Aku sedar siapa aku

Orang selalu kata, ukur baju pada badan sendiri, cermin diri, enggang sama enggang, bla bla bla..

Tapi baru sekarang aku faham semua pepatah tu. Lebih tragis, bila semua yang pernah aku percaya, tidak lagi bermakna. Ia umpama sebuah igauan ngeri dan aku telah terjaga darinya,

Aku tau la yang aku ni tak seberapa, tapi teringin yang comel, yang cantik, memilih pulak tu. Sebab tu la takde gf dan tak kawin2 smpai sekarang. Kesian aku...


Kenape lah kadang2 orang bagi aku kata2 positif. Cakap aku ni ade rupa, orang perempuan pun penah cakap yang lebih kurang serupa. Tapi diorang sendiri, bila aku suka, diorang tak suka. Yang aku tak suke, mau pulak kat aku. Tak salah memilih. Ramai manusia yang bertemu jodoh sebab memilih la. Tapi masalah aku ni lain sikit. Sebab aku rasa macam susah sangat . Bila aku dah suka, aku tengok perempuan tu pun macam suka. Tapi lama-kelamaan, dia berubah dengan sendirinya. Jadi tak suka. Sampai aku pun tak faham. Aku tau, benda ni biasa. Tapi bukan biasa kalau dah selalu sangat terjadi..

Baru2 ni aku berkenalan dengan sorang perempuan dalam facebook. Nak kata aku suka sangat pun tak jugak la. Tapi aku tengok dia boleh tahan la. Lepas kenal dan berborak dalam fb  beberapa kali, terus aku offer untuk masuk meminang . Dia terus diam. Macam tu pun boleh? Nak ikut sunnah pun susah? Hmmm. Ni bukan sedih lagi dah. Tapi dah tahap tak tahu nak cakap ape. Aku takut aku dendam dengan takdir. Aku dah tahap merasai kepelikan yang melampau ni. Budak2 yang umur 27, 28 (muda 5 tahun dari aku, pangkat adik) ramai yang dok berlumba buat anak. Sengaja cakap depan aku pasal bini dia dah 'due' bagai. Nak tunjuk terer la tu buat anak. Karang berlimpah-limpah anak kau, baru kau tahu makna sebenar kehidupan. dah tu semua anak2 kau memasuki profession merempit, tahniah . Aku tepuk tangan.

Manusia berlagak . Biasalah.


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Cara kawal berat badan dan info kesihatan mengenainya