Kesedihanku yang mendalam

Kisah cintaku dah pun berakhir. Aku dah pun tinggalkan dia dan tempat itu. Seorang insan yang tidak wajar aku mempunyai apa2 hubungan dengannya melainkan hubungan kemanusiaan.

Genap 2 tahun 1 bulan aku mengenalinya. Mungkin dia pernah mempunyai perasaan terhadap aku. Mungkin juga aku yang bertepuk sebelah tangan. Segalanya mungkin. Tetapi aku amat dukacita dengan perangai ku yang tak pernah berubah. Jadi ini lah rasanya keputusanku yang paling terbaik. Demi kebaikan ku dan juga dirinya.

Kalau diikutkan, tak pernah satu pun kisah percintaan ku yang menarik. Semuanya sedih dan tragis. Aku redha dengan segala ketentuan. Mungkin juga kerana aku dah tak mampu nak berbuat apa. Jadi aku serah segalanya kepada takdir.

Akan datang di suatu ketika, dan aku pun telah terbiasa dengan keadaan ini. Lalu aku biarkan saja ia berlaku. Ketika itu salju mulai turun, menempel di janggutku yang sama putihnya dengan salju itu. Aku dengan tenang berjalan menghampiri mereka. Mereka adalah adik-adik ku. Aku masih tenang. Tidak sangka masih lagi bernyawa sehingga kini. Tetapi seseorang yang amat disayangi telah pun pergi meninggalkan kami semua. Dan peralihan kutub yang berlaku telah menyebabkan banyak negara mengalami perubahan cuaca yang mendadak. Dunia pun telah sampai ke penghujung. ...

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Cara kawal berat badan dan info kesihatan mengenainya