HADIS daripada Abu Sa’id al-Khudri bermaksud:
Rasulullah SAW keluar pada hari raya Aidil Adha atau Aidil Fitri menuju tempat solat, kemudian baginda melalui tempat solat wanita, baginda bersabda: “Wahai sekalian wanita, bersedekahlah kalian, sesungguhnya aku melihat kalian adalah penduduk neraka paling banyak. Para wanita bertanya: “Apa puncanya wahai Rasul Allah SAW?” Baginda menjawab: “Kalian banyak melaknat dan tidak bersyukur kepada suami. Tiada aku lihat golongan yang lemah akal dan agamanya yang dapat menghilangkan fikiran lelaki yang cerdas kecuali kalian”. Mereka bertanya: “Apa kekurangan akal dan agama kami wahai Rasul Allah SAW?” Baginda menjawab: Bukankah kesaksian seorang wanita sama dengan setengah kesaksian lelaki? Mereka menjawab: Betul wahai Rasul Allah SAW. Baginda bersabda: “Itulah kekurangan akalnya”. (al-Bukhari, Kitab al-Siyam, Bab Tarku Al-Haid Al-Saum, hadis no. 298) Hadis ini bertaraf Sahih dan diriwayatkan oleh Imam Bukhari di dalam Sahihnya.
Sabab Wurud Hadis
Apabila merujuk kepada sabab wurud ataupun sebab hadis ini diucapkan, didapati bahawa hadis ini Rasulullah SAW menyampaikan sabdakan setelah baginda menunaikan solat gerhana matahari dengan para sahabat, kemudian Allah SWT menampakkan syurga dan neraka kepada baginda. Para sahabat menanyakan kepada Rasulullah SAW mengenai apa yang baginda nampak? Baginda SAW menceritakan bahawa kebanyakan penghuni neraka adalah wanita. Kerana apa? Kerana dia derhaka terhadap suami dan berpaling daripada melakukan kebaikan.
Maka, hadis ini adalah sebagai suatu maklumat daripada Rasulullah SAW berdasarkan apa yang Allah nampakkan kepada baginda.
Selain daripada hadis di atas, terdapat juga hadis riwayat Ibn Hajar yang menyatakan bahawa dalam hadis Jabir terdapat dalil yang menunjukkan bahawa yang terlihat dalam neraka adalah wanita-wanita yang memiliki sifat- sifat tercela seperti mana yang disebut dalam hadis;
Maksudnya: Orang yang paling banyak aku lihat di dalam neraka adalah kaum wanita yang apabila diberi kepercayaan menyimpan rahsia dia bocorkan, apabila diminta sesuatu kepadanya ia bakhil, apabila mereka meminta, mereka bersikap keras dan meminta lebih banyak, dan mereka tidak pandai berterima kasih. (Ahmad juz 3, hlm 532 dan dikemukakan oleh Ibn Hajar dalam Fathul Bari juz 2 hlm 542)
Popular Posts
Blog Archive
-
▼
2015
(206)
-
▼
Oktober
(30)
- Hakikat cinta kerana wajah
- Tak mengapa jika kau berpura-pura
- Sinopsis Filem Sinaran (2015)
- Segala pegangan, kepercayaan dan iktikad kita bole...
- Waraslah ketika bercinta sebelum tiba masanya berp...
- Buat muka sedih atau muka marah
- Perempuan tak bertudung memang stereotaip
- Bagaimana Allah menyelamatkan kita
- Mr Holmes [Review]
- The story for today
- Momentum [Review]
- Sekilas mengenai Video muzik penyanyi Min Malik
- Sepaktakraw Siri Super Akhir ISTAF 2014/2015 | Jad...
- Badminton Terbuka Perancis 2015 | Jadual & Keputusan
- Sebab banyak wanita dalam neraka
- HADIS daripada Abu Sa’id al-Khudri bermaksud:Rasul...
- Badminton Terbuka Denmark 2015 | Jadual & Keputusan
- Rembat [Review]
- CLOSE
- Kelemahan teknologi smartphone samsung screen besa...
- SepakTakraw League (STL 2015) | Jadual dan Keputusan
- Sepi sebiji bola
- Hoki Piala Sultan Johor 2015 | Jadual & Keputusan
- Hanya igauan nyata
- Patch PES 2016 Terbaru
- Cara mudah menghafal
- Cara tingkatkan LIKES di fanpage
- The Martian [Review]
- Hyper Act - Takkan Pergi
- Sinopsis Juvana 2 (2015)
-
▼
Oktober
(30)

Dikuasakan oleh Blogger.

DUNIA PERFILEMAN
5/random/slider
Follow by Email
About Me

Hi, I am Sabnum Sucree. Professional Blogger and writer. I like to share my knowledge and experience. Thanks for visiting my site.

0 Comments:
Catat Komen
Sebarang komen membina adalah di alu-alukan.