Majlis Pengkritik Filem Kuala Lumpur dan Senarai Pendek Pencalonan Filem Tempatan Terbaik 2012




Majlis Pengkritik Filem Kuala Lumpur adalah sebuah kumpulan pengkritik filem yang diasaskan pada November 2011 dan tertubuh secara maya di Kuala Lumpur (merangkumi sekitar Lembah Kelang).




 Majlis ini berfungsi sebagai penonton berfikir yang analitikal dalam memilih filem Malaysia (serta beberapa kategori lain) terbaik sepanjang tahun.



 Kumpulan ini terdiri daripada sekumpulan pengkritik yang bertugas dalam pelbagai bidang, yang terpilih dalam kalangan editor, pengarang dan blogger yang berdedikasi dalam penulisan dan penganalisian filem, yang mana sekumpulan daripadanya sudah melahirkan beberapa ulasan filem yang kritikal, memenuhi aspirasi, mutu dan kefahaman sebuah pembikinan dan pengkaryaan filem yang unggul dan menyeluruh. Kumpulan ini turut bertindak sebagai badan penilai dan pemilih sekelompok filem yang ditayangkan pada satu-satu masa untuk diberi pengiktirafan yang sepatutnya dalam mencapai kewajaran seni, estetika dan kepakaran yang dipertanggungjawabkan. Filem-filem yang terpilih merupakan kesemua filem yang ditayangkan di "pawagam" Malaysia, termasuk di International Screening GSC.



 Setiap tahun, majlis ini akan menghimpunkan senarai terbaik bagi Anugerah Majlis Pengkritik Filem Kuala Lumpur. Untuk tahun ini (2012), kami telah meneliti 62 buah filem dalam perhatian. Terdapat peningkatan kuantiti dalam pencalonan sulung ini, tetapi secara purata, kebanyakan filem masih lemah seperti tahun-tahun lalu, dan tidak mencapai piawaian sebuah filem yang boleh ditonton dengan berlandaskan formula dan bahasa yang benar-benar sinematik, walaupun untuk sebuah filem kotemporari (komersial). Kebanyakan filem masih lemah dalam asas pembikinan, khususnya cerita dan penceritaan. Sungguhpun begitu, terdapat sekumpulan filem tempatan yang mencapai mutu baik yang amat dipuji. Rekomendasi diberikan terhadap beberapa filem, yakni Songlap, Misteri Jalan Lama, Bunohan, 3 Temujanji dan 29 Februari. Senarai pendek di bawah merupakan pengelasan kategori-kategori tertentu yang dianggap "terbaik" dalam kalangan filem yang ditayangkan. Senarai pemenang akan dimaklumkan pada bulan Oktober 2012.





 Senarai Pendek Pencalonan Anugerah Majlis Pengkritik Filem Kuala Lumpur 2012




 Pengarah Terbaik Osman Ali untuk Ombak Rindu Effendee Mazlan dan Fariza Azlina Isahak untuk Songlap Afdlin Shauki untuk Misteri Jalan Lama Dain Said untuk Bunohan


 Pelakon Lelaki Terbaik Syafie Naswip untuk Songlap Shaheizy Sam untuk Songlap Shaheizy Sam untuk SAM (Saya Amat Mencintaimu) Faizal Hussein untuk Bunohan



 Pelakon Wanita Terbaik Mislina Mustafa untuk Sumpahan Puaka Maya Karin untuk Ombak Rindu Yana Samsudin untuk 3 Temujanji



 Sinematografi Terbaik Haris Hue Abdullah untuk Songlap Khalid Zakaria untuk Ombak Rindu \


Lakon Layar Terbaik Fariza Azlina Isahak untuk Songlap Afdlin Shauki untuk Misteri Jalan Lama Khairil M. Bahar untuk Relationship Status Dain Said untuk Bunohan Hashim Rejab untuk 3 Temujanji


 Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Abdullah Omar untuk Songlap Hasnul Rahmat untuk Songlap Benji Lim untuk Relationship Status Fauzi Nawawi untuk Songlap Hans Isaac untuk Misteri Jalan Lama Wan Hanafi Su untuk Bunohan Hushairy Hussein untuk Bunohan Pekin Ibrahim untuk Bunohan Bront Palare untuk Jiwa Taiko


 Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Daphne Iking untuk Relationship Status Norma Damanhuri untuk Songlap Wawa Zainal untuk 3 Temujanji Dira Abu Zahar untuk Chow Kit Fauziah Nawi untuk Hoore! Hoore! Nadiyatul Nisaa untuk Jiwa Taiko

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Cara kawal berat badan dan info kesihatan mengenainya