Beza filem dahulu dan sekarang

Antara filem zaman dulu dan sekarang, aku lebih prefer filem2 zaman dulu. Sebagai contoh, filem sci-fi Star Wars, Jaws I,II,III, Superman I,II,III, Incredible Hulk, Robocop, Knight Rider dan banyak lagi. Slot yang best pula mase zaman dulu adalah seperti Mega Movie.

Walaupun mase zaman tu (90-an), teknologi perfileman belum lagi canggih, belum ade teknologi CGI  (computer-generated imaginary) . Pada aku, filem dulu lebih realisitik sebenarnya. Ini kerana, penggunaan grafik yang dihasilkan melalui aplikasi pengkomputeran akan menyebabkan visual atau pun pemandangan di dalam filem nampak lebih palsu serta merapu. Dengan kata lain, tak masuk akal.

Dulu kalau kategori drama bersiri luar negara, waktu petang, aku minat sebuah drama bertajuk 'Manimal'. Gabungan perkataan 'man' dan 'animal'. Dalam drama Inggeris berepisod ini, watak lelaki di dalam drama ini boleh bertransformasi menjadi haiwan2 seperti helang, harimau kumbang dan ular. Ada beberapa juga haiwan lain tetapi jarang-jarang berbanding ketiga-tiga jenis haiwan ini. Zaman ni belum ade lagi CGI. Maksudnya, kalau korang tengok lelaki ni berubah jadi haiwan, korang akan lihat perubahan atau pun transformasi yang agak cepat (kurang slow-motion) berbanding filem zaman sekarang. Namun begitu, aku tetap melihat ia sangat lebih realistik berbanding filem zaman sekarang. Tak tahu kenapa...

Drama2 bersiri luar negara yang seiring drama2 seperti Manimal ini termasuk lah drama dari jepun seperti, Oyuki, Maero Attack, Akantare, Gaban dan Suria Perkasa Hitam. FIlem kartun pula adalah seperti Ninja Turtles(budak sekarang pun tau), Thundercats, Silver Hawk, Spiral Zone, Transformers(budak sekarang tau tapi yang movie punye) dan banyak lagi..Zaman ni, aku tak pula nampak kelibat Naruto. Kalau korang citer pasal Naruto, maksudnya bukan pada zaman ni la. Dan aku memang tak tengok apa2 kartun sangat dah pada zaman aku sekarang ni.

Slot Mega Movie seperti 'The Fright Night' memang superb. Mase dia transform jadi vampire, hantu bagai, kamera akan ulang2 tukar gambar (yang berkaitan dengan transformasi seperti pada anggota badan lain) sehinggalah transformasi selesai dengan jayanya. Dan aku tak dapat bayangkan berapa banyak kali diorang kene make-up pelakon tu, hehe,,,

Costume serta topeng vampire dalam filem Fright Night ni hampir sama macam dalam muzik video klip Michael Jackson tahun 1982 berjudul "thriller". Best kan video muzik tu? Meletup2 jualan album Michael Jackson dek kerana video klip tu.

Berkenaan filem Star Wars pula, dalam tahun 70-90an filem ni antara filem yang box office. Sutradara filem ini ialah George Lucas. Bagi aku, walaupun bajet pembikinan filem dulu2 lebih tinggi berbanding sekarang dek kerana penggunaan prop yang banyak berbanding zaman sekarang yang hanya memerlukan penggunaan teknologi komputer, filem zaman sekarang tetap tidak dapat dan tidak sama di dalam menandingi kerealistikan filem zaman dahulu,



Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Cara kawal berat badan dan info kesihatan mengenainya