Tahukah anda bahawa saya pun tidak tahu?

Dikisahkan bahawa terdapat tujuh beradik yang tidak ade kena mengena dengan ultraman ataupun ayah Pin. Mereka bernama Hang Tudiala, Hang Nakpimana, Hang (Tengik, Biaqbetoi, Gokkau, Ghaplah, Ngit) <----boleh darab sendiri guna kaedah matematik. Lenguh pulak nak taip hang2 banyak2 kali...

Ke semua mereka membawa satu misi iaitu untuk menawan, bertapa, membawa pulang (complete one package) Puteri Santubong Puteri Sejinjang Penjaga Gunung Negeri Sarawak Manis Sik Ada Dapat Dilawan (boleh sambung nyanyi sendiri) untuk dipersembahkan kepada baginda Sultan.

Setibanya mereka di puncak Gunung Jerai, mereka bertemu dengan seorang kiai yang sedang bertapa. Lalu mereka menyatakan hajat mereka iaitu untuk mempelajari ilmu silat daripada kiai tersebut. Kiai tersebut memberi syarat iaitu hendaklah mereka mengikutnya turun ke kaki Gunung Jerai pada keesokan paginya dan mengikut apa yang akan dilakukan olehnya. Mereka bertujuh terus bersetuju tanpa banyak bicara.

Tatkala bunyi ayam bersahut-sahutan, berkokok memecah kebeningan pagi, mereka bertujuh bersama -sama dengan kiai memulakan perjalanan dari puncak Gunung sehingga ke kaki gunung, menyelusuri lorong-lorong berliku dan akhirnya sampai ke pekan Gurun.

Kiai tersebut kemudian terus berjalan ke celah-celah lorong bangunan sambil diikuti oleh tujuh beradik yang tidak ada kena mengena dengan Ultraman mahupun ayah Pin tersebut. Lalu kiai tersebut mengeluarkan sesuatu yang terselit di celah bengkungnya. Rupa-rupanya ia sebuah guni. Kiai tersebut kemudian mula mengutip sesuatu .Rupa2 nya kiai tersebut mengutip tin-tin kosong lalu dimasukkan ke dalam guni. Walaupun terpinga-pinga, tujuh beradik yang bla bla (boleh baca balik scroll kat atas) mengikut sahaja perbuatan kiai tersebut. Tatkala guni tersebut telah penuh muatan dan tiada lagi ruang untuk dimasuki tin-tin lagi, tujuh beradik bukan ultraman, bukan ayah Pin tersebut lantas bertanya mengapa harus dikutip tin-tin tersebut dan bilakah mereka boleh mempelari silat sambil menawan puncak Gunung Jerai serta membawa pulang Puteri Santubong Puteri Sejinjang (nyanyi sendiri lah)...akhirnya kiai tersebut mengaku bahawa mereka telah ditipu dan beliau bukan lah seorang kiai. Tidak sampai beberapa saat, dengan jurus langkah seribu yang menggunakan kaki hikmat, kiai tersebut terus lesap dari pandangan mata ketujuh beradik bukan ultraman bla bla...

Tiba-tiba Hang Nakpimana bersuara "Hang Tudiala!". Terasa dirinya disindir, Hang Tudiala terus mengeluarkan keris dan menikam Hang Nakpimana. Hang Nakpimana terus terdiam sehingga mati. Mereka berenam beradik walaubagaimanapun tidak patah semangat dan mendaki semula Gunung Jerai untuk mencari, menawan dan membawa pulang Puteri...(lagu Puteri Santubong). Setibanya mereka berenam di puncak GUnung, Hang Nakpimana bersuara, "Ade bau tengik lah!". Terasa dirinya disindir, Hang Tengik terus menikam Hang Nakpimana dengan lembing saktinya di bahagian dada Hang Nakpimana goreng pun sodap. Tanpa banyak bicara, Hang Nakpimana terus berkata yang dia telahpun mati.

Melihatkan situasi yang kian meruncing, Hang Gokkau berkata "Hang Biaqbetoi!" Hang Biaqbetoi sempat membalas balik, "Hang Gokkau!!" Terasa diri mereka disindirkan, mereka pun saling berbunuhan sesama sendiri.

Akhirnya Hang Tengik, Hang (Ngit, Gpahlah) berjaya menemukan Tuan Puteri Santubong bla bla dan membawa pulang Tuan Puteri tersebut. Semasa di dalam perjalanan, Tuan Puteri Santubong bla bla menegur, "Dari manakah bau hangit ini?". Oleh kerana tidak sanggup membiarkan Tuan Puteri mangkat dan membawa kepada kemurkaan baginda Sultan, Hang Tengik dan Hang Ghaplah berpakat lalu membunuh Hang Ngit. Tinggallah Hang Tengik dan Hang Ghaplah bersama-sama Tuan Puteri Santubong bla bla meneruskan perjalanan sehingga lah mereka sampai di istana.

Oleh kerana keperwiraan Hang (Tengik, Ghaplah), maka baginda sultan mengurniakan mereka pangkat laksamana. Walaubagaimanapun, Hang Tengik berasa tidak puas hati kerana pada firasatnya, dia seorang sahaja yang berhak mendapat pangkat laksamana tersebut. Hang Tengik kemudian merancang taktik licik dengan penuh dendam kesumat, bersama-sama pengikut-pengikutnya, mereka membunuh Hang Ghaplah dengan meracunnya. Taktik kotor Hang Tengik beserta kejahatannya sampai ke pengetahuan rakyat dan semenjak itu seluruh rakyat jelata membenci Hang Tengik. Sepurnama kemudian, Hang Tengik dilihat tidak lagi siuman dan sering dicaci nista oleh sesiapa sahaja yang berselisih dengannya. Hang Tengik dicaci dan dihina dengan panggilan "Hang Tengik!" sehingga ke akhir hayatnya.

Tidak pula dapat dipastikan melalui kisah ini ke mana perginya Hang Tudiala. Kalau diceritakan semula, Hang Tudiala tidak mati ataupun hilang. Penulis menganggap biarlah Hang Tudiala kekal diselubungi misteri.....

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Cara kawal berat badan dan info kesihatan mengenainya