Kisah silam seorang isteri yang terbongkar gara-gara 3gp

Entry aku ni bukan lah untuk mengaibkan, jauh sekali untuk menghina mana2 pihak. Cuma ia sebagai peringatan bersama agar lebih berwaspada supaya tidak menyesal di kemudian hari.

Kisah ini diceritakan oleh seorang ustaz yang mengajar di dalam sebuah kursus kahwin suatu ketika dahulu. Menurutnya, terdapat kes yang dilaporkan di pejabat agama berkenaan suatu perceraian, berkaitan dengan isu 3gp.

(Bagi korang yang tak tahu apa kah itu 3gp bagi istilah 'urban dictionary' di Malaysia, boleh la lakukan search sendiri. Untuk lebih tepat, boleh search 'kantoi 3gp'. Lepas tu tanggungjawab korang sendiri lah. Bergantung apa yang korang niatkan semasa atau selepas dapat info mengenai 3gp tu nanti).

Sambung cerita...ustaz tu kata, isteri tersebut diceraikan oleh si suami selepas si suami menonton rakaman video 3gp isteri bersama lelaki lain di dalam video tersebut dan ketika itu si isteri belum lagi berkahwin dengannya. Dengan itu, diyakini bahawa si isteri pernah berzina suatu masa dahulu tetapi telah bertaubat dengan taubat nasuha. Mereka juga telah dikurniakan dengan beberapa orang cahaya mata ketika perceraian tersebut berlaku,

Si suami tidak dapat menerima hakikat tersebut kerana mungkin perkara tersebut telah dirahsiakan daripada pengetahuannya sebelum itu.

**Info tambahan :

3gp adalah sejenis format untuk video bagi  jenis handphone sebelum smartphone dicipta dan diperkenalkan. Format video yang digunakan sekarang adalah jauh lebih moden seperti mp4, flv dan lain2 serta dapat menampung kapasiti yang lebih besar.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Cara kawal berat badan dan info kesihatan mengenainya