Catatan

Tunjukkan catatan dari Oktober, 2015

Hakikat cinta kerana wajah

Dari mata turun ke hati. Amboi kau. Ke main lagi. Nih abang umur dah lebih 3 dekad 2 tahun nak bercerita sikit mengenai cinta untuk yang belum kawin. Adik2 yang dah kawin pun kalau nak baca entry ni pun ape salahnye. Ilmu..ye tak??


Masa bercinta ni, kalau pakwe atau makwe korang kentut atau terkentut pun korang akan kate wangi. Ye lah, nak jaga hati la katakan. Tapi kalau korang beriya-iya benar cakap bau kentut tu wangi jugak, aku tak tahu la.. Maybe deria bau korang ade problem .Ataupun dah ketagih bau kentut kekasih korang sendiri??..

Sebelum jatuh cinta, macam2 peristiwa yang akan dilalui oleh mana2 manusia di atas muka bumi ni. Ada yang jatuh cinta pandang pertama, ade yang mula2 benci kemudian sayang...macam2 lah. Kalau nak cerita semua tu dalam blog memang makan masa jugak lah. Jadi, aku cut-off sikit story-mory aku ni..(sebenarnya aku ni kurang rajin menaip)

Sebenarnya bagi pasangan yang bercinta, kekasih dia akan nampak sempurna. Salah satunya kat bahagian wajah. Paling kuran…

Tak mengapa jika kau berpura-pura

Aku tahu kau hanya berlakon. Aku tak hirau pun. Aku hanya menumpang belaian kasih sayang, walaupun ia hanya palsu. Minta lah dari aku selagi kau boleh. Bila semuanya berakhir, aku relakan kau pergi.

Lagipun selama ni aku tak pernah merasai kasih sayang sebenar. Manusia mencipta rasa cinta dan kasih. Rasa itu juga hanya sementara, jika kau tahu..


Rasa itu juga palsu.

Sinopsis Filem Sinaran (2015)

Filem Sinaran merupakan filem usaha sama antara Malaysia, Indonesia dan Singapura menampilkan pelakon-pelakon hebat seperti Lisa Surihani dan Izara Aishah dari Malaysia, Evan Sanders dari Indonesia,...

Layari: infotaip.blogspot.com

from InfoTaip http://ift.tt/1kXos43

Segala pegangan, kepercayaan dan iktikad kita boleh dipengaruhi

Waraslah ketika bercinta sebelum tiba masanya berpisah

Siapa yang pernah merasakan tahulah betapa peritnya. Benarlah kata pujangga,"sakit yang paling dahsyat ialah mencintai seseorang, tetapi tidak berbalas." Aneh sekali derita sakit putus cinta ini... benci, tapi rindu. Dendam tapi sayang. Dunia terasa sempit, dada terasa mencengkam. Orang yang paling boleh menyakitkan hati kita ialah dia yang pernah paling kita cintai. Ramai orang yang hancur hidupnya kerana putus cinta. Terlupakah pesan bijak pandai: "Cintailah sesuatu itu sekadar saja, berkemungkinan ia akan menjadi kebencianmu pada suatu ketika, bencilah yang engkau benci itu sekadar saja, berkemungkinan ia akan menjadi kecintaanmu pada satu ketika." Sesetengahnya hilang kewarasan berfikir. Hilang semangat juang. Malah ada yang sanggup bunuh diri. Benarlah kata orang: "Dunia akan terkejut mendengar seseorang membunuh diri kerana kematian ibunya, tetapi tidak akan terkejut apabila pembunuhan diri itu disebabkan kematian kekasih yang dicintainya." Justeru,…

Buat muka sedih atau muka marah

Bukan senang nak buat muka sedih. Tambahan pula kalau perasaan sebenar kita ketika itu adalah marah. Buat muka sedih ni sebenarnya sebab kita dah betul2 give up, kecewa, frust dan seumpamanya. Ye lah, orang tau kita marah, tapi orang juga tau kita marah sebab peristiwa yang kita tak suka terjadi kembali di hadapan mata. Orang sekarang pun dah makin pandai menilai.(orang perempuan)

Contohnya, ada sorang perempuan mengata korang macam2. Korang marah tapi tak dapat berbuat apa2 waktu tu atas pelbagai sebab. Jadi korang lupakan la peristiwa tu di ingatan. Tiba suatu masa, peristiwa yang hampir sama berulang lagi. Kali ni kalau korang nak mempertahankan diri korang pun memang boleh sangat, juga atas pelbagai sebab ketika itu. Tapi tiba2 korang terfikir, perempuan neraka macam ni kalau nasihat macam mane pun tak MAKAN SAMAN punye. Jadi, kalau korang nasihat ke, hentak ke, bagi anjing makan dia ke, tetap takkan berubah. Apa yang korang boleh buat?

Kalau aku, aku diam je. Buat muke sedih. Mem…

Perempuan tak bertudung memang stereotaip

Ramai perempuan marah bile orang lain stereotaip kan perempuan yang tak bertudung. Hakikatnya, diorang memang stereotaip pun sebab tak menutup aurat. Jadi, perempuan tak bertudung adalah perempuan yang tak menutup aurat. Stereotaip la tu!!

Kesian kan?? Tapi esok2 rambut tu juga yang kene bakar dek api neraka dalam keadaan tergantung. Sakit tu...

Lagi satu, orang perempuan ni kuat perasan sebenarnya. Seriously..Especially bile orang laki tengok dia. Kekadang tu, orang laki tengok kete lamborghini kat belakang, dia pulak perasan orang tengok dia. Tu tak pe lagi. Dibuatnya mulut celakanya tu sebar fitnah kata lelaki tu nak mengurat dia. Pastu mamat mane tah datang masuk campur. Dah jadi gaduh. Tak ke naya?

Biasenye yang tak pakai tudung la buat perangai cam tu. Sebab yang pakai tudung ni perasannya kureng sikit. Tapi tetap ada...

Kekadang lelaki sampai tahap dah maki2 perempuan tak pakai tudung, boleh perempuan tak pakai tudung tu cakap lelaki tu marah tapi sebenarnya suka?? What the cek…

Bagaimana Allah menyelamatkan kita

Allah S.W.T menyelamatkan kita samada menerusi 'perantara', ataupun juga secara langsung. Kebiasaannya pertolongan secara langsung berlaku apabila kita di dalam keadaan darurat. Sedangkan Allah itu Maha Santun (Lemah-lembut) terhadap hamba-hambaNya, pasti lah Dia tidak akan membiarkan hamba-hambaNya dalam kesusahan.

Baru-baru ini saya menonton sebuah klip video seorang kanak-kanak yang tersangkut kepalanya di antara besi-besi penghadang di sebuah kediaman dan budak itu tergantung sambil meronta-ronta. Masya-Allah, bayangkan betapa lemas dan terseksanya budak yang masih belum mengerti apa-apa tersebut.

Kebetulan tiada orang di dalam rumah tersebut yang sedar akan nasib malang yang sedang menimpa kanak-kanak tersebut ketika itu. Mungkin sedang sibuk dengan sesuatu atau mungkin juga langsung tiada di dalam kediaman tersebut. Rumah tersebut mungkin sebuah rumah apartment di tingkat satu. Budak itu tergantung seperti di balkoni apartment tersebut. Mujur ketika itu ada jiran yang te…

Mr Holmes [Review]

Imej
Sherlock Holmes merupakan watak detektif British yang terkenal di dunia. Banyak versi filem dan siri TV telah dibikin berdasarkan watak ini. Mr Holmes memperlihatkan satu drama yang berbeza sedikit dari filem-filem Sherlock Holmes yang lain.Mr Holmes [Review]Filem Mr Holmes yang dibintangi Sir Ian McKellen menceritakan mengenai Sherlock Holmes yang sudah berumur 93 tahun. Beliau telah berhenti menjadi penyiasat untuk satu jangkamasa yang lama setelah mengalami kegagalan dalam kes terakhirnya.Rakannya, John Watson telah menjadi penulis dan mensensasikan pengalaman penyiasatan Sherlock Holmes, menjadikan semua kisah mengenainya tidak tepat demi mensensasikan buku yang ditulisnya.Untuk membetulkan rekod mengenai dirinya, Sherlock Holmes mula menulis sendiri buku mengenai kes terakhirnya itu. Malangnya dia mengalami penyakit nyanyuk dan sukar mengingati perkara mengenai kes tersebut. Kini beliau tinggal di rumah rehatnya bersama seorang penjaga wanita dengan anaknya, Roger yang merupakan …

The story for today

Today I am hanging out in my house. This morning, I went jogging at some recreational park behind my backyard. Actually, I felt unhealthy so that is why I decided to

Momentum [Review]

Imej
Momentum bukanlah satu filem box office yang ditunggu-tunggu, namun kami mendapat peluang menonton filem aksi ini dan kini kami nukilkan pendapat kami mengenai filem yang dibintangi Olga Kurylenko ini.Momentum [Review]Momentum mengisahkan sekumpulan perompak upahan yang diketuai Alex Farraday (Olga Kurylenko) yang diberi tugasan terakhir untuk merompak satu peti bank yang mengandungi berlian dan sebuah pemacu USB, mengandungi maklumat rahsia. Malangnya oleh kerana salah seorang anggota pasukan itu membuat kesilapan, muka Alex telah terdedah kepada saksi dan walaupun mereka berjaya melarikan diri, gambar beliau telah diketahui umum.Oleh kerana itu, senator Amerika yang mengupah mereka mahu kumpulan perompak itu dihapuskan. Mampukah beliau menyelamatkan diri dari dibunuh pembunuh upahan senator Amerika itu?Jalan CeritaJalan cerita filem ini bukanlah suatu yang baharu. Filem aksi teori konspirasi seperti ini telah banyak digunapakai dan bukan lagi suatu yang menarik. Oleh kerana jalan ce…

Sekilas mengenai Video muzik penyanyi Min Malik

Imej
Aku sebenarnya bukan dari aliran muzik, tetapi aliran perniagaan. Asalnya teringin nak ikut aliran perubatan, tapi hajat tak kesampaian. Tapi aku tetap optimis yang aku masih boleh...


Mengenai Min Malik ni, vokal dia memang mantap. Kelebihannya adalah dari segi kekuatan vokal. Tahun 1995 ni aku baru darjah 6. Kepada awek2 kat luar sana tu, jangan ingat abang ni sebaya korang tau. Abang bukan umur 25 tau. Kau jangan suke2 hati mak bapak korang je panggil aku adik bagai. Tak sedar diri langsung la korang. Umur baru 28 tahun nak panggil aku adik. 4 tahun beza tu dik. Teruk gile kau ni. Mesti balak kau mat rempit kan.

Selingan je tu. OK lah, kita sambung LOL ;D. Berbalik kepada Min Malik ni, jadi aku rasa memang benar lah setiap manusia tu dilahirkan dengan bakat semula jadi. Tak semua orang mampu atau mempunyai keistimewaan yang orang lain ada.  Contohnya macam sorang penyanyi wanita kontroversi yang juga merupakan bekas kekasih seorang artis (sekarang dah kawin). Dia tu asalnya bukan p…

Sepaktakraw Siri Super Akhir ISTAF 2014/2015 | Jadual & Keputusan

Imej
Kejohanan Sepak Takraw Siri Super Akhir ISTAF diadakan di Thailand mulai 20 hingga 23 Oktober 2015. Malaysia menyenaraikan lima pemain tonggak utama iaitu Mohamad Syahir (tekong), Ahmad Aizat Mohd Noor (tekong), Mohd Khairol Zaman (pelibas), Mohamed Zamree Mohd Dahan (pelibas) dan Farhan Adam (pengumpan. Perlawanan akan disiarkan secara langsung di Astro Arena saluran 801.

ISTAF SuperSeries Akhir 2014/15 Thailand
Tarikh: 20 hingga 23 Oktober 2015
Venue: Nakhon Pathom Municipal Gymnasium (Mad Goat Stadium)

Live Streaming http://ift.tt/1LJBCeU

Jadual & Keputusan (Lelaki)
SELASA, 20 OKTOBER 2015Kumpulan AFilipina2:0IndiaKumpulan BMalaysia2:0JepunKumpulan AThailand2:0IndiaKumpulan BJepun2:0SingapuraKumpulan AMyanmar1:2FilipinaKumpulan BSingapura2:0Korea
RABU, 21 OKTOBER 2015Kumpulan BJepun-KoreaKumpulan AThailand-MyanmarKumpulan BMalaysia-SingapuraKumpulan AFilipina-ThailandKumpulan BKorea-MalaysiaKumpulan AIndia-Myanmar
KHAMIS, 22 OKTOBER 2015Tempat Ke-5 - 8---Tempat Ke-5 - 8---Tempat Ke-5…

Badminton Terbuka Perancis 2015 | Jadual & Keputusan

Imej
Kejohanan Badminton Terbuka Perancis bagi tahun 2015 berlangsund di Paris mulai 20 hingga 25 Oktober ini. Berikut senarai jadual dan keputusan aksi wakil Malaysia disana.
Badminton Terbuka Perancis 2015 (Yonex French Open) Tarikh : 20 hingga 25 Oktober 2015 Kategori : Superseries Venue:  Stade Pierre de Coubertin, Paris, Perancis Laman Web: http://www.yonexifb.com

Live Streaming
https://www.youtube.com/user/FFBAdminton
JADUAL DAN KEPUTUSAN
Selasa, 20 Oktober 2015
Rabu, 21 Oktober 2015
Khamis, 22 Oktober 2015

LIVE SCORE


from SANoktah http://ift.tt/1M5YyRd

Sebab banyak wanita dalam neraka

HADIS daripada Abu Sa’id al-Khudri bermaksud:

Rasulullah SAW keluar pada hari raya Aidil Adha atau Aidil Fitri menuju tempat solat, kemudian baginda melalui tempat solat wanita, baginda bersabda: “Wahai sekalian wanita, bersedekahlah kalian, sesungguhnya aku melihat kalian adalah penduduk neraka paling banyak. Para wanita bertanya: “Apa puncanya wahai Rasul Allah SAW?” Baginda menjawab: “Kalian banyak melaknat dan tidak bersyukur kepada suami. Tiada aku lihat golongan yang lemah akal dan agamanya yang dapat menghilangkan fikiran lelaki yang cerdas kecuali kalian”. Mereka bertanya: “Apa kekurangan akal dan agama kami wahai Rasul Allah SAW?” Baginda menjawab: Bukankah kesaksian seorang wanita sama dengan setengah kesaksian lelaki? Mereka menjawab: Betul wahai Rasul Allah SAW. Baginda bersabda: “Itulah kekurangan akalnya”. (al-Bukhari, Kitab al-Siyam, Bab Tarku Al-Haid Al-Saum, hadis no. 298) Hadis ini bertaraf Sahih dan diriwayatkan oleh Imam Bukhari di dalam Sahihnya.

Sabab Wurud Hadis

HADIS daripada Abu Sa’id al-Khudri bermaksud: Rasulullah SAW keluar pada hari raya Aidil Adha atau Aidil Fitri menuju tempat solat, kemudian baginda melalui tempat solat wanita, baginda bersabda: “Wahai sekalian wanita, bersedekahlah kalian, sesungguhnya aku melihat kalian adalah penduduk neraka paling banyak. Para wanita bertanya: “Apa puncanya wahai Rasul Allah SAW?” Baginda menjawab: “Kalian banyak melaknat dan tidak bersyukur kepada suami. Tiada aku lihat golongan yang lemah akal dan agamanya yang dapat menghilangkan fikiran lelaki yang cerdas kecuali kalian”. Mereka bertanya: “Apa kekurangan akal dan agama kami wahai Rasul Allah SAW?” Baginda menjawab: Bukankah kesaksian seorang wanita sama dengan setengah kesaksian lelaki? Mereka menjawab: Betul wahai Rasul Allah SAW. Baginda bersabda: “Itulah kekurangan akalnya”. (al-Bukhari, Kitab al-Siyam, Bab Tarku Al-Haid Al-Saum, hadis no. 298) Hadis ini bertaraf Sahih dan diriwayatkan oleh Imam Bukhari di dalam Sahihnya. Sabab Wurud Had…

Badminton Terbuka Denmark 2015 | Jadual & Keputusan

Imej
Kejohanan Siri Super Terbuka Denmark bagi tahun 2015 dilangsungkan bermula 13 Oktober hingga 18 Oktober ini. Melibatkan ramai pemain-pemain terbaik dunia.

Badminton Terbuka Denmark 2015
Tarikh 13-18 Oktober 2015
Kategori: Superseries Premier
Venue: Odense Sports Park
Website: http://ift.tt/1xmCWKv

LIVE STREAMING
1. https://www.youtube.com/user/bwf
2. http://goo.gl/RKw6Iy
JADUAL DAN KEPUTUSAN
13 & 14 OKTOBER 2015

LIVE SCORE


from SANoktah http://ift.tt/1RGHuGq

Rembat [Review]

Imej
Walaupun terdapat beberapa filem yang baik, tidak banyak filem-filem tempatan yang berjaya menarik minat kami untuk menonton di wayang. Namun kami dengan tidak sengaja menonton rancangan di sebalik tabir Rembat di TV tempoh hari dan mendapati filem ini boleh tahan. Jadi kami pun pergi menonton filem ini untuk menilai sendiri filem ini.Rembat [Review]Filem rembat dibintangi pelakon terkenal Shaheizy Sam dan penyanyi bahasa Mandarin Malaysia terkenal Ah Niu. Ia mengisahkan Malik (Shaheizy) dan Chin Chye (Ah Niu). Chin Chye seorang kaki judi yang berhutang dengan Ah Loong dan akibat pergaduhan di kedai mamak akibat perlawanan bola, mereka ditangkap polis semalaman.Ini mengakibatkan Malik terjerumus sekali dengan masalah yang dihadapi Chin Chye apabila Ah Loong datang mencarinya untuk mengutip hutang judi. Oleh kerana Malik juga memerlukan wang yang banyak, beliau bersetuju untuk membantu Chin Chye mencari wang untuk melangsaikan hutangnya.Adakah mereka akan berjaya mencari wang yang dipe…
CLOSE

Kelemahan teknologi smartphone samsung screen besar (untuk orang macam aku)

Aku ada sebuah smartphone Samsung model Mega 2. Aku tau korang punye lagi canggih dan hebat. Masalahnya screen dia yang besar ni menyukarkan aku untuk memegangnya dek kerana screen nya yang terlampau luas sehingga tiada ruang untuk aku memegang tanpa jari atau tanganku terkena screen secara tidak sengaja. Biasanya kita pakai smartphone, guna 2 belah tangan,betul tak? Sebelah tangan pegang, sebelah lagi sentuh screen. Apa  terjadi kalau kedua-dua belah tangan korang terkena screen? Kalau tak tau boleh test sendiri. Jawapannya, caca merba lah segala fungsi-fungsi yang ada dalam smartphone tu. Dah le berat, lenguh tapak tangan ku kau tahu!!

Bagi korang yang pakai handphone biasa atau mungkin juga bukan smartphone, mesti rase nak menyindir aku, kan?? Tak de hal lah..aku tak terase pun.

Oleh itu, bagi aku, saiz optimal yang paling sesuai sekali untuk smartphone Samsung adalah sebesar Galaxy Note 4.  Itu adalah saiz yang pada aku mudah untuk dikendalikan kerana tidak terlalu besar. Besar sa…

SepakTakraw League (STL 2015) | Jadual dan Keputusan

Imej
Musim baru Liga Sepak Takraw Malaysia akan bermula pada 10 Oktober sehingga 22 November 2015 bertempat di Sports Arena, Jalan Klang Lama, Kuala Lumpur. Melibatkan 8 pasukan iaitu Green Titans (Melaka), Northern Rangers (Kedah), Southern Tigris (Johor), City Flyers (Kuala Lumpur), ATM (Royal Malaysian Armed Forces), Black Panthers (Pulau Pinang), East Coast Surfers (Terengganu), dan Gomo Warriors (Kelantan)


SIARANG LANGSUNG - Astro Arena 801 LIVE STREAMING - http://ift.tt/1Mj7xix
JADUAL DAN KEPUTUSAN
PUSINGAN 1 (10 & 11 OKTOBER 2015)SABTU, 10 OKTOBER 201512.00pmATMvsGreen Titans4.00pmNorthern RangersvsCity Flyers
AHAD, 11 OKTOBER 20159.00amGreen TitansvsCity Flyers12.00pmSouthern TigrisvsEast Coast Surfers4.00pmBlack PanthersvsGomo Warriors
PUSINGAN 2 (17 & 18 OKTOBER 2015)PUSINGAN 3 (31 & 1 NOVEMBER 2015)PUSINGAN 4 (14 & 15 NOVEMBER 2015)PUSINGAN 5 (21 & 22 NOVEMBER 2015)GRAND FINAL (12 & 13 DISEMBER 2015)


from SANoktah http://ift.tt/1Mj7vHd

Sepi sebiji bola

Aku nampak bola itu bersendirian di atas padang. Tidak siapa pun yang mahu menendang, menyepak atau mungkin juga menerajang bola tersebut. Cita-citaku suatu masa dahulu adalah ingin menjadi pemain bola terhandal, terhebat dan terbilang satu, dua, tiga. Aku ingin mewakili sekolah, daerah, negeri, negara, benua dan planet. Namun hajatku tidak kesampaian seperti Caesar Sampaio yang sedang menggelecek pertahanan. Usiaku pula yang menjadi penghalang pada masa kini.

Christiano Ronaldo dan Ultimate Warrior memang tiada kaitan. Seorang pemain bola dan seorang lagi ahli gusti. Lalu aku bermain Clash of Clans dan Call Of Duty bukan Ghost, sebelum Ghost. Kipas angin juga dah rosak walaupun aku dah tukar fius, masuk tiub, bagi makan, ia tetap tidak pulih seperti yang diharapkan.

Aku pun belum makan roti jala yang mak aku belikan. Terasa lapar sekali tetapi aku masih hendak siapkan entry ini. Sepi sebiji bola aku pun dah lupa apa isi penting yang aku nak tulis. Akhirnya dah melalut ke laut jadinya…

Hoki Piala Sultan Johor 2015 | Jadual & Keputusan

Imej
Kejohanan Hoki Piala Sultan Johor 2015 dijadualkan berlangsung pada 11 hingga 18 Oktober 2015 bertempat di Stadium Hoki Taman Daya, Johor Bharu. Kejohanan jemputan antarabangsa bawah 21 tahun ini merupakan kejohanan edisi kelima sejak ianya mula diperkenalkan pada tahun 2011. Selain Malaysia, lima pasukan yang membuat penyertaan iaitu Australia, Argentina, India, Pakistan dan Great Britain. Kejohanan ini adalah medan terbaik untuk skuad remaja kebangsaan untuk meningkatkan kualiti permainan sebelum menghadapi Kejohanan Remaja Asia di Kuantan, Pahang pada 14-22 November ini.
HOKI PIALA SULTAN JOHOR BAWAH 21 TAHUN 2015 Tarikh : 11 hingga 18 Oktober 2014  Lokasi : Stadium Hoki Taman Daya, Johor Bahru Pasukan : Malaysia, Australia, Argentina, India, Pakistan dan Great Britain.
SENARAI 18 PEMAIN MALAYSIA:  Nik Mohd Aiman Nik Rozemi (Terengganu) Mohd Ashran Hamsani (Perak) Muhd Najib Abu Hassan (Kapten) (Perak) Meor Muhamad Azuan Hasan (Perak) Muhd Haziq Samsul (Perak) Syed Mohd Syafiq Syed Cholan (P…

Hanya igauan nyata

Bidadari....igauan setiap lelaki. Termasuk aku...

Menantimu...seumur hidupku...

Cinta yang tak pernah kunjung tiba. Kesepian yang nyata. Telah melangkaui di pertengahan usia.

Ketidakpastian...mungkin kah begini selamanya. Mimpi ngeri yang telah bermula semenjak 2 tahun lalu.

Hari2 dilalui, melihat ke cermin. Kerisauan. Tak seorang pun tahu...

Adakah penyesalan di kemudian nanti?

Hadir lah kau , bidadari kayangan. Aku menantimu, selamanya....

Patch PES 2016 Terbaru

Imej
Game Pro Evolution Soccer (PES) 2016 telah dilancarkan pada September 2015. Dapatkan kemaskini terbaru PES 2016 untuk versi PC, membawakan kemaskini seperti nama pasukan, perpindahan permain, barisan pemain utama, stadium, jersi, kasut, bola dan lain-lain. Muat turun patch dibawah secara percuma. Versi terbaru akan sentiasa dikemaskini. Jangan lupa untuk bookmark [CTRL + D]

PES 2016 (PC) PTE PATCH 1.0

PTE PATCH 1.0 FEATURES
Bundesliga fully licensed - Correct squads, lineups, names, logos & kits (Including 3rd kits & combinations)Premier League fully licensed - Correct names, logos & kits (Including 3rd kits & combinations)Championship fully licensed - Correct names, logos & kits (Including 3rd kits & combinations)Liga NOS fully licensed - Correct names, logos & kits (Including 3rd kits & combinations)U.S. Sassuolo fully licensedTransfers, lineups and numbers updated - Attention that, the transfers are not all made, we just use players that are already in …

Cara mudah menghafal

Aku gune kaedah ACRONYM untuk meghafal. Tapi yang lebih baik adalah dengan mengambil beberapa huruf di permulaan perkataan daripada senarai dan cipta suatu ayat sendiri.
Contoh :
Faktor yang mempengaruhi pertumbuhan ekonomi :
budayailmu pengetahuan dan teknologisumber daya alam (abundance of resources@sumber alam)sumber daya manusia (human capital@modal insan)sumber daya modal (kapital)
budaya=BU, ilmu=IL, alam=AL, manusia=MAN, modal=MO
>>>>BUdak ILmu MANa ALim MObil<<<<
Kaitan : Budak yang banyak ilmu belum tentu alim pasal mobil.
Seterusnya, bagi yang minat muzik, mungkin boleh mencipta lagu daripada ayat2 yang hendak dihafal. Tapi pada aku, cara ni boleh dipraktik kalau pelajar tu mula mengulangkaji di peringkat awal lagi. Al-maklum lah, kalau nak buat lagu ni makan masa sikit.
Cara terakhir dan paling mudah adalah dengan menggunakan TAPE RECORDER. Baca buku dan record suara korang, kemudian PLAY. Pastu dengar ulang2 dan cube fahami. Tak lame pastu, korang fo…

Cara tingkatkan LIKES di fanpage

Terdapat beberapa cara yang  boleh dipraktikkan bagi meningkatkan jumlah LIKES ataupun FANS di fanpage facebook korang. Antara caranya ialah :


Addmefast. Konsepnya adalah dengan menukarkan point yang korang perolehi dengan jumlah LIKES yang korang akan dapat. Point biasanya diperoleh melalui konsep U LIKE ME, I LIKE U.hublaa page liker. Yang ni takde kaitan dengan point. Korang register je kemudian setiap kali korang launch hublaa, LIKES di fanpage korang akan naik mendadak. Token dari facebook digunakan untuk hublaa.facebook ads. Cara ni korang kena keluarkan duit untuk dapat LIKES. Pilih broad yang sederhana iaitu di tengah-tengah untuk memastikan lingkungan iklan kepada sasaran anda adalah optimum.
Sekian dahulu. Kalau korang ada apa2 cadangan atau pendapat, silalah komen.

The Martian [Review]

Imej
The Martian merupakan salah satu filem yang dinanti-nantikan kami tahun ini. Daripada premiere filem ini di US, ia mendapat banyak pujian dan diangkat sebagai filem yang meletakkan semula makna sains dalam sains fiksyen. Kami berpeluang menonton filem ini untuk mendapatkan kepastian mengenai reaksi pihak media itu. The Martian [Review]The Martian mengisahkan sekumpulan angkasawan yang ditugaskan untuk menjelajahi dan membuat ujikaji di permukaan planet Marikh. Tanpa disangka, ribut pasir yang mula-mula disangkakan kecil rupa-rupanya bertukar menjadi ribut pasir yang dahsyat. Ini memaksa kumpulan angkasawan itu meninggalkan misi untuk kembali ke kapal induk.Semasa kumpulan itu sedang berjalan di dalam ribut pasit untuk ke kapal angkasa mereka, sebuah piring komunikasi telah ditiup ribut dan mengenai salah seorang dariapada angkasawan tersebut iaitu Mark Watney dan beliau pengsan. Disangkakan mati dan kerana terdesak untuk meninggalkan planet itu sebelum kapal angkasa mereka rosak, mere…

Hyper Act - Takkan Pergi

Imej
Lagu single terbaru Hyper Act berjudul Takkan Pergi. Boleh mula muat turun lagu ini di iTunes. Video muzik akan dikeluarkan tidak lama lagi.

Lirik Lagu Takkan Pergi - Hyper Act

Mungkin sebenarnya ruang itu tiada
Mengisi kasih nan pilu sebentar cuma
Kenangan bagai mengejar mentari

Hadir dirimu memulihkan ku
Dalam lumpuh dan lesu menghidup jiwaku
Namun rasa ini, dalam mencari erti
Yakin ku kekal mu disisi takkan pergi

~Lirik tak lengkap~
DOWNLOAD iTunes > Link

from SANoktah http://ift.tt/1WCWw2J

Sinopsis Juvana 2 (2015)

Filem Juvana kembali dengan sekuel terbaru dengan judul Juvana 2: Terperangkap Dalam Kebebasan. Masih lagi mengekalkan pelakon utama mereka iaitu Zahiril Adzim, Johan As’ari, Adam Shahz dan Sheira...

Layari: infotaip.blogspot.com

from InfoTaip http://ift.tt/1LWZImM