Bolehkah kasih sayang dibina semula

Terluka, dirawat, kembali terluka, dirawat kembali. Mampu kah?

Dapat tak korang bayangkan putus cinta berkali-kali dan bercinta pun berkali-kali? Senang atau susah? Ada yang baru sekali putus cinta dah terus kecewa selamanya. Ada yang masih mampu bertahan.

Persoalannya, sekali korang dikhianati, dapatkah korang bina semula kepercayaan tersebut apabila korang jatuh cinta sekali lagi?

Aku sendiri tak faham dengan diri aku sebenarnya. Aku memang pernah rasa bagaimana dikhianati, tetapi aku masih ingin bahagia dengan cinta. Cuma, setiap kali aku suka kepada seseorang, aku terus diam. Hairannya. Adakah aku diam kerana malu? Atau kerana aku takut pisang berbuah dua kali? Aku terus tanya kepada diri aku sendiri, akhirnya tiada jawapan. Aku terus buntu.

Apa sebenarnya yang berlaku. Peluang sentiasa ada tetapi mengapa aku terus teragak-agak? Adakah perasaan ini dari tuhan yang ingin menyelamatkan diriku, ataupun kerana kelemahan aku sendiri? Bengang rasanya bila difikirkan.

Aku ingin bertanya, jika seseorang yang peluangnya dinafikan oleh takdir, apakah hikmahnya??

Begini, aku sebenarnya percaya bahawa kita berkuasa kepada diri kita sendiri. Kita mampu mengubah apa yang kita mahu. Memang takdir ada kaitan, tetapi ia tetap boleh diubah.

Kejadian-kejadian begini cuma akan memburukkan lagi keadaan. Aku selalu marah-marah kepada orang yang kurang matang. Yang kurang dapat dugaan dalam hidup tetapi berlagak lebih. Especially orang perempuan. Aku tahu, mungkin perempuan yang aku suka tu pun tersiksa dengan perangai aku. Aku tahu dia mungkin sukakan aku. Aku tahu dia sekarang ada masalah. Entah apa yang hendak disalahkan lagi. Aku pun tak tahu.

Katakanlah aku dapat tahu bahawa perasaannya cuma suatu pembohongan. Dia lakukan semua itu untuk kepentingan dirinya semata-mata. Memang aku masih bertuah kerana aku tak pernah beri apa-apa pengharapan kepadanya. Tetapi aku juga mula sedar bahawa selama ini dia telah mengkhianati perasaan aku kepadanya. Tahukah dia apa kesannya kepada kaum hawa? Orang perempuan seharusnya mula berfikir tentang perkara seperti ini mulai sekarang.....

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Cara kawal berat badan dan info kesihatan mengenainya