Apabila rakan menjadi kekasih

Dah macam lagu pulak, ...."when friend turns into lover"..penah dengar? Famous lagu ni tahun 80-an dulu. Tajuk dia 'Tonight I celebrate my love for you'.

and the midnight sun....OK, cukup lah. Ni nak cerita sikit kalau2 apa yang terdapat dalam senikata lagu ni menjadi sebuah realiti. Contohnya macam ni, katakan aku kerja kat sebuah tempat. Kat situ ramai la rakan sekerja. Ada lelaki, ada perempuan.  So, dalam ramai2 rakan perempuan tu, ade la yang 'boleh tahan'. Pada aku la. Setengah orang mungkin akan kata dia cun, lawa bagai..

Yang best nya, pempuan ni dia bajet cun ngan aku, padahal aku tak anggap dia lebih dari sekadar rakan sekerja. Kemudian, dia mula ingat aku nak 'try' dia, bile aku selalu tanya itu ini. C'mon laa...dan juga, aku tau la dia pun takde hati kat aku. Tapi jangan la buat persepsi negatif kat aku. Buat muke macam aku ni 'desperate' ngan ko. Ppuihhh...


Cube bayangkan, suatu hari yang tak diduga, tak semena-mena kau berbual dengan aku 'lain macam'. Aku pulak mase tu dah dapat tangkap yang kau ni macam ada 'something' ngan aku. Dari 'body language' kau, dari gaya percakapan dan sebagainya. Kau tau tak, mase tu lah aku rasa paling menyampah. Sebab sebelum ni kau anggap aku nak 'try' kau, tapi kau tak nak tanya ataupun beritau aku pasal apa yang aku atau kau rasa. Sekarang tetibe kau dah fall in love ngan aku. Semua tu bu** sh** pada aku kau tahu??

Aku masih seperti dulu dan kini. Perasaan tak berubah, anggap kau macam kawan. Tu lah, lain kali jangan suke pandang serong ngan orang. Kan dah kene batang hidung sendiri. Aku cume nak cakap mase tu, ayat dia macam ni, "Ni kenape tetibe layan aku semacam jerrr?". Kalau aku lebih ekstrim dari tu, aku akan cakap, "Woi bangsat, kau pehal? Dah buang tebiat??"


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Cara kawal berat badan dan info kesihatan mengenainya