Catatan

Tunjukkan catatan dari November, 2015

Hunger Games Mockingjay Pt 2 [Review]

Imej
Siri filem Hunger Games bukanlah siri filem kegemaran kami. Selain memaparkan versi revolusi berasaskan acuan barat yang idealistik dan tidak realistik, siri ini juga tidak mempunyai jalan cerita yang kukuh. Namun kerana telah menonton tiga filem permata, kami terasa satu kewajiban untuk menonton filem terakhir dalam siri tersebut, Hunger Games Mockingjay Pt 2.Hunger Games Mockingjay Pt 2 [Review]Dalam filem Hunger Games Mockingjay pt 2, golongan pemberontak di ambang kemenangan  dalam usahanya menggulingkan Presiden Snow. Namun di saat-saat terakhir inilah Katness diselebungi rasa sangsi mengenai peranannya dalam peperangan melawan Capitol dan kepimpinan pemberontak yang semakin mencurigakan.Ini menyebabkan beliau mengambil keputusan untuk bertindak sendiri, dengan bantuan ahli-ahli pemberontak yang dipercayainya. Adakah beliau akan berjaya membawa pemberontak menuju kejayaan? Saksikanlah filem ini untuk mengetahui kesudahannya.Jalan CeritaBoleh dikatakan jalan cerita filem terakhir …

Beza filem dahulu dan sekarang

Antara filem zaman dulu dan sekarang, aku lebih prefer filem2 zaman dulu. Sebagai contoh, filem sci-fi Star Wars, Jaws I,II,III, Superman I,II,III, Incredible Hulk, Robocop, Knight Rider dan banyak lagi. Slot yang best pula mase zaman dulu adalah seperti Mega Movie.

Walaupun mase zaman tu (90-an), teknologi perfileman belum lagi canggih, belum ade teknologi CGI  (computer-generated imaginary) . Pada aku, filem dulu lebih realisitik sebenarnya. Ini kerana, penggunaan grafik yang dihasilkan melalui aplikasi pengkomputeran akan menyebabkan visual atau pun pemandangan di dalam filem nampak lebih palsu serta merapu. Dengan kata lain, tak masuk akal.

Dulu kalau kategori drama bersiri luar negara, waktu petang, aku minat sebuah drama bertajuk 'Manimal'. Gabungan perkataan 'man' dan 'animal'. Dalam drama Inggeris berepisod ini, watak lelaki di dalam drama ini boleh bertransformasi menjadi haiwan2 seperti helang, harimau kumbang dan ular. Ada beberapa juga haiwan lain t…

Bahrain Rahman - Sayang Aku Rindu

Imej
Mari dengarkan lagu baru Bahrain Rahman bertajuk Sayang Aku Rindu. Lagu ini merupakan lagu tema untuk drama Kau Aku Cinta yang disiarkan menerusi saluran TV3.

Tajuk Lagu : Sayang Aku Rindu
Penyanyi: Bahrain Rahman
Lagu / Lirik : Yoya (Sixth Sense)
OST : Kau Aku Kita

Lirik Lagu Sayang Aku Rindu - Bahrain Rahman

Percayalah ku setia
Jangan pernah ragu cintaku
Yang selalu memanggil namamu
Disetiap detak jantungku

Hampa mengunci jiwa
Saat jauh dari kasihmu
Benar benar aku tak mampu
Hidup tanpa mu memeluk ku

Maafkanlah Diriku
Yang pernah selalu melupakan
Setiap kasih yang kau beri
Setiap cinta yang kau bagi

Sungguh sepi malam ku
Tak seperti saat dengan mu
Tika kau ada disisiku
Menghiasi mimpi indahku

Sayang, sayang, aku rindu
Setengah mati padamu
Sayang, sayang, ku tak mungkin
Sendiri tanpa dirimu

Engkaulah bintang dimalam ku
Cahaya disetiap gelapku
Dirimulah cinta sejati
Oh.....

Sayang, sayang, aku rindu
Setengah mati padamu
Sayang, sayang, ku tak mungkin
Sendiri tanpa dirimu

Percayalah ku…

Badminton Terbuka Hong Kong 2015 | Jadual & Keputusan

Imej
Kejohanan Badminton Terbuka Hong Kong berlangsung mulai 17 November hingga 22 November ini. Ramai pemain ranking terbaik dunia menyertai kejohanan ini termasuk pemain utama Malaysia.

Badminton Terbuka Hong Kong 2015
Tarikh: 17 - 22 November 2015
Kategori: Superseries
Venue: Hong Kong Coliseum, Kowloon
Website: http://ift.tt/1OfT5LG

Live Streaming
1. https://www.youtube.com/user/bwf
2. http://goo.gl/RKw6Iy

JADUAL DAN KEPUTUSAN
Rabu, 18 November 2015
Khamis, 19 November 2015
LIVE SCORE


from SANoktah http://ift.tt/1NcANh2
Imej

Boruto Naruto the Movie [Review]

Imej
Siri anime Naruto sememangnya sebuah siri yang popular dan ramai yang meratapi penamatan siri anime tersebut. Tetapi siri anime itu kini disambung dengan kisah anak Naruto, iaitu Boruto dan filem animasi Boruto Naruto the Movie adalah filem animasi bagi memperkenalkan Boruto kepada peminat. Boruto Naruto the Movie [Review]Sejujurnya saya tidak mengikuti siri anime Naruto buat sekian lama tetapi sekali-sekala saya menonton siri-siri anime tersebut kerana adik-beradik dan rakan-rakan saya merupakan peminat tegar siri animasi ini.Boruto Naruto the Movie mengisahkan, Boruto, iaitu anak Naruto dan rakan-rakannya menjalani latihan ninja di kampung Konoha. Boruto agak memusuhi bapanya kerana beliau sentiasa sibuk dengan tugas Hokage dan sering mengabaikan Boruto dan adiknya Himawari.Tidak lama lagi ujian ninja Chunin akan berlangsung dan Boruto dan rakan-rakannya perlu berlatih untuk melepasi ujian tersebut dan menjadi ninja. Saksikan filem anime ini di pawagam GSC berhampiran anda untuk men…

Badminton Remaja Dunia 2015 | Jadual & Keputusan

Imej
Skuad badminton remaja kebangsaan ketika ini sedang beraksi dalam acara perseorangan Kejohanan Remaja Dunia yang berlangsung dari 10 hingga 15 November di Lima Peru. Goh Jin Wei antara bintang baru yang diberi sandaran untuk menyinar dalam kejohanan tersebut.

Kejohanan Badminton Remaja Dunia 2015
Tarikh: 10 - 15 November 2015
Tempat: Lima, Peru

Live Streaming
https://www.youtube.com/channel/UC30Qs8HyayditYLIQ8mFT7w

JADUAL DAN KEPUTUSAN
RABU, 11 NOVEMBER 2015
KHAMIS, 12 NOVEMBER 2015 JUMAAT, 13 NOVEMBER 2015
LIVE SCORE

from SANoktah http://ift.tt/1HGuCj6

Badminton Terbuka China 2015 | Jadual & Keputusan

Imej
Kejohanan Badminton Terbuka China telahpun berlangsung pada 10 November lalu dan akan tamat pada 15 November ini. Berikut jadual dan keputusan aksi pemain Malaysia disana.

Badminton Terbuka China 2015 / Thaihot China Open
Tarikh: 10 - 15 November 2015
Kategori: Superseries Premier
Venue: Haixia Olympic Sports Center, Fuzhou, China

LIVE STREAMING [ Link1 | Link2 ]

JADUAL DAN KEPUTUSAN
RABU, 11 NOVEMBER 2015
KHAMIS, 12 NOVEMBER 2015
JUMAAT, 13 NOVEMBER 2015
LIVE SCORE


from SANoktah http://ift.tt/1iYwOqg

Hoki Piala Remaja Asia 2015 | Jadual & Keputusan

Imej
Kejohanan Hoki Piala Remaja Asia bagi tahun 2015 bakal berlangsung di Stadium Hoki Wisma Belia, Kuantan, Pahang bermula 14 November ini sehingga 22 November 2015. Skuad remaja negara dibawah kendalian Arul Selvaraj diletakkan dalam kumpulan A bersama India, Jepun dan China. Pasukan Malaysia perlu sekurang-kurangnya muncul tempat ketiga bagi memastikan tiket ke Piala Dunia Remaja yang akan diadakan di New Delhi, India, akhir tahun hadapan.

KEJOHANAN HOKI PIALA REMAJA ASIA 2015 / 8TH MEN'S JUNIOR ASIA CUP

Tarikh: 14 hingga 22 November 2015
Venue: Stadium Hoki Wisma Belia, Kuantan, Pahang, Malaysia
Siaran Langsung : Astro Arena 801

SENARAI SKUAD REMAJA MALAYSIA

1. Nik Mohd Aiman B. Nik Rozemi
2. Mohd Ashran B. Hamsani
3. Muhammad Sufi Ismat B. Mr Rohulamin
4. Muhd Najib B. Abu Hasan
5. Meor Muhamad Azuan B. Hasan
6. Muhd Haziq B. Samsul
7. Muhammad Firdaus B. Omar
8. Abdul Khaliq B. Hamirin
9. Norsyafiq B. Sumantri
10. Muhd Amirol Aideed B. Md Arshad
11. Muhammad Shahril B. Saabah
12. …

Spectre [Review]

Imej
Khabarnya filem Spectre merupakan filem James Bond terakhir yang dilakonkan Daniel Craig, namun ia masih belum muktamad. Namun, apa pun filem ini antara filem yang ditunggu-tunggu sebelum kehadiran filem Star Wars The Force Awakens bulan hadapan. Bagaimanakah penilaian kami mengenainya? Teruskan membaca.Spectre [Review]Setelah kematian M dalam filem Skyfall, James Bond diberikan satu arahan rahsia untuk membunuh Marco Sciarra dan menyiasat satu organisasi rahsia yang bakal menguasai dunia melalui penguasaan sistem perisikan negara paling berkuasa di dunia.Mampukah James Bond membongkar organisasi rahsia ini dan seterusnya menyelamatkan dunia? Tontonlah filem ini di pawagam berhampiran anda.Jalan CeritaKami boleh menyimpulkan jalan cerita filem Spectre sebagai mendatar. Jalan ceritanya biasa sahaja dan aksi-aksi yang ditampilkan tidak begitu mendebarkan serta pendek. Sungguhpun begitu ia tidaklah begitu membosankan. Anda masih berasa terhibur mengikuti jalan ceritanya, cuma anda tidak …

Terima kasih cinta

Terima kasih cinta untuk segalanya. Kau tak beri aku kesempatan itu. Akan berulang lagi semua kesalahanku yang pernah menyakitimu...

Sedap tak lagu aku yang diciplak kemudian diberi nafas berbau ni? Hehe..

Tak de lah..aku mengaku ...cinta itu suci. Tapi masalahnya cinta manusia ni kekadang mudah dikhianati. Tak kira apa jantina, dua2 boleh buat hal. Memang celaka lah perempuan. (aku cakap perempuan sebab aku lelaki)

Aku tak pernah bercinta. So, aku tak tau. Aku men cakap je. Tapi...macam pernah la. CInta ke tu? Bukan kot...

Dah berbuih mulut aku beritau satu dunia, orang tetap anggap aku bebudak. Sial lah manusia yang suka judge orang. Tanye la dulu....

Bahalol sungguh.


Paranormal Activity The Ghost Dimension [Review]

Imej
Sepertimana yang anda ketahui, siri filem Paranormal Activity merupakan siri filem seram yang kononnya diambil sendiri oleh watak-watak dalam filem menggunakan kamera “amatur”. Dalam satu atau dua filem pertamanya, ia telah memaparkan pengalaman puaka yang tidak keterlaluan, namun dalam filem-filem terakhirnya, jalan ceritanya semakin mengarut. Adakah ini sama untuk filem terbaharu dalam siri ini, Paranormal Activity The Ghost Dimension? Ini ulasan kami.Paranormal Activity The Ghost Dimension [Review]Paranormal Activity The Ghost Dimension mengisahkan keluarga Ryan dan Emily yang mempunyai seorang anak kecil bernama Leila. Mereka baharu berpindah ke rumah baharu. Adik Ryan, Mike yang baharu berpisah dengan teman wanitanya, datang untuk tinggal bersama mereka.Dalam membuat persiapan Krismas, mereka terjumpa sebuah kamera istimewa tersimpan dalam kotak di dalam rumah mereka. Kamera tersebut ditemui bersama beberapa buah kaset VHS yang menunjukkan rakaman aktiviti pemujaan syaitan. Setel…