Burger VS Nasi. Mana lebih kenyang?

Kalau tanye aku, dua2 pun kenyang. Sorry le cakap camni sebab aku ni jenis kuat juga melantak, tapi badan aku jenis kurus berisi.

Orang Melayu rata-rata prefer nasi berbanding burger. Dari segi makanan yang lebih mengenyangkan, maybe nasi la. Korang setuju?

Kalau mat salih, mungkin diorang akan jawab burger. Tapi depends jugak la kan. Dibuatnya mase survey mat salih tu jawab, ' i think it's meat that fuller than rice', dah susah pulak nak tulis dalam research nanti.

Tapi di sini yang aku nak bincangkan adalah soal kenyang dan puas. Orang Melayu mungkin kata nasi lebih kenyang dan puas berbanding burger. Orang barat pula akan menjawab sebaliknya.

Jumlah kalori (tenaga) untuk secawan nasi adalah 204 manakala burger biasa (sekeping patty) adalah 254, lebih 50 kalori berbanding nasi. Walaupun burger mempunyai kalori lebih daripada nasi, sebenarnya kedua-dua makanan ini hampir sama dari  segi jumlah kalori kerana sebiji burger biasa mempunyai berat lebih kurang 86g manakala secawan nasi pula mempunyai berat lebih kurang 50g. (perbezaan yang tidak begitu ketara).

Oleh itu burger atau nasi, korang pilih lah yang mane berkenan di tekak. Just fyi burger ni lebih protein la berbanding karbohidrat. As we know, karbohidrat adalah sejenis gula ringkas manakala protein adalah gula kompleks. Oleh itu, karbohidrat lebih 'mudah' untuk ditukarkan kepada tenaga berbanding protein, menyebabkan juga kadar pertukaran dari gula ringkas tersebut kepada lemak lebih cepat berbanding protein. Jadi tak hairanlah mengapa sesetengah pengamal diet atkin mengambil makanan berprotein sebagai diet.


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Cara kawal berat badan dan info kesihatan mengenainya