Segalanya telah terungkap

Aku dah pun tahu. Memang dia tak pernah sukakan aku. Genap 2 tahun 11 hari. Dia cuma mahu aku mengaku bahawa aku sukakannya. Tak lebih dari itu. Aku faham egonya.

Lagipun aku dah biasa macam ni. Aku sedar sape aku. Sekarang aku pasang lagu 'Kita terpaksa bermusuhan'. Lagu yang yang famous masa aku darjah 5 . Masa aku jadi ketua darjah. 21 tahun dahulu.

Aku dah masak sangat dengan kehidupan ini. Dah faham sangat dengan perangai manusia. Aku dah tak hairan pun.

Mungkin suatu hari nanti aku akan jumpa dengan orang yang baik. Tapi luka ini dah jadi parut. Nak ape lagi.

Lagi 2 hari. Aku akan umumkan 'persaraan' aku. Aku dah puas selama 2 tahun ni. Banyak yang aku dapat. Lagi 2 hari juga adalah hari Jumaat. Memang hari yang sangat baik. Hari di mana aku selalu mendapat 'kifarah'.

Baru2 ni, mase aku tengah berjalan nak gi solat Jumaat, tiba2 ada budak kecik tengah main dengan kawan2 dia. Salah sorang tegur kawan yang sedang pegang kayu,"Ada pakcik kat belakang tu!". Seingat aku, tahun lepas, budak2 besar tu masih panggil aku 'abang'.   Nampak macam budak darjah 1.

Gi beraya rumah kawan baru2 ni pun, anak buah dia panggil aku pakcik, bukan lagi 'abang' macam tahun lepas. Mungkin abang sado dekat gym je yang nampak aku macam student. Ade ke student U ,budak darjah 1 panggil pakcik? Kebodohan ape manusia macam tu pun aku tak tahu.

Makcik kat kenduri pun boleh tersilap, ingat aku sebaya anak dia yang lain, padahal aku sebaya anak sulung dia. Perbezaan sebanyak 6 tahun. Banyak tu. Seronok la aku sebab nampak muda. Tapi bila budak2 dah mula panggil aku dengan panggilan begitu, rasanya mimpi ngeri aku dah pun bermula. Lepas ni macam2 lah alasan oleh anak2 dara. Aku faham sangat. Sebab baru2 ni pun, anak kakak tu tak datang, kakak je yang datang. Kakak tu teringin sangat nak aku jadi menantu. Tapi bila anak dia tak datang, aku syak mungkin anak dia tu sedang perhati dari jauh. Ingat aku jahil sangat ke? Tak lame pas tu, terus tak jadi. Mungkin anak dia yang tak nak. Mak aku call kakak tu lepas tu pun tak dapat2.

Dulu mase aku kerja kat situ, takde sape pun teringin nak meminang. 6 tahun aku tunggu. Padan muke kau. Aku tak rasa macam padan muke aku pun. Sebab aku ni jenis yang dah tak berapa kisah semenjak 7 tahun dulu. Mase aku rasa aku dah jumpa dengan cinta sejati aku. Tapi dipersenda. Dan juga semasa aku di matriks dahulu. 14 tahun dahulu. Aku yang ngorat budak perempuan tu. Kawan2 siap support lagi. Dia pulak bagi respond 'baik' punyer. Alih2 dah ade yang punya rupanya. Tapi gedik mengalahkan orang yang belum ada bakal laki. Entah lah....


Itu lah, kalau mulai sekarang aku selalu bagi orang perempuan terase hati pun. Aku dah tak rase berdosa pun. Bukan niat aku, sebab aku paranoid...



Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Cara kawal berat badan dan info kesihatan mengenainya