Sepi sebiji bola

Aku nampak bola itu bersendirian di atas padang. Tidak siapa pun yang mahu menendang, menyepak atau mungkin juga menerajang bola tersebut. Cita-citaku suatu masa dahulu adalah ingin menjadi pemain bola terhandal, terhebat dan terbilang satu, dua, tiga. Aku ingin mewakili sekolah, daerah, negeri, negara, benua dan planet. Namun hajatku tidak kesampaian seperti Caesar Sampaio yang sedang menggelecek pertahanan. Usiaku pula yang menjadi penghalang pada masa kini.

Christiano Ronaldo dan Ultimate Warrior memang tiada kaitan. Seorang pemain bola dan seorang lagi ahli gusti. Lalu aku bermain Clash of Clans dan Call Of Duty bukan Ghost, sebelum Ghost. Kipas angin juga dah rosak walaupun aku dah tukar fius, masuk tiub, bagi makan, ia tetap tidak pulih seperti yang diharapkan.

Aku pun belum makan roti jala yang mak aku belikan. Terasa lapar sekali tetapi aku masih hendak siapkan entry ini. Sepi sebiji bola aku pun dah lupa apa isi penting yang aku nak tulis. Akhirnya dah melalut ke laut jadinya.

Kasihan sungguh bola tersebut. Tiada yang mempedulikan nasibnya yang terbiar. Cita-citaku untuk menjadi pemain bola sudah tidak kesampaian . Kekecewaan ini ku bawa bersama, sehingga lah bola itu ku sepak kau masuk ke dalam longkang. Duduk lah kau diam-diam di situ.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Cara kawal berat badan dan info kesihatan mengenainya