang perempuan melakukan provokasi seperti itu. Mungkin diorang macam rase bersalah atau sebagainya. Tapi bukan aku. Pada aku, orang perempuan kalau curang, lagi dahsyat daripada lelaki. Korang pasti tahu. Banyak kejadian perempuan atau pun isteri yang curang ditemui di dalam keadaan 'mengerikan' bersama lelaki lain. Zaman sekarang dah tak macam dulu. Perempuan lebih 'bebas'. Dah tak perlu masak, jaga anak bagai. Boleh cari orang gaji (maid).

Tentang curang tu,  di mana2 saja boleh berlaku. Di tempat kerja, di rumah...di parking lot??(yang tuh bukan aku yang cakap, tapi seorang tomboy yang merupakan seorang manager suatu ketika dahulu'... Dahsyat...


Aku tak banyak karenah. Aku tak berkompromi dengan perempuan yang curang. Tiada tempat untuk perempuan yang curang. Jika dia curang, dia boleh pergi. Dosa dengan aku, kita jumpa di sana.


Benar, perempuan juga boleh salahkan lelaki. Contohnya dalam kes seorang pelajar perempuan hantar message whatsapp gambar bogelnya kepada seorang cikgu lelaki. Tak lama, ada juga suara seorang perempuan yang mengatakan 'kalau tiada angin, masakan pokok bergoyang'. Pada aku, pokok boleh juga bergoyang dengan izin tuhan, tanpa perlu kehadiran makhluk seperti angin. Ini cuma provokasi orang perempuan. Kerana seperti mana yang kita tahu, di akhir zaman nanti, salah satu golongan yang paling banyak menjadi pengikut dajjal adalah golongan wanita. Jadi, boleh disimpulkan di sini bahawa perempuan lah yang paling tak kuat, tak tahan godaan dan lebih mudah curang berbanding lelaki. Sekian. Terima kasih.

Oh ya, seperkara lagi. Tak perlu lah komen tentang lelaki patut menjadi pembimbing kepada wanita bagai. Ramai lelaki dah sedia maklum tentang tu. Masalah sekarang adalah perempuan-perempuan yang tak 'makan saman'. Cakap je lah, nasihat je lah macam mane pun, . Penyakit orang perempuan iaitu penyakit 'keras hati' memang sukar dipisahkan. What can we (men) say more....

Dan juga, bukan lah aku ni pernah disakiti atau tersakiti. Semua yang aku tulis ni adalah supaya semua orang perempuan sedar diri dan tidak melakukan bencana di kemudian hari, kerana akibatnya sangat buruk. wassalam.


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Cara kawal berat badan dan info kesihatan mengenainya