Hakikat cinta kerana wajah

Dari mata turun ke hati. Amboi kau. Ke main lagi. Nih abang umur dah lebih 3 dekad 2 tahun nak bercerita sikit mengenai cinta untuk yang belum kawin. Adik2 yang dah kawin pun kalau nak baca entry ni pun ape salahnye. Ilmu..ye tak??


Masa bercinta ni, kalau pakwe atau makwe korang kentut atau terkentut pun korang akan kate wangi. Ye lah, nak jaga hati la katakan. Tapi kalau korang beriya-iya benar cakap bau kentut tu wangi jugak, aku tak tahu la.. Maybe deria bau korang ade problem .Ataupun dah ketagih bau kentut kekasih korang sendiri??..

Sebelum jatuh cinta, macam2 peristiwa yang akan dilalui oleh mana2 manusia di atas muka bumi ni. Ada yang jatuh cinta pandang pertama, ade yang mula2 benci kemudian sayang...macam2 lah. Kalau nak cerita semua tu dalam blog memang makan masa jugak lah. Jadi, aku cut-off sikit story-mory aku ni..(sebenarnya aku ni kurang rajin menaip)

Sebenarnya bagi pasangan yang bercinta, kekasih dia akan nampak sempurna. Salah satunya kat bahagian wajah. Paling kurang, korang mesti akan cakap,'bf/gf aku tu boleh la..sedap mata memandang'. Ini paling common, paling biasa . ..Tapi kalau kau cakap,'aku sayang gile ngan gf/bf aku tu, tapi dia tu huduh gile, tak hensem/comei langsung'. Aku rase memang korang ade problem ..

Jadi ape yang aku nak tekankan di dalam entry aku yang sangat ringkas ni, manusia bila suka sesuatu, benda yang dia suka tu akan terpancar segala sifat positifnya. Boleh jadi orang lain kata benda tu sikit pun tak positif, tapi dah suka, semua O.K!! No hal lah!! Betul tak adik2 semua?


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Cara kawal berat badan dan info kesihatan mengenainya