Tell me how am I supposed to live without you

Kau takkan pernah tahu betapa aku suka kat kau. Tapi perkara ini takkan menjadi kenyataan , kerana kau adalah kepunyaan kekal seseorang. Bagaimana sanggup aku menghancurkan mahligai yang kau bina bersamanya?

Aku cuma berharap agar aku lekas keluar dari situ, agar aku dapat terus melupakanmu. Kau tak kan tahu betapa peritnya aku mengalami jatuh cinta berulang-ulang tetapi tidak pernah kesampaian..

Kau salah seorang daripadanya. Sejak aku mengenali mu, kau baru melahirkan cahaya mata. Betapa kecewa aku bila mengetahui orang disisimu adalah suami mu sendiri.

Tapi aku terus menerus menduga perasaan mu terhadapku. Dan kini aku telah benar-benar faham, bahawa aku hanya bertepuk sebelah tangan. Aku tak pernah menyesal menjadi orang suruhanmu, asalkan kau ikhlas terhadapku.

Di dalam hidup ini, aku terus berlari dari masalah...

Adakah aku ditakdirkan hanya untuk dikecewakan?

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Cara kawal berat badan dan info kesihatan mengenainya