HADIS daripada Abu Sa’id al-Khudri bermaksud: Rasulullah SAW keluar pada hari raya Aidil Adha atau Aidil Fitri menuju tempat solat, kemudian baginda melalui tempat solat wanita, baginda bersabda: “Wahai sekalian wanita, bersedekahlah kalian, sesungguhnya aku melihat kalian adalah penduduk neraka paling banyak. Para wanita bertanya: “Apa puncanya wahai Rasul Allah SAW?” Baginda menjawab: “Kalian banyak melaknat dan tidak bersyukur kepada suami. Tiada aku lihat golongan yang lemah akal dan agamanya yang dapat menghilangkan fikiran lelaki yang cerdas kecuali kalian”. Mereka bertanya: “Apa kekurangan akal dan agama kami wahai Rasul Allah SAW?” Baginda menjawab: Bukankah kesaksian seorang wanita sama dengan setengah kesaksian lelaki? Mereka menjawab: Betul wahai Rasul Allah SAW. Baginda bersabda: “Itulah kekurangan akalnya”. (al-Bukhari, Kitab al-Siyam, Bab Tarku Al-Haid Al-Saum, hadis no. 298) Hadis ini bertaraf Sahih dan diriwayatkan oleh Imam Bukhari di dalam Sahihnya. Sabab Wurud Hadis Apabila merujuk kepada sabab wurud ataupun sebab hadis ini diucapkan, didapati bahawa hadis ini Rasulullah SAW menyampaikan sabdakan setelah baginda menunaikan solat gerhana matahari dengan para sahabat, kemudian Allah SWT menampakkan syurga dan neraka kepada baginda. Para sahabat menanyakan kepada Rasulullah SAW mengenai apa yang baginda nampak? Baginda SAW menceritakan bahawa kebanyakan penghuni neraka adalah wanita. Kerana apa? Kerana dia derhaka terhadap suami dan berpaling daripada melakukan kebaikan. Maka, hadis ini adalah sebagai suatu maklumat daripada Rasulullah SAW berdasarkan apa yang Allah nampakkan kepada baginda. Selain daripada hadis di atas, terdapat juga hadis riwayat Ibn Hajar yang menyatakan bahawa dalam hadis Jabir terdapat dalil yang menunjukkan bahawa yang terlihat dalam neraka adalah wanita-wanita yang memiliki sifat- sifat tercela seperti mana yang disebut dalam hadis; Maksudnya: Orang yang paling banyak aku lihat di dalam neraka adalah kaum wanita yang apabila diberi kepercayaan menyimpan rahsia dia bocorkan, apabila diminta sesuatu kepadanya ia bakhil, apabila mereka meminta, mereka bersikap keras dan meminta lebih banyak, dan mereka tidak pandai berterima kasih. (Ahmad juz 3, hlm 532 dan dikemukakan oleh Ibn Hajar dalam Fathul Bari juz 2 hlm 542)

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Cara kawal berat badan dan info kesihatan mengenainya