Bak kata lirik di dalam lagu 'pendam' daripada Syahir AF, 'aku hanya hamba cinta'.. That is what I really feel that time. Entah lah ape yang korang akan buat kalau berada di tempat aku. Aku hanya hidup dengan sisa harapan yang ada. Bak kata Dr. MAZA, 'yang ada ini sudah harapan kita'. Perkataan 'ini' merujuk kepada 'diri' iaitu jasad kita. Bayangkan kalau korang tak rasa 'diri' korang merupakan suatu harapan.....
Aku tak kisah pun walau berapa kali orang mempersendakan perasaan dan keikhlasan aku. Aku akan terus mengkaji, kerana orang perempuan adalah objek yang sering membawa kekeliruan kepada diri aku. Entah mengapa sedari kecil aku telah seakan 'tidak menyukai' perempuan. Bukan lah tidak suka dalam erti kata sebenar, tetapi ia seperti 'di dalam benci, ada suka'.
Aku pun dah tak berapa ingat detik yang paling penting dalam hidup aku, yang menyebabkan perasaan 'menolak' untuk berkawan atau pun berbaik-baik dengan orang perempuan terjadi.
Even until now, aku memang tak banyak cakap dengan perempuan. Dan yang agak sedikit ralat, aku tak banyak bercakap walaupun dengan perempuan yang mempunyai pertalian darah dengan aku.
Aku lelaki normal, ada naluri seperti lelaki biasa. Ingin membina mahligai bersama seseorang yang istimewa. Tetapi bila perkara seperti ini berlaku, ia agak sukar...
Aku tak sanggup lagi 'mendera' perasaan orang yang akan aku sayangi nanti. Aku lebih rela merasai kesepian, walaupun terkadang ia agak mencengkam di jiwa. Mungkin sebab tu aku tak berterus-terang. Mungkin kerana itu aku lepaskan dirinya. Mungkin juga aku takut aku menyakitinya, selepas dia menyakiti hati ku.....
Ramai orang keliru tentang persoalan mengenai takdir. Ramai orang tidak dapat menafsirkan dengan tepat, malah keliru dengan hakikat takdir yang sebenar.
Di sini saya akan menerangkan hakikat takdir dengan bahasa yang ringkas. Mudah-mudahan ia dapat memberi manfaat kita bersama.
Terdapat beberapa contoh yang sukar difahami oleh masyarakat Islam akan persoalan mengenai takdir. Sebagai contoh, jika masa kematian seseorang manusia itu sudah tetap, bagaimana pula doa dapat memperpanjangkan ia ? Sebenarnya masa kematian sesuatu itu memang telah ditetapkan. Perbuatan seseorang manusia yang berdoa agar dapat memperpanjangkan umurnya telah pun memperpanjangkan umurnya. Ini kerana, perbuatan berdoa tersebut telah pun ditakdirkan berlaku. Maka dengan itu, umur manusia tersebut menjadi panjang, bersesuaian dengan apa yang telah dipohon di dalam doa hamba (manusia)tersebut.
Sejak menonton trailer Ip Man 3 yang menampilkan Mike Tyson sebagai watak jahat, kami sememangnya pasti perlu menonton filem ini apabila ditayangkan. Semalam kami mendapat peluang menontonnya di TGV Sunway Putra yang mempunyai sistem bunyi yang ketara gempak.
Ip Man 3 [Review]
Dalam filem ketiga dalam siri filem Ip Man, watak utamanya, Ip Man kini tinggal di Hong Kong pada penghujung tahun 50an. Hong Kong ketika itu masih di bawah pemerintahan British dan rasuah berleluasa menyebabkan kongsi gelap yang diketuai Frank (Mike Tyson) berleluasa melakukan kerosakkan. Mereka mahu memaksa pengetua sekolah anak Ip Man untuk menjual sekolahnya kepada ahli kongsi gelap.
Bagaimanakah Ip Man akan menghalang sekolah anaknya dari jatuh ke tangan kongsi gelap? Tontonlah kesudahan filem ini di pawagam berhampiran.
Jalan Cerita dan Lakonan
Pertama sekali, filem ini dikhaskan kepada peminat filem kung fu dan juga pengamal aktif seni mempertahankan diri. Kami rasa, golongan ini sahajalah dapat menghargai filem ini dengan sebaiknya. Filem ini membawa kita mengenang kembali filem-filem Bruce Lee, di mana jalan ceritanya ringkas, iaitu mempertahankan hak golongan yang tertindas.
Kekuatan utama filem ini semestinya babak perlawanannya yang sememangnya berkualiti tinggi. Malah jika anda pengamal seni mempertahankan diri, pasti anda boleh menganalisa jenis kungfu yang digunakan dan langkah-langkahnya. Seperti saya katakan tadi, filem ini dikhaskan untuk peminat dan pengamal kung fu tegar.
Jalan ceritanya dibahagikan kepada 3 bahagian, Ip Man vs kongsi gelap, Ip Man vs Frank (Mike Tyson) dan Ip Man vs kung fu master wannabe. Jika anda bijak, anda tentu boleh mengagak kesudahan Ip Man vs Frank. Lagipun ia merupakan tarikan utama filem ini dan perlawanan Ip Man paling sengit.
Secara keseluruhannya, filem ini berkisarkan nationalisma, kepentingan menjaga kedaulatan negara dan bangsa serta kepentingan kasih sayang keluarga.
Positif vs Negetif
Positif
Babak lawan yang tiada tolok bandingan – anda hampir boleh merasakan kesakitan orang yang dipukul.
Pengajaran moralnya.
Kemunculan “Bruce Lee” dalam beberapa babak filem ini.
Negetif
Terdapat beberapa aksi lawan yang melayang yang sedikit tidak munasabah.
Jalan cerita mengikut template Bruce Lee
Kesimpulan
Kesimpulannya filem ini adalah filem wajib tonton bagi peminat filem kung fu klasik. Namun bagi mereka yang kurang meminati filem kung fu mungkin akan menganggap filem ini biasa sahaja. Bagi kami, samada anda peminat kung fu atau tidak, filem ini mempunyai pengajaran mengenai nationalisme dan kasih sayang yang boleh diterapkan dalam kehidupan sehari-harian. Kami merekomen anda menonton filem ini hujung minggu ini.
Selama beberapa minggu kami berusaha untuk tidak tertonton atau terbaca spoiler mengenai filem epik Star Wars VII The Force Awakens dan akhirnya kami berjaya menontonnya tanpa sebarang pengetahuan mengenai later belakang jalan ceritanya. Walaupun terdapat seorang peminat tegar Star Wars dalam team Wayangkini, penulis ditugaskan untuk menulis review ini untuk mengelakkan review yang “pilih kasih”. Penulis bukanlah peminat tegar Star Wars, tetapi telah menonton semua filem sebelum ini sekurang-kurangnya sekali.
Star Wars VII The Force Awakens [Review]
Star Wars VII The Force Awakens berlangsung 30 tahun selepas kejadian Star Wars VI Return of The Jedi. The Empire telah tumbang dan kini digantikan oleh satu organisasi dipanggil The First Order. Tanpa memberikan sebarang spoiler, filem ini mengisahkan kedua dua pihak, The First Order dan pasukan pemberontak berusaha untuk mencari Luke Skywalker yang menghilangkan diri untuk sekian lama.
Pertembungan bakal berlaku antara dua pihak ini. Apakah kesudahannya? Tontonlah filem ini di pawagam IMAX atau 3D berhampiran anda.
Jalan Cerita dan Lakonan
Jalan cerita filem ini sememangnya tidak syak lagi mengikut gaya penceritaan filem Star Wars dan tidak melupakan unsur-unsur yang membuatkan siri filem ini sebuah lagenda dalam perfileman Holywood. Babak aksi dan peperangan angkasa pula sememangnya mengujakan semua peminat-peminat setia francais filem Star Wars.
Lakonan pelakon-pelakonnya juga di tahap yang terbaik. Dalam Star Wars IV hingga VI, masalah dan komplen yang dihadapi adalah kualiti kesan khasnya yang kurang baik. Tetapi itu sememangnya dijangkakan dengan teknologi perfileman yang ada pada zaman lewat 70an dan awal 80an. Tetapi lakonan pelakonnya sememangnya mendapat pujian ramai.
Dalam episod Star Wars I hingga III pula, kesan khas yang digunakan jauh lebih baik memandangkan teknologi CGI telah berkembang pesat pada zaman itu. Tetapi lakonan pelakonnya didapati kaku dan tidak memberangsangkan.
Untuk filem Star Wars VII maklumbalas awal adalah ia menggabungkan kehebatan lakonan siri Star Wars asal (IV – VI) dengan kehebatan CGI siri Star Wars kedua (I – III). Cuma mungkin watak jahat utama, Kylo Ren kurang “ganas” dan kelihatan mentah, berbanding Darth Vader yang sememangnya kejam. Tetapi mungkin itu sememangnya karakter watak berkenaan. Terdapat juga watak-watak yang muncul terlalu sekejap dan tiada fungsi dalam filem ini.
Secara keseluruhan, dari pandangan seorang yang bukan peminat tegar Star Wars, jalan cerita filem ini OK sahaja. Tidaklah begitu gempak. Namun penulis pasti peminat tegar kurang bersetuju dengan penulis. Ada sahabat penulis yang telah menonton filem ini 3 kali kerana minatnya terhadap filem Star Wars.
Salah seorang watak yang muncul terlalu sekejap dan tiada fungsi dalam filem ini
Positif vs Negetif
Positif
Lakonan dan CGI yang terbaik
Kesinambungan dari filem episod 6 dilakukan dengan baik
Menepati gaya dan persekitaran Star Wars
Negetif
Jalan cerita walaupun menarik, tidak menampilkan sebarang kejutan
sesetengah watak tidak ada fungsi dan muncul hanya sekejap sahaja.
Kesimpulan
Tidak dapat dinafikan filem Star Wars VII The Force Awakens merupakan sebuah filem yang hebat dan kini meraih filem paling pantas menerima kutipan melebihi USD300 juta dalam minggu pertamanya dengan kutipan USD325.4 juta dalam masa 5 hari berbanding Jurassic World yang mengutip USD300 juta dalam masa 8 hari. Namun kehebatan filem ini banyak bergantung kepada jika anda seorang peminat tegar filem ini atau tidak.
Terdapat sesetengah orang yang tidak pernah menonton filem-filem Star Wars. Bagi mereka filem ini langsung tidak menarik perhatian mereka. Malah jika diberi peluang menonton semula siri filem Star Wars sebelum ini, mereka tidak dijangka akan meminati filem francais ini pun.
Tetapi bagi mereka yang telah menonton filem ini sejak kecil lagi, pasti akan bertepuk kegembiraan selepas menontonnya.
Motif penglibatan tentera Britain di dalam isu di Syria setelah dimulakan oleh Amerika Syarikat beberapa tahun yang lepas menjadi tanda tanya dan memang telah diduga, sebab di dalam konflik sekitar tahun 2003 iaitu krisis Iraq, kedua-dua pakatan perikatan bersekutu terbangsat ini telah pun melakukan perkara yang sama iaitu menceroboh negara yang berdaulat tersebut.
Anda boleh lihat sendiri betapa deritanya rakyat Syria yang ketakutan, menyelamatkan diri dan nyawa daripada kezaliman kerajaan Syiah dajjal, yang lebih dajjal daripada Syiah biasa. Bot demi bot tanpa pendayung, hanya berharap pukulan ombak yang membawa mereka ke mana saja, asalkan bukan di bumi asal mereka. Berpanas, berhujan, berembun...hanya di dalam bot. Bagaimana masih ada lagi manusia yang mengatakan mereka adalah golongan yang sukakan kematian??
Suka mati dan suka mati syahid adalah 2 perkara yang amat berbeza. Dan mati syahid itu pula bukan keinginan mereka, melainkan setelah itu sahaja pilihan yang ada. Baru lah keinginan itu timbul , setelah mengambil kira faktor ganjaran yang bakal diperolehi. Saya takkan faham kalau ada yang kata orang Islam di sana tidak kisah akan mati.
Campur tangan Britain adalah propaganda yang kononnya untuk menyerang ISIS, dan seperti biasa, merupakan juga helah bagi memperoleh mandat untuk menyerang Syria iaitu rakyat Syria. Jika direnungkan, masalah ini telah wujud sejak perang dunia pertama lagi.
Aku macam tak pasti ape nak dinukilkan tentang lagu dalam video di atas, melainkan sebuah kenangan silam yang sangat bernilai, dan juga mengusik jiwa. Aku rasa terseksa sebenarnya dengan lagu ni. Lagu masa aku darjah 3, dan mala'un tak sedar diri tu pulak baru darjah 2. Aku sepatutnya belasah mala'un tu sejak dulu....
Maaf lah readers sekalian, tajuk entry macam tak berape nak kene. Tapi seriously, memang persembahan daripada kumpulan VISA ni amat mantap, segak, kemas, rapi, awesome, gentlemen, superb, dan korang name kan lah sendiri. Sebab Sham VISA ni muke dia memang cantik. Aku pun kagum dengannya, tapi aku bukan gay.
Persembahan macam ni lagi aku suke. Persembahan 'rock serabut' dengan imej ala compang-camping pun O.K jugak, tapi band ni lebih kepada genre pop. So, amat sesuai lah dengan penampilan diorang. Lagipun mase ni dah tahun 1994. Kali terakhir Juara Lagu yang menampilkan hampir ke semuanya band rock adalah pada tahun 1991 iaitu 3 tahun sebelum. Mungkin sebab tu fesyen rock serabut ala compang-camping dah bertukar kepada imej yang amat berbeza iaitu segak dan kemas, walaupun masih ada lagi band rock dengan fesyen serabut. Tahniah kepada kumpulan pop rock VISA yang menampilkan kelaianan dalam imej tersendiri.
Tengok wajah Sham VISA ni, teringat aku kepada seorang mekanik cina yang penah membaiki kereta lame aku. Kete tu dah jual. MEmang patut pun jual kete tu. Aku sampai tak sanggup nak citer kat sini tentang masalah kete tu. Ibarat aku jual 'malang'. Tak tau la kalau tuan baru dia dapat tuah. Berbalik kepada mekanik tu, orang cine korang faham je la . Macam kulit cina la. Tapi aku bukan nak membandingkan SHam VISA dengan mekanik tu, cuma iras diorang macam same. Ade kisahnye kenapa aku kaitkan diorang. Sebab mekanik tu mengingatkan aku kepada kisah enam tahun dahulu. Mase aku masih bekerja, menyara kehidupan diri tanpa bantuan sesiapa. DAn ketika aku sedang bercinta dan dalam mase yang same dilanda pelbagai masalah. Syukur, aku sekarang tidak lagi berjerih-perih seperti dahulu. Cuma sedih tu perkara biasa lah. Dah sebati sejak dari dahulu lagi. Wajah aku tak macam Sham VISA, mekanik cina tu atau pun Harry Kewell pemain bola kebangsaan Australia. Kerana iras ketiga-tiga diorang ni pada pandangan mate aku memang sebiji. Cuma SHAM Melayu, so ade kelainan yang agak istimewa lah sikit pada SHam VISA . Aku suke kening dan mate diorang. Macam wajah orang ceria. Wajah macam ni senyum sikit je dah nampak ceria. Memang tak same lah ngan wajah dan penampilan aku. Tapi aku bukan lah pula tak bersyukur dengan pemberian Ilahi. Aku terima seadanya. Cume kekadang tu aku terase hati lah sikit. Lebih2 lagi dengan umur yang semakin meningkat ni, tapi belum ketemu-temu lagi pasangan yang serasi . Asyik rase sensitif dengan perangai manusia yang selalu membuli aku. Dah la aku ni payah nak senyum. Aku rase macam aku semakin hilang tarikan. Kalau dulu, gadis2 yang sederhana mate memandang pun boleh suke kat aku. Tapi pade mase sekarang, aku dah tak pasti lagi. Sebab baru2 ni, gadis2 yang berjalan berduaan dengan kawan diorang macam cube mengelak bile aku pun mengelak ketika berselisih . Dulu tak pun macam tu. Dulu kalau aku mengelak, diorang jalan lurus jugak. Aku mengelak mase berselisih dengan gadis sebab aku pemalu. Kemudian aku takut terkene sipi. Nanti datang pulak masalah. Lelaki pemalu macam aku memang sifatnye begitu . Tapi kesannya, aku sendiri yang akan terase hati. Dan pada masa kini, semakin aku terase hati bile kejadian yang seperti itu berlaku lagi.
Ade banyak lagi aku nak tulis dan nukil.. Tapi aku dah kepenatan fikiran. Nanti aku update. Lagipun sape yang nak baca ape yang aku tulis pepanjang ni. ade orang bace? Memang beruntung orang tersebut :).
Berikut senarai filem melayu yang bakal ditayangkan di pawagam Malaysia pada tahun 2016 nanti. Banyak filem menarik akan tampil tahun depan. Kita nantikan. Tarikh tayangan tertakluk kepada perubahan. Filem lain akan dikemaskini kelak.
JANUARI
TAJUK : LANGIT CINTA
Tarikh Tayangan : 7 Januari 2016
Genre : Drama / Romantik
Pengarah : Osman Ali
Pelakon : Nur Fazura, Keith Foo, Farid Kamil, Siti Saleha
2oth Century Fox telah menerbitkan trailer filem X-Men terbaharu iaitu X-Men Apocalypse. Ia memaparkan watak jahat yang bernama Apocalypse yang ingin memusnahkan dunia dan membinanya semula mengikut acuannya sendiri. Dapatkah Charles Xavier menyelamatkan bumi? Tontonlah filem ini yang dijadualkan akan mula ditayangkan di Malaysia pada 19 Mei 2016.
Kami tidak berapa ingat filem asal Point Break yang diterbitkan pada tahun 1991 dahulu, namun dipengaruhi trailernya yang menarik, kami menonton filem ini bagi melihat sejauh manakah kehebatan filem Point Break 2015 ini.
Point Break 2015 [Review]
Point Break mengisahkan seorang agen FBI baharu bernama Johnny Utah yang ditugaskan menyamar untuk memasuki satu kumpulan penjenayah yang merupakan ahli sukan ekstrim. Johnny sendiri merupakan seorang ahli sukan ekstrim tetapi telah berhenti setelah kematian rakannya dalam satu kemalangan motosikal ketika membuat penggambaran iklan bersamanya.
Kumpulan penjenayah yang diketuai Bodhi itu bertanggungjawab ke atas beberapa rompakan yang berbahaya dan berjaya melarikan diri hasil kemahiran sukan ekstrim mereka.
Dapatkan Johnny menangkap mereka sebelum mereka melakukan satu lagi jenayah? Tontonlah filem ini.
Jalan Cerita
Kami tidak mengingati jalan cerita filem asal Point Break, namun nampaknya filem baharu ini tidaklah mempunyai jalan cerita yang begitu menarik. Walaupun ia merupakan filem penyiasatan, namun sebahagian besar filem ini memaparkan tentang ahli sukan ekstrim dan prinsip-prinsip hidup mereka. Sebahagian babaknya agak membosankan dan kami hampir tertidur beberapa kali.
Ia sememangnya mempunyai babak-babak sukan ekstrim seperti papan luncur salji, luncur air dan wing suit yang menarik, namun jalan cerita penyiasatannya hanya sedikit dan tidak menepati harapan untuk sebuah filem aksi yang menarik. Aksi sukan ekstrim di Youtube lebih menarik daripadanya.
Positif Vs Negatif
Positif
Sinematografi sukan aksi yang agak menarik
Negatif
Jalan cerita yang agak membosankan
Lebih kepada drama berbanding filem aksi.
Kesimpulan
Filem Point Break 2015 bukanlah sebuah filem yang berbaloi ditonton di panggung. Ia antara filem yang hanya dibikin untuk memeriahkan panggung wayang. Jika anda bukan peminat sukan ekstrim, tidak rugi anda tidak menontonnya. Bagi yang meminati sukan ekstrim, mungkin anda boleh menyelami pemikiran seorang hippies sukan ekstrim dan prinsip-prinsip hidup mereka.
Majlis Pengkritik Filem Kuala Lumpur adalah sebuah kumpulan pengkritik filem yang diasaskan pada November 2011 dan tertubuh secara maya di Kuala Lumpur (merangkumi sekitar Lembah Kelang).
Majlis ini berfungsi sebagai penonton berfikir yang analitikal dalam memilih filem Malaysia (serta beberapa kategori lain) terbaik sepanjang tahun.
Kumpulan ini terdiri daripada sekumpulan pengkritik yang bertugas dalam pelbagai bidang, yang terpilih dalam kalangan editor, pengarang dan blogger yang berdedikasi dalam penulisan dan penganalisian filem, yang mana sekumpulan daripadanya sudah melahirkan beberapa ulasan filem yang kritikal, memenuhi aspirasi, mutu dan kefahaman sebuah pembikinan dan pengkaryaan filem yang unggul dan menyeluruh. Kumpulan ini turut bertindak sebagai badan penilai dan pemilih sekelompok filem yang ditayangkan pada satu-satu masa untuk diberi pengiktirafan yang sepatutnya dalam mencapai kewajaran seni, estetika dan kepakaran yang dipertanggungjawabkan. Filem-filem yang terpilih merupakan kesemua filem yang ditayangkan di "pawagam" Malaysia, termasuk di International Screening GSC.
Setiap tahun, majlis ini akan menghimpunkan senarai terbaik bagi Anugerah Majlis Pengkritik Filem Kuala Lumpur. Untuk tahun ini (2012), kami telah meneliti 62 buah filem dalam perhatian. Terdapat peningkatan kuantiti dalam pencalonan sulung ini, tetapi secara purata, kebanyakan filem masih lemah seperti tahun-tahun lalu, dan tidak mencapai piawaian sebuah filem yang boleh ditonton dengan berlandaskan formula dan bahasa yang benar-benar sinematik, walaupun untuk sebuah filem kotemporari (komersial). Kebanyakan filem masih lemah dalam asas pembikinan, khususnya cerita dan penceritaan. Sungguhpun begitu, terdapat sekumpulan filem tempatan yang mencapai mutu baik yang amat dipuji. Rekomendasi diberikan terhadap beberapa filem, yakni Songlap, Misteri Jalan Lama, Bunohan, 3 Temujanji dan 29 Februari. Senarai pendek di bawah merupakan pengelasan kategori-kategori tertentu yang dianggap "terbaik" dalam kalangan filem yang ditayangkan. Senarai pemenang akan dimaklumkan pada bulan Oktober 2012.
Senarai Pendek Pencalonan
Anugerah Majlis Pengkritik Filem Kuala Lumpur
2012
Pengarah Terbaik
Osman Ali untuk Ombak Rindu
Effendee Mazlan dan Fariza Azlina Isahak untuk Songlap
Afdlin Shauki untuk Misteri Jalan Lama
Dain Said untuk Bunohan
Pelakon Lelaki Terbaik
Syafie Naswip untuk Songlap
Shaheizy Sam untuk Songlap
Shaheizy Sam untuk SAM (Saya Amat Mencintaimu)
Faizal Hussein untuk Bunohan
Pelakon Wanita Terbaik
Mislina Mustafa untuk Sumpahan Puaka
Maya Karin untuk Ombak Rindu
Yana Samsudin untuk 3 Temujanji
Sinematografi Terbaik
Haris Hue Abdullah untuk Songlap
Khalid Zakaria untuk Ombak Rindu \
Lakon Layar Terbaik
Fariza Azlina Isahak untuk Songlap
Afdlin Shauki untuk Misteri Jalan Lama
Khairil M. Bahar untuk Relationship Status
Dain Said untuk Bunohan
Hashim Rejab untuk 3 Temujanji
Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik
Abdullah Omar untuk Songlap
Hasnul Rahmat untuk Songlap
Benji Lim untuk Relationship Status
Fauzi Nawawi untuk Songlap
Hans Isaac untuk Misteri Jalan Lama
Wan Hanafi Su untuk Bunohan
Hushairy Hussein untuk Bunohan
Pekin Ibrahim untuk Bunohan
Bront Palare untuk Jiwa Taiko
Pelakon Pembantu Wanita Terbaik
Daphne Iking untuk Relationship Status
Norma Damanhuri untuk Songlap
Wawa Zainal untuk 3 Temujanji
Dira Abu Zahar untuk Chow Kit
Fauziah Nawi untuk Hoore! Hoore!
Nadiyatul Nisaa untuk Jiwa Taiko
Lagu Cerita Kita merupakan lagu tema untuk drama Tersuka Tanpa Sengaja yang disiarkan di Astro Ria. Lagu ini dinyanyikan oleh Amar Baharin dan Amyra Rosli yang juga merupakan pelakon drama tersebut.
Tajuk Lagu : Cerita Kita
Penyanyi : Amar Baharin & Amyra Rosli
OST : Drama Tersuka Tanpa Sengaja
Lirik Lagu Cerita Kita - Amar Baharin & Amyra Rosli
Jangan keliru, pasti kau tahu
Kau tetap kan jadi milik ku
Baby I love you, dalam hatiku
Dapatkah ku luah padamu
Jujur ku mengakuinya
Kau memang pantas untuk ku
Gaya rambutmu senyum sinismu
Namun kau pula buat ...
Mungkinkah ku rasa cemburu
Baby I love you, dalam hatiku
Dapatkah ku luah padamu
YAng sebenonye aku idok le nawu nok ceghite ke bende. Aku pun baghu itu le gi nengok kan pilem nih. Yang nombor satu idok le aku nengok. Jadi susoh nak ceghite. Tapi aku cube le ye....
Aku ngaku le. Sebenonye aku nok nengok si Jeniper Loren tu belakon. Maklum le, watak utama heroin. Tengok heroin le. Takkan tengok hero pulok. Nanti sampe ke sudoh tok paham. Yang aku tahu, mockingjay ni gelaran si Jeniper tu la. Name die dalam pilem ni Katness. Kitkat ngan Katness kan jauh...
Aku nengok pilem ni, teringat aku pilem yang pernah aku tengok baru2 ni. Tajuk dia Maze Runner. Seghope je lebih kurang. Macam berade di planet lain. Aku pun bukannye paham sangat ceghite yang adaptasi novel ni. Buleh tengok je le. Tapi time maghrib kene berenti le. Sebab tu aku idok le beli tiket yang bertembung waktu maghrib. Nanti keluo udoh tok buleh masuk doh.
Pilem ni setakat nak isi mase terluang buleh le. Nak terhibur tu idok le sangat. Pilem sebelum ni tajuk The Last Witch Hunter sedap lagi jalan ceghite die. Pelakon hero dalam pilem tu pun aku minat. Ben Disel. Memang seghonok le. Kalau ade episod kedua pun aku sanggup.
Ghase aku Hunger Games ni kisah pasal pemberontak. Deme ni terperangkap oleh pemerintah yang zalim. Same le macam THe Maze Runner tu. Betul tak? AKu bukan tengok sungguh2. Kadang2 telelap. Hahaha