Mungkin sains tidak dapat menjelaskan perkara ini

Bayi lelaki yang tertimbus di dalam runtuhan bangunan selepas dibedil oleh Yahudi di Palestin sememangnya tidak terjangkau oleh akal memandangkan bayi tersebut masih lagi bernyawa selepas diselamatkan orang ramai. Mungkin sains tidak dapat menjelaskan perkara ini, namun ia juga boleh dikaitkan antara sains dan kekuasan dan kebesaran Allah S.W.T .

Saya tidak pasti bagaimana bayi tersebut masih 'survive' beberapa minit tanpa oksigen tetapi apa yang boleh diperkatakan adalah, ianya tidak mustahil. Seperti yang kita tahu, setiap kali jantung mengepam darah, mengalir bersama-samanya adalah oksigen, nutrien dan beberapa lagi komponen penting yang akan melangsungkan hayat seseorang manusia. Tanpa oksigen dalam suatu jangka masa tertentu, akan mengakibatkan keracunan di dalam darah kerana peranan oksigen adalah untuk menghasilkan tenaga ATP (Adenosine Triphosphate) dan juga bahan kumuh (sisa yang terhasil selepas penghasilan ATP, contohnya karbon dioksida). Tanpa oksigen, penghasilan tenaga kimia ATP tidak akan berlaku yang seterusnya akan mengagalkan segala fungsi sel terutama sekali sel di bahagian otak yang amat sensitif.

Hipotesis yang boleh saya lakukan di sini adalah, 'sesuatu' telah menghentikan semua aktiviti-aktiviti respirasi bayi lelaki ini, begitu juga dengan denyutan jantung bayi tersebut. Dalam keadaan dorman, pembakaran ataupun penghasilan tenaga tidak akan berlaku sama sekali dengan syarat bayi tersebut mestilah kekal dorman untuk suatu tempoh waktu. Saya juga yakin bahawa bayi tersebut dapat hidup walaupun berapa lama masa diambil kerana seperti mana yang kita tahu, masa juga merupakan makhluk Allah S.W.T. Jika Allah menghendaki masa itu berhenti, maka masa akan berhenti dengan sendirinya .(dalam kes ini, masa terhenti hanya untuk sistem badan bayi tersebut).







Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Cara kawal berat badan dan info kesihatan mengenainya